BAB 12

Romance Completed 5032

Universiti Y, Penang. Hari kedua di bengkel teknik menjawab Bahasa Inggeris : Selesai sahaja slot pagi untuk CW paper 1 BI, berpusu-pusu pelajar keluar dari dewan kuliah yang dingin dengan air-cond yang terlalu rendah suhunya. Aku berjalan perlahan di belakang, tidak berminat untuk turut berebut-rebut seperti yang lain ke tingkat bawah untuk makan petang. Perbualan rancak antara rakan-rakanku yang lain tak menarik minatku untuk sertai. Hanya sekadar mendengar selebihnya banyak mengelamun. Walaupun sudah masuk hari ke dua, semangat aku di sini agak kurang. Sebabnya? Sebabnya… entah aku pun tak tahu. Kalau ikutkan dari rumah, selepas Mak Ina izinkan aku pergi jujur aku cakap sememangnya apa yang aku rasa tersangatlah semangat. Jika ditanya, hai Ain.. semangat belajar ke semangat lain ni? Jujur juga aku tak boleh jawab. Dua-dua kot! Mana boleh ketepikan niat utamakan, belajar! Jadi, kenalah semangat. Yang satu lagi tu.. ar.. hurmm.. forget it.

Semangat berkobar-kobar aku semakin lama semakin menurun apabila orang yang aku nantikan tak muncul-muncul. Pelik kan? Kenapa pula aku nak rasa macam ni? Sedangkan dia yang aku tunggu itu tak ada kaitan langsung dengan aku. Sedangkan aku sendiri yang pertahankan aku tak kenal dia dan dia tak kenal aku. Jadi kenapa pula aku harus ada perasaan begini? Mungkin terasa janggal kot, selalunya aku datang mana-mana kem dia kan mesti ada. Aku pun dah jadi hobi jadikan dia eye-mo aku. Sekali lagi mohon jangan salah faham, dia sekadar eye-mo. Tak lebih okey?

Tapi untuk kali ini, dia tak ada. Walaupun tercari-cari kenyataannya dia tak ada. Dengar kata ada dua tiga buah sekolah tak datang kot. Anis pun cakap belakang dalam nada memerli atau mengusik tanya fasal dia sambil mereling aku bersama senyum misteri dia. ‘Eh, tak nampak pun budak sekolah tu datang.’ Aku yang mendengar hanya buat tak tahu. Walaupun Anis bersikap curiga dengan pertanyaan dia, tapi aku faham siapa yang dimaksudkan Anis. Aku pun tak tahu kenapalah Anis gandingkan sangat aku dengan dia. Hurm.. dia tak ada jadi aku boleh buat apa. Buat bodoh sahajalah.

Kami menuruni anak-anak tangga terus ke kaunter bagi mengambil makanan yang disediakan untuk makan petang semua pelajar. Hanya dua bungkus roti diberi buat semua dan masing-masing sudah boleh pulang ke asrama untuk solat asar dan rehat sebelum kembali ke dewan kuliah untuk slot berikutnya selepas isya’. Sementara menunggu rakan-rakanku yang lain mengambil makanan mereka, aku berdiri agak jauh dari kaunter tadi. Kesulitan untuk memegang fail, kamus dan bungkusan makanan buatkan aku terkial-kial untuk berjalan. Tambahan pula plastik tidak disediakan, beg galas pula tidak aku bawa, sememangnya sulit untuk menjaganya agar tidak jatuh. Sambil menunduk aku memegang barang tadi.

Tetapi perhatianku aku tertarik pada sekumpulan lelaki yang agak riuh suara mereka berhenti di hadapanku. Anis pula terpanggil-panggil namaku dalam nada berbisik. Dalam keadaan menunduk aku mengalihkan wajahku ke belakang mencari-cari suara Anis. Dia menuding jarinya ke arah depanku menunjukkan isyarat sesuatu. Berkerut-kerut dahiku dengan sikap Anis yang satu itu, kenapa dengan mak cik ni? Ingin memastikan siapa yang Anis tujukan, aku mengalihkan wajahku ke depan dan aku sedikit melangut.

Buzzz!! Aku dan dia terkaku dengan pandangan kami antara satu sama lain. Tidak mahu diri aku terbuai dengan perasaanku, aku segera menyedar diri membuatkan gementar tiba-tiba menguasai aku. Tangan yang gementar membuatkan roti yang aku pegang jatuh ke bawah. Segera aku melarikan pandanganku dan menunduk ke bawah memungut bungkusan yang jatuh tadi. Dalam diam, aku keliru sendiri tentang diri aku. Kenapa dengan aku? Hatiku juga berubah kencang buatkan aku tiba-tiba menjadi gementar. Aku memejamkan maat buat sesaat cuba tenangkan diri. Fuh, Ain tenang.. relexs.. tak ada apa. Perubahan semasa saja tu! Erk, jawapan tak munasabah. Dan satu sahaja yang aku tak dapat menahan diri aku dari berbuat demikian. Senyum, tanpa isyarat ianya terukir sendiri.

Cuba mengendahkan apa yang aku rasa, aku bangun dengan lagak yang tenang. Cuba lindungi perubahan mendadak terhadap diri aku, aku pura-pura tidak mengenali siapa dia. Lantas bertindak buat bodoh berjalan tanpa bertegur sapa dengan dia. Itulah rialitinya, dia dan aku tak pernah diiktiraf sebagai rakan rasmi. Kami tak pernah berkenalan mengatakan nama masing-masing, bercerita tentang sedikit sebanyak hal diri masing-masing. Istilah pendeknya kami tak pernah bersuai kenal. Aku kenal dia kerana tertarik dengan perwatakan dia, dan rasa itu aku hadkan hanya sekadar minat tidak lebih daripada itu. Kami bercakap hanya kerana kebetulan, itupun dua kali. Dan aku tidak menganggapnya kami sudah menjadi kawan. Jadi, tidak ada sebab untuk aku menegurnya walaupun aku menanti kemunculan dia. Cukup aku melihat dia datang dan itu sudah amat mencukupi buat aku. Aku berjalan pergi meninggalkan dia tanpa rasa untuk beralih ke belakang memandang dia buat kali kedua. Fateh, gembira tengok awak datang…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience