BAB 11

Romance Completed 5032

Usai pulang dari dewan utama di mana tempat kami mengadakan bengkel teknik menjawab tadi, aku rehatkan diri di kerusi batu yang berdekatan dengan surau. Sementara menanti yang lain selesai minum petang aku meneruskan latihan yang diberi guru-guru bimbingan bengkel tadi. Petang ini jadual agak free, jadi ramai yang bersetuju nak jogging and ronda-ronda dekat atas bukit sana, kawasan rasmi penempatan pelatih-pelatih PLKN. Jadi, seperti maklumat yang diperoleh mengenai PLKN sudah tentulah ada flying fox, climbing wall dan macam-macam lagilah. Tapi disebabkan kami tak disponser untuk buat semua tu, kami hanya naik menghirup udara segar di atas bukit sambil menjadi pemerhati kawasan PLKN yang sememangnya cantik gila! Subhanallah!

Peluang yang ada ini, rakan-rakanku yang lain sibuk mengisinya dengan bergambar. Untung-untung pula port cantik, background pun cantik tambah lagi memory phone Si Aton pulak 8G, rugilah tak posing habis kan! Hehe.. sekali-sekala naik hantu dapat camera macam ini lah jadinya. Tapi buat aku yang jarang mengecapi keseronokan begini hanya menyertai sekadar suka. Kawan-kawan lain yang mengerti kehidupan aku tidak bertanya banyak, hanya cik Anis tu je sibuk sikit mulut dia ambil berat akan diri aku. Laluan jalan tar yang lenggang dikuasai oleh kami berlima Atun, Amy, Arya, Anis dan aku, macam-macam gaya kami buat. Tapi, keghairahan kami ‘berposing’ terhenti apabil sekumpulan pelajar lelaki datang melalui jalan itu. Mereka berjalan terus untuk menaiki bukit, berjogging mungkin. Aku hanya pandang sekilas dan aku tahu dia ada dalam kumpulan itu. Aku duduk di atas batu besar sambil mengadap ke arah depan yang membentangkan keindahan bukit bukau. Keasyikan aku menikmati keindahan ciptaan diganggu oleh Anis. Aku pandangnya geram. Pantang aku diam mulalah dia nak kacau.

“Apa?” Berdecit suara aku bertanya. Anis macam biasa dengan kerang busuk dia.

“Tuu.. dia panggil.” Memuncung mulut Anis menunjuk kepada seseorang bersama senyumannya yang penuh curiga. Aku mengalihkan pandangan ke arah yang ditunjukkan Anis. Dia.. sedang berdiri, bersandar pada tiang elektrik sambil memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket dan memandang ke bawah. Tenang lagaknya agak mempersonakan. Aku kembali teringatkan suruhannya di pantai. Sapu tangan yang aku simpan di dalam poket aku keluarkan lalu berjalan menghampiri dia.

“Nah. Terima kasih.” Aku menghulurkan lipatan kecil kain itu kepada dia. Dia pandang aku dan melihat pada huluran aku. Agak lama dia memandang kosong pada tanganku yang menghulur padanya dan kemudian dia memandangku lagi.

“Boleh saya tahu, kenapa tangan dan muka awak lebam dan ada kesan birat?” Aku terkedu dengarkan persoalannya itu. Lengan bajuku yang terselak di pergelangan tangan menampakkan kesan lebam dan birat padanya segera aku tutup. Aku tergumam untuk menjawab persoalannya itu. Dari gayanya tadi dia kini sedang memeluk tubuh sambil tepat memandang wajahku menanti jawapan.

“Maaf, bukan tak nak jawab. Tapi, tak ada sebab kot saya nak beritahu awak fasal saya. Lagipun saya tak kenal awak dan awak pun tak kenal saya.” Segaris ayat yang aku rangka laju mengalir di bibirku.

“Siapa cakap saya tak kenal awak?” Dia membalas. Aku mula terasa ingin mengeluh. Tambahan lagi, aku perlu bercakap dengan orang yang aku tak kenal dalam keadaan berdepan macam ni. Walaupun aku selalu stalk dia di FB tapi antara stalk dengan face to face lain. Sebabnya, aku nak jaga hati aku daripada melampaui batas.

“Saya yang cakap. Dan boleh tolong ambilkan sapu tangan awak?” Aku menghulurkan padanya sekali lagi. Kali ini huluranku bersambut. Dia memasukkan sapu tangan itu ke dalam poketnya.

“Terima kasih.” Usai berkata demikian aku berundur diri.

“Eh.. kejap.” Langkahku terhenti. Tanpa suara aku menjongkit kening kepadanya. Isyarat kenapa?

“Sorry, I’m not going to get invoved in your affairs. But, as a friend I think I should say this. Can you please just leave the life you live now. It enough sacrifice for the people who do not appreciate you.” Dia berkata sambil sayu memandang aku. Aku sekilas memandangnya dan tersenyum kecil. Tanpa membalas walau sepatah aku berundur meninggalkan dia. Dia juga tidak memanggilku hanya biarkan aku dengan haluanku. Aku menghampiri rakan-rakanku yang masih sibuk berposing. Anis sahaja yang tersenyum sumbing penuh misteri. Malas ambil kisah aku buat tak tahu. Maaf Fateh, macam saya cakap tadi saya tak kenal awak dan awak tak kenal siapa saya. Jadi cukuplah urusan kita selesai di sini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience