BAB 14

Romance Completed 5025

Seminggu setelah pulang dari kem, perubahan yang berlaku terhadap aku agak menjengkelkan. Dan aku tak suka! I hate it! Mahunya tak, tiba-tiba aku kena semak teringatkan budak cina tu dah kenapa? Arhhh, bila dah kena batang hidung sendiri macam ni serius aku cakap memang semak sangat! Huh! Dulu, aku pandang sinis sangat dengan orang yang fall in love ni. Hati aku dengan sombongnya berkata, kenapalah remaja sekarang mudah sangat jatuh cinta. Siap bergolek-golek lagi. Aku rasa suka saja kot dah memadai. Ini tak, sampai nangis-nangis bagai sebab orang yang belum tentu jadi milik dia. Lepas tu, pura-pura benci terhadap ‘si dia’ yang disukai sebab cuba nak hilangkan rasa di hati. Lagi sadis, kecewa bagai nak rak sebab ‘si dia’ ada orang lain. Itu baru orang yang cinta yang tak diketahui, tak masuk lagi yang couple macam dah sah suami isteri. Mama papa, baby la, bee honey la. Serius jujur dari hati agak menyampah aku di situ.

Tapi kini Allah hadirkan rasa ini dalam diri aku tanpa aku pinta. Bagi aku, sukakan seseorang bukan pada waktunya sudah di zon tersangatlah bahaya. Jadi, aku lebih suka jaga hati agar tidak melampau batas. Namun, kini aku menanggung ujian ini. Walaupun aku masih seorang remaja yang berumur setahun jagung, masih keliru apa itu cinta dan setia. Saat aku berdepan dengan situasi begini, aku tak tahu apa yang perlu aku lakukan. Sungguh.. aku buntu.

Semenjak Anis menyedarkan aku bahawa dia tidak hadir di kem tempoh hari, terasa sedikit terkilan kerana aku fikir sebelum pulang aku akan menatapnya dulu. Tapi, perancangan yang bercanggah daripada aturan Islam itu sudah awal-awal dilutupkan dengan ketidakhadiran dia. Dan sepulangnya aku ke rumah, aku sepertinya tidak dapat membezakan antara dunia dan realiti. Setiap apa yang aku lakukan semuanya ada dia. Sehinggakan setiap pukulan yang diberikan Mak Ina terhadapku tidak aku rasa sepertinya dia sedang melindungi aku. Tuhan, mengapa kau hadirkan dia di setiap hembusan nafasku. Sungguh, hamba-Mu ini takut sekiranya terpesong ke jalan yang tidak sepatutnya.

Kini aku lebih banyak termenung, teringatkan dia. Setiap langkahku, teringatkan dia. Waktu lenaku teringatkan dia. Akibat dia yang sentiasa muncul di ruang fikiranku, aku mengalami masalah sukar untuk tidur. Sesungguhnya, aku tidak pernah mengalami perasaan begitu. Aku tak pandai nak mengawalnya. Aku tak pandai mengurusnya, Tiada siapa pernah mengajarku apa itu cinta, dan bagaimana untuk uruskannya. Perasaan ini yang menguasai hidupku kini. Semuanya bagai tidak teratur sehingga mengundang pelik dari semua orang. Terutamanya mengundang bengang dari Mak Ina dan Aina. Semua serba tak kena, dan semuanya kerana dia. Arhh.,! Serabut! Aku menanggung sesuatu yang tak pernah aku alami selama ini. Lebih merisaukan diri aku sendiri, SPM bakal menjelang tidak kurang dari sebulan sahaja lagi. Aku sekarang diuji dengan perasaan ini.

Baru aku sedar perubahan yang aku alami bermula awal tahun sehinggalah sekarang ternyata telah membuahkan perasaan cinta yang dulunya aku begitu gah katakan aku tak akan mengalaminya sekiranya aku bijak mengawal perasaan aku. Tapi sekarang aku tewas, tewas dengan permainan perasaan. Apa yang aku paling takut andainya perasaan ini hanya berlandaskan nafsu semata bukan kerana perasaan suci yang lahir sebagai fitrah seorang insan. Ya Allah, adakah kau menghukumku kerana kafarah dosaku yang begitu meninggi diri menyatakan aku tak akan memiliki perasaan sebegini. Jika benar ya Allah, ampunkan aku. Ampun.. ampun..

Aku duduk di atas katil sambil mengangkat kedua kakiku. Mengambil masa untuk tenangkan diriku. Hidupku yang sebelum ini tidak terurus, seharusnya tidak aku biarkan perkara ini terus berlanjutan. Aku perlu lakukan sesuatu untuk menyingkirkannya. Jika tidak boleh disingkirkan sekurang-kurangnya cukup untukku boleh menumpukan perhatian buat peperiksaan dan paling penting aku dapat bezakan angan-angan dan rialiti. Apa yang tercurah buatkan aku meluahkan rasa kepada rakan baikku Anis. Dia yang selama ini menjadi tempias kemarahan aku akibat sikapnya yang begitu suka menjodoh-jodohkan aku dengan si dia, kini menjadi tempat aku meluahkan masalah aku. Anis sangat memahamiku, dia mendengar segala luahan aku. Cuba untuk tidak serius, aku mengatakan ini berlaku salahnya kerana sering mendoakan aku. Kan dah masin mulut dia, dan aku yang terkena. Dia hanya ketawa mendengar selorohku yang cuba mengawal gundah di hati.

Anis menasihati aku agar kembali kepada siapa yang hadirkan perasaan ini buat aku. Saat mendengarkan itu aku baru tersedar. Allah yang hadirkan. Kerana ini fitrah sebagai manusia normal yang mengharapkan kasih sayang. Cuma terserah kepada manusia itu sendiri sama ada ingin memilih menggunakan kurniaan ini kepada jalan yang sepatutnya atau kearah berlandaskan nafsu semata. Sebagai seorang Islam, sudah tentu aku ingin lakukan sesuatu yang bukan menjerumus kepada maksiat dan murka Ilahi. Jadi, aku cuba rasionalkan fikiran aku. Satukan hatiku dengan kasih Ilahi. Dada aku pegang merasa degupan jantung yang begitu teratur dengan aturan Ilahi. Jadi akan aku gunakan kurniaan Ilahi ini mengikut aturan Ilahi. Ya, aku akan gunakan dia untuk mengingati tuhanku.

Bermula titik keazaman itu, aku mula menggunakan perasaan ini demi tuhanku. Aku tak akan siakan rasa suci ini, aku tak akan jerumuskan kurniaan suci ini dengan nafsu yang hanya membahayakan diri aku. Aku jadikan dia peneman kala aku sendiri. Dan aku jadikan dia penyebab untuk aku mengingati Allah. Setiap kali dia hadir di fikiranku, akan aku kembalikan kepada Rabbku dengan zikirullah. Sesungguhnya adanya dia buatkan aku semakin mengingati Tuhanku. Setiap sujudku aku doakan agar perasaan ini tidak bercanggah dari jalan-Nya.

Walaupun usiaku hanya remaja biasa yang mentah dengan aturan hidup. Tidak kenal lagi cinta dan setia. Tapi, tulus hati aku inginkan dia menjadi jodohku, menjadi yang halal buat aku. Biarkan aku menyimpan perasaan ini, walaupun tiada siapa yang tahu hatta dia empunya diri sekalipun. Sesungguhnya takdir Allah tiada siapa yang tahu. Sekiranya benar perasaan ini fitrah suci dari Ilahi, aku hanya ingin dia menjadi pelingdungku suatu hari nanti. Jika Allah izinkan, aku hanya inginkan dia menjadi pendampingku di syurga sana. Walaupun aku tahu jodoh dan mati itu sudah Allah aturkan di Luh Mahfuz, tapi aku hadirkan namanya dalam doaku. Aku seru namanya agar jadikan namanya sebagai jodohku yang telah tertulis di Luh Mahfuz. Pintaku hanya ini, agar Allah perkenankan doaku yang satu ini. Siapkan dia sebagai sebaik-baik jodoh buatku. Siapkan dia sebagai pelindung, pemimpinku di dunia ini dan sebagai pendampingku di syurga sana. Seruku hanya satu, Tuhan.. jadikan dia jodohku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience