BAB 5

Romance Completed 5025

“Eh Ain, kau okey?” Anis menegur saat melihat dahi aku yang lebam. Aku buat tak endah. Aku tahu, sejauh mana aku cuba mengelak daripada Anis, Anis akan perasan juga. Kelmarin sengaja aku ponteng walaupun aku keluar dari rumah. Pergi pantai yang menjadi destinasi kegemaran aku dikala aku memerlukan ruang untuk meluahkan apa yang tersirat. Lagipun kelmarin lebam aku ketara sangat, malas nak datang. Nanti banyak sangat wartawan. Pagi ini pun aku tak join pdp sekolah macam biasa. Setelah siapkan rutin harian aku seperti biasa di rumah, aku bawa barang-barang kem terus ke Masjid Y, tempat budak-budak kem berkumpul, mendaftar dan bertolak pergi dengan bas. Sepanjang perjalanan aku hanya tidur sahaja, setelah sampai di X resort baru Anis perasan keadaan aku.

“Aku okey. Dah kau jangan nak banyak tanya. Macam tak biasa tengok aku macam ni.”Aku hentikan tangan Anis yang mula ingin membelek keadaan wajahku. Dek terlalu melayan kedegilan Anis ditambah pula berat beg baju yang dibawa, aku tidak sedar ada manusia lain di hadapanku. Dan seperti boleh korang agak.

“Mak!!” Selamat aku mendarat atas anak orang. Nak-nak pula manusia itu merupakan seorang lelaki. Malu siot dipandang pelajar-pelajar lain, pantas aku bangun mendapatkan Anis yang terlopong tengok aku jatuh atas orang. Mak cik punya Anis, sebab kaulah aku jatuh. Tanpa memandang wajah lelaki yang dikerjakan oleh aku, laju sahaja aku menarik Anis pergi meninggalkan mereka semua di belakang. Malu weh! Malu! Kenapalah destinasi nak ke dorm lelaki dengan perempuan satu lorong yang sama? Kalau jatuh atas perempuan aku boleh lagi buat muka tak malu minta maaf. Ini tak, atas anak siapalah aku jatuh! Baru datang tempat macam ni dah malang menimpa. Haila! Nasib! Nasib!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience