BAB 6

Romance Completed 5032

Ish! Kenapa mata aku rasa kelabu ni. Aku pakai cermin mata kot. Tangan aku menonyoh-nonyoh mataku yang terasa kelabu. Dan tak sampai seminit aku berhenti daripada berbuat demikian. Oh no! Pantas tangan aku meraba-raba wajahku, disambung ke semua poket yang ada pada baju dan seluar. Oh tidak! Beg galas kubuka menyelongkar apa yang patut. Tak cukup dengan itu beg baju juga aku selongkar. Di kawasan katil aku ditempatkan sebagai alas tidur sudah bersepah dengan barang-barang aku. Anis yang baru balik dari bilik air untuk bersihkan diri berkerut-kerut dahi dia melihat keadaan aku.

“Hoi! Kau ni dah kenapa? Apa yang kau cari sampai macam tu?” Pertanyaan Anis aku tak endahkah. Sudahlah perlu teraba-raba mencari, maklumlah tak nampak. Anis tolong memahami sekarang. Jangan tanya banyak boleh.

“Ish kau ni! Suka buat bodoh bila aku tanya. Cuba kau beritahu aku apa yang kau carinya. Cermin mata kau mana? Kau nampak ke tak pakai glass?” Itu dia, apabila Anis bersuara. Bertubi-tubi dia tanya. Aku pandang Anis.

“Anis, sekarang kau pakai tudung. Jom ikut aku pergi tempat aku accident tadi. Glass aku jatuh rasanya.” Tanpa sempat berbuat apa, laju sahaja aku sarungkan tudung ke kepala Anis. Kira-kira cun dah muka Anis, aku tarik tangan dia keluar dorm.

Dalam keadaan tak nampak aku berlari ke tempat tadi. Agak-agak dapat cam tempat tadi, aku cuba meraba-raba jalan tar untuk mencari cermin mata aku. Anis pun usyar-usyar sekeliling tolong carikan harta karun aku yang satu itu. Ya Allah bagilah jumpa, sesungguhnya aku tak boleh hidup tanpa benda alah itu. Semakin lama semakin jauh aku bergerak untuk mencari, batang hidung Anis pun sudah tak kelihatan. Ish! Mana ni? Kaki yang terasa lenguh membuatkan aku duduk sebentar di kerusi batu yang berhampiran. Berdasarkan amatanku dengan suasana sekeliling, aku tahu tidak lama lagi azan maghrib akan berkumandang. Pasti semua pelajar sudah berkumpul di surau seperti yang diminta penyelaras kem. Aduh! Minta-minta dapat jumpa sebelum gelap. Dan sebelum aku kena denda sebab lewat masuk surau. Itulah kau Ain, cuai lagi!

Aku kembali menunduk cuba mencari cermin mata aku. Walaupun agak teraba-raba, aku tetap yakin aku dapat jumpa. Sia-sia aku datang sini kalau aku tak boleh tengok apa-apa. Pandangan yang kabur sememangnya menyukarkan lagi aku untuk mencari. Walaupun rimas mula bertandang di hati, tapi aku kembali yakinkan hati. Ain! Kau boleh jumpa walau kau tak nampak. Usahaku mencari cermin mata terhenti apabila seseorang berdiri di hadapan aku menghulurkan sesuatu. Dengan keadaan mataku yang rabun aku cuba fokuskan figura kecil yang dipegang orang di depanku itu.

Cermin mata aku! Riang tidak terkata aku pantas berdiri daripala melutut lalu menyambut huluran tersebut. Laju aku tenggekan pada batang hidung. Hah! Jelas dan terang pun. Alhamdulillah, mujur ada hero aku seorang ni. Eh, siapa erk? Aku pandang sisi di mana manusia berjasa yang tolong aku tadi berdiri. Erk? Hero aku? Lelaki cina? Gulp! Ragu-ragu aku nak ucapkan terima kasih.
“Hurmm.. hurmm.. terima kasih.”

“Sama-sama. Tadi awak tercicir time awak langgar saya.” Erk! Tercekik!? Jujur je dia bagi jawapan. Macam ada ura-ura nak kenakan aku je dia ni. Aku pandang dia atas bawah. Dia menjongkit bibir ke kiri. Cuba tenangkan diri aku beranikan diri untuk menjawab

“Owh, sorry fasal tu. Saya tak sengaja tadi.” Muka aku pun dah membahang, dah macam udang bakar rasanya. Sambil memintal-mintal hujung tudung, aku sengih kerang busuk cuba menutup rasa gemuruh di hati plus nak tutup malu. Segan pun ada jugak.
“It’s okey. Dan sorry to say, but I think you should go now. Rasanya awak dah masuk zon larangan wanita di sini.” Erk! Sekali lagi aku tercekik!? Ragu-ragu aku pandang sekeliling.

Terbuntang mata aku melihat semua lelaki di situ! Tengok aku atas bawah, pelik. Huarrr… apakah ini? Sudah terkenakah aku? Tanpa mengucapkan apa-apa aku terus blah dari situ dengan pecutan 100m per jam. Bertambah laju mendengarkan gemuruh ketawa mereka. Ades jadi bahan ketawa akhirnya. Agaknya memang hari ini hari malang aku rasanya. Ain! Ain! Careless betul! ANISA TOLONG AKU!!! AKU MALU!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience