BAB 4

Romance Completed 5032

Aku berdiri tegak mengadap Mak Ina yang sedang tajam memandangku sambil enak duduk berlapikkan empuk sofa yang ribuan harganya itu. Aina di sisi tersenyum-senyum sinis melihatkan aku. Dah tahu apa yang minah tu fikir, seronok la tu mama kesayangan dia ni nak marah aku. Sambil penyapu yang masih di tangan aku cuba beranikan diri memandang Mak Ina yang bila-bila masa akan menyinga. Tapi aku rasa baik aku start dulu mana tahu dia boleh sejuk sikit.

“Maaf Mak Ina. Kalau Mak Ina marahkan Ain fasal kem tu, Ain minta maaf. Ain tahu Mak Ina tak izinkan, nanti Ain beritahu cikgu sekolah yang Ain tak boleh pergi.” Dengan suara selembut mungkin aku cuba mengambil hatinya. Agak-agak berjaya tak? King-berhasil. Kong-mati. Mana satu?

“Lepas tu kau cakaplah yang aku ni dera kau. Makan harta anak yatim la apa la. Hey perempuan apa lagi yang kau beritahu cikgu-cikgu kau dekat sekolah buruk kau tu?” Pantas sahaja tangan besar Mak Ina menarik rambut aku. Terteleng kepala aku dek cengkaman kuat Mak Ina. Aku menahan perit. Yes, Kong! Hish, tulah kau Ain berani tak bertempat. Tak fasal-fasal dia ungkit sekolah kau. Tahulah anak dia sekolah elit pun.

“Ampun Mak Ina. Ampun. Ain tak beritahu apa-apa pun. Ain cuma cakap dengan cikgu Ain tak boleh pergi tapi cikgu suruh Ain pergi juga. Tak boleh ganti orang lain. Ain tak cerita benda lain Mak Ina. Betul..” Aku cuba pertahankan diri dengan suara yang sendu menahan sakit.

“Hey! Menjawab kau ye.” Tubuh aku ditolak kuat. Perit terasa saat tubuh aku menghentam hujung meja kopi di ruang tamu itu. Aku menahan sabar. Sabar Ain, sabar! Ingat, Allah ada. Mak Ina menerkam aku, rahang daguku dicengkam kuat. Mukaku dengan kasar dipaksa memandang wajahnya yang bengis.
“Maaf Mak Ina.”

“Maaf! Maaf! Kau ingat aku luak dengan maaf kau tu.” Mak Ina menolak kepalaku kuat ke lantai. Arh, sakit! Lebam lagi. Apa pula alasan aku nak beritahu ustazah dekat sekolah esok. Tak apa Ain, sabar!

“Kau dengar sini baik-baik. Aku lepas kau kali ni. Kau jangan ingat dengan guna nama sekolah kau boleh lepas dari aku. Disebabkan aku ada urusan saja aku lepaskan kau kali ni. Kalau tak jangan harap! Dah blah!” Usai berkata demikian Mak Ina menunjul-nunjal kepalaku. Dengan penuh kebencian Mak Ina merengus kasar lalu laju pergi meninggalkan aku yang terjelopok di atas sejuk lantai. Aina ketawa seronok, penyapu yang terjatuh dipungut lalu sengaja dilontarkan ke arah aku. Dengan penuh sinis Aina melambai-lambai aku teruja lalu pergi.

“Lusa aku nak sebelum aku bangun semua dah siap dan aku tak nak tengok muka kau! Blah cepat sikit. Bagus juga kau pergi. Tak adalah aku sakit hati mengadap kau tiap-tiap hari. Jangan kau tak balik sudah. Kalau tak tunggulah nasib kau.” Bagai guruh, suara Mak Ina bergema di seluruh banglo memberitahu. Aku hanya menunduk merenung nasib diri. Ya Allah, kau teguhkan hati aku untuk menghadapi dugaan ini. Tapi, syukur juga Kau beri peluang buatku untuk keluar dari sangkar emas ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience