BAB 10

Romance Completed 5032

Hari ini, sudah seminggu aku dikurung dirumah agam ini. Seminggu juga aku tidak hadirkan diri ke sekolah. Hari-hariku dilalui dengan birat-birat baru pada tubuh, seperti ada sahaja salahku yang buatkan Mak Ina mengamuk. Sememangnya, Aina telah memberikan satu amarah yang besar buat Mak Ina untuk jadikan aku mangsa. Sampai sekarang aku belum tahu apa salahku terhadap dia. Kenapa dia lakukan demikian terhadapku? Aku mengeluh lagi. Kebosanan yang menguasai diri aku biarkan. Mak Ina dan Aina tidak ada, mereka bercuti rasanya dan aku tidak tahu ke mana. Seperti sudah mereka rancang, disebabkan tidak mahu aku melarikan diri, rumah agam ini awal-awal sudah dikunci rapat. Tiada siapa boleh masuk dan tiada siapa boleh keluar. Walaupun terdapat beberapa orang kampung yang berkali-kali mengetuk pintu memanggilku, aku hanya mampu mengatakan aku tidak apa-apa. Sedangkan pintu besar yang diukir cantik yang menjadi ruang keluar masuk manusia awal-awal sudah dimanggakan. Lantas bagaimana untuk aku keluar dari sini?

Aku memandang pada calendar yang tergantung pada dinding. Tanda pangkah pada tiga tarikh yang akan datang hanya mampu aku pandang kosong. Sekiranya aku belum belum dilepaskan daripada kurungan ini, tiadalah rezeki buat aku untuk menyertai bengkel teknik menjawab matematik di PLKN Z, Kedah esok. Sapu tangan milik dia yang aku lipat dan aku letakkan di atas meja aku pandang sekilas. Teringat pesanan dia tempoh hari. Hurmm.. apa aku boleh buat. Dunia aku dikawal oleh Mak Ina dan aku sebagai seorang anak tiri yang patuh hanya mampu menurut. Walaupun aku ada pilihan untuk memberontak tapi sekiranya aku berbuat demikian siapa lagi harus aku bergantung harapan?

Hurmm.. maaflah budak cina. Kalau ada rezeki aku akan pulangkan barang kau. Kalau ditakdirkan untuk kita berjumpa, ianya pasti akan berlaku juga. Kalau tak aku akan simpan sahaja sebagai kenangan. Aku mengambil botol minyak gamat laluku sapukan minyaknya bada birat-birat dan lebam-lebam di tubuh aku. Mujur sahaja wajahku tidak ketara kesannya. Bengkak mulut pada bibir akibat amukan Mak Ina minggu lepas sudah surut, lebam juga sudah tidak kelihatan. Tetapi pada tubuhku yang lain, akibat setiap hari menerima hentaman so teruk juga lebamnya. Membiru kesannya bagaikan aku ini mangsa dera.

Sebut fasal dera, aku teringat akan pujukan Mak Milah yang sering mengajakku untuk membuat laporan perbuatan Mak Ina, tetapi aku enggan. Hatta kepada orang kampung yang lain sudah aku maklumkan wakil Mak Milah agar tidak mengambil apa-apa tindakan kepada pihak berkuasa terhadap Mak Ina. Walaupun Mak Ina dan Aina sentiasa berlaku kejam terhadapku tetapi apa yang mampu aku lakukan hanya berserah. Aku sudah tidak punya siapa-siapa untuk meneduh kasih. Harapkan Mak Milah, wanita itu juga punya keluarga sendiri yang harus diberi perhatian. Kerana ini, waima sekejam Hitler sekalipun mereka tetap satu-satunya keluarga yang aku ada.

Pagi berganti petang, petang berganti malam. Sendirian aku di rumah, setelah selesaikan rutin harianku waktu-waktu yang terluang aku habiskan dengan mengulangkaji pelajaran untuk SPM ini. Sambil merenung nasib sendiri, keletihan yang begitu terasa membuatkan aku akhkirnya terlelap di atas timbunan buku-buku.

“Hey perempuan, apa kau buat dalam rumah aku lagi?” Suara Mak Ina yang lantang sekali lagi mengejutkan aku. Terpinga-pinga aku dengan pertanyaan Mak Ina itu. Dalam keadaan separuh sedar aku cuba mencerna apa yang cuba Mak Ina sampaikan. Tapi riaksi aku yang sebegitu membuatkan Mak Ina bertambah bengang dengan aku. Rambut panjangku yang mengurai ditariknya kasar membuatkan tubuhku automatik tergerak menghampirinya sambil menahan sakit.

“Kau ni kalau tak buat aku sakit hati tak boleh ke? Apa yang kau melingkar macam ular sawa dalam rumah aku lagi ni. Aku dah cakap kan, kalau kau nak pergi kem ke apa ke. Aku suruh kau blah awal kan! Apa kau buat lagi dalam rumah aku, hah!?” Terjongkit-jongkit bahu aku mendengar sentakan suara Mak Ina yang semakin meninggi. Kepalaku dilepas kasar. Aku kembali berfikir, sudah hilang ingatankah dia? Bukahkah aku yang dikurungnya lalu bagaimana aku ingin keluar?

“Maaf Mak Ina. Bila Mak Ina sampai? Maaf Ain tertidur.” Walaupun tidak sesuai pertanyaanku kala ini tapi aku cuba meraih tangannya untuk dicium sebagai tanda hormat. Laju sahaja Mak Ina melarikan tangannya daripada dipegang olehku. Kepalaku ditolaknya lagi.

“Kau tak payah nak buat baik dengan aku. Perempuan sundal! Aku nak sebelum aku bangun nanti kau dah berambus dari sini. Faham!” Sambil berkata kepalaku ditujal-tujalnya berkali-kali. Aku mengangguk perlahan. Dia menjegilkan matanya sambil bercekak pinggangnya sebelum berlalu keluar dari bilik aku. Hurmm.. aku mengeluh perlahan. Kadang-kadang aku tak dapat nak memahami dengan semua tindakan Mak Ina. Tak apa Ain. Sabarlah. Allah akan bantu kau. Bersyukurlah sekurang-kurangnya Mak Ina masih berpegang pada janji dia untuk benarkan aku menyertai mana-mana kem yang sekolah arahkan. Mungkin Mak Ina ada berjanji dengan sekolah untuk izinkan aku pergi? Siapa tahu kan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience