BAB 1

Romance Completed 5025

Mahu ku bersama

Mahu ku ke sana diriku tak disini lagi

Waktu tak bicara

Lama terasa seakan terhenti mengiringiku

Tenanglah duhai jiwa

Tebarlah tulus doa

Ku kepadanya saatku tiada

Tuhan Jaga dia untukku

Kala ku masih jauh

Bagai menghitung resah berkepingan berderaian

Tuhan Jaga dia untukku

Selamanya ku ada

Mencipta syurga bersama

Menyayangi mendampingi dia

Terbangkan diriku

Bersayap seribu biar detik menjadi laju

Langit pun mendengar

Jadi penawar mengusir debar jatuh ke dasar

Tenanglah duhai jiwa

Tebarkan tulus doa

Ku kepadanya saatku tiada

Tuhan jaga dia untukku

Kala ku masih jauh

Bagai menghitung resah berkepingan berderaian

Tuhan Jaga dia untukku

Selamanya ku ada

Mencipta syurga bersama

Menyayangi mendampingi

Mungkinkah ini menguatkan kita

Lambang cinta ku dan dia

“Ain!!!”

Nyaring jeritan seseorang dari belakang cukup membuatkan aku terkejut lantas membantutkan langkahku yang tiada arah tujuan. Tanpa sedar ternyata saat itu aku sedang berdiri di tengah-tengah laluan kenderaan kampung. Aku hanya mengalihkan kepalaku untuk memandang siapa yang memanggilku. Mak Milah, jiran sebelah rumah aku kelihatan cemas menggawangkan tangannya sambil terlolong menjerit namaku berulang kali. Orang kampung di sekeliling juga kelihatan cemas dan mula memanggil namaku juga. Aku bingung, kenapa mereka berkelakuan demikian? Kenapa memanggil namaku? Adakah sesuatu berlaku kepada ibu? Ibu… arhh! Biarkan, ibu sudah tidak sayang aku. Tanpa menghiraukan jeritan Mak Milah dan orang kampung, aku kembali memandang ke depan untuk menyambung langkahku. Tapi, langkahku terhenti melihat kereta-kereta laju dipandu di depanku. Kakiku kaku takut untuk bergerak.

“Pin!! Pin!! Pin!!”

Bunyi hon bertalu-talu menambahkan gentar aku. Dalam gentar, kepalaku dipaling sedikit ke kananku. Terjegil mataku melihat sebuah pacuan empat roda laju membelah angin menuju ke arahku. Kegusaran dan ketakutan yang menguasai diri aku membuatkan otakku berhenti tidak mampu berfikir, jangtungku berdegup kencang membuatkan lelahku kembali menyerang. Mataku mula kabur kerana nafas yang tersekat menyukarkan aku bernafas. Tidak tahu untuk melakukan apa, aku memejamkan mata sambil erat memeluk Jolie, teddy bearku. Dalam beberapa saat tubuhku terasa melayang.

Namun, duniaku terasa terhenti saat jeritan orang kampung sudah tenggelam dari pendengaranku. Kereta yang lalu lalang juga terasa berhenti daripada bergerak. Adakah begini rasanya mati? Peliknya, mengapa tubuhku tidak terasa sakit seperti yang sepatutnya terjadi. Malah aku merasa tubuhku erat dipeluk dalam kehangatan seseorang. Jolie, kaukah itu? Hatiku bertanya kepada teddy bear yang aku peluk. Tapi akalku laju mencerna. Joliekan patung! Mana mungkin Jolie ada haba. Dalam menahan sesakan nafas yang semakin menjadi dadaku mula sesak dan sakit seperti dipijak.

Mataku buka perlahan memastikan sama ada aku masih hidup atau telah tiada. Walaupun tidak dapat mendengar suasana riuh orang yang mengerumuniku tetapi dengan pandanganku yang samar aku yakin tubuhku sedang dibaringkan di atas riba seorang lelaki. Tidak dapat menahan kesakitan sesak nafas yang terlampau mataku kembali terpejam. Walaupun dalam separuh sedar, aku tahu lelaki itu sedang membantu aku untuk bernafas dengan memberi bantuan pernafasan melalui mulutku dan menekan dadaku berulang kali.

Agak lama mencuba, akhirnya aku lega, nafasku mula teratur seperti biasa. Aku terbatuk kecil sebelum membuka mataku perlahan. Aku memerhatikan seorang demi seorang di sekeliling, Mak Milah sudah menangis gembira melihat aku selamat disambut perasaan lega orang sekeliling. Pandanganku terpaku pada wajah lelaki cina yang sedang meribaku di atas ribanya. Dia tersenyum manis melihat aku memandangnya.

“Nah, teddy bear adik.” Dia menghulurkan Jolie kepadaku. Agak kotor bulu birunya mungkin terlepas dari genggaman aku tadi. Aku menyambut perlahan. Lelaki cina itu perlahan membangunkan tubuh kecil aku. Cuba seimbangkan tubuhku aku bergerak menjauh dari lelaki cina yang tidakku kenali itu. Belakang Mak Milah aku sorokkan tubuh daripada dia, aku hanya curi-curi memandangnya di sebalik Mak Milah. Dia ketawa kecil melihat ketakutanku.

“Ish apa kamu ni Ain. Terima kasih dekat uncle sebab selamatkan kamu.” Arah Mak Milah apabila melihat kelakuan anehku.
“Tak apalah Kak Milah. Saya datang jumpa mak saya tadi. Saya pun dah lambat ni nak pergi ambil Fateh.” Lelaki itu beritahu.

“Terima kasih Hamid tolong selamatkan Ain. Kalau tak ada kamu tadi tak tahulah apa Kak Milah nak jawab dengan ibu dia. Kak Milah pun nak pulang hantarkan Ain ni. Nanti tercari ibu dia.”

“Tak ada apa. Dah jadi tanggungjawab saya untuk membantu. Nah coklat untuk adik. Adik jaga diri tau.” Dengan sleng melayu campur cina lelaki itu menghulurkan Cadbury kepadaku. Walaupun ragu-ragu, aku sambutnya juga. Lelaki itu tersenyum lalu mengusap kepalaku.

“Kak Milah pergi dulu ye. Assalamualaikum.” Mak Milah menarik tangan kecilku meninggalkan lelaki itu. Orang-orang kampung yang mengelilingiku tadi juga turut beransur kehaluan masing-masing. Aku berpaling memandang ‘hero’ku tadi. Lantas hati terdetik. Ya Allah, Ain pun nak hero muka cina macam tu juga. Ain nak dia jadi pelindung Ain nanti. Boleh kan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience