BAB 7

Romance Completed 5032

Dua bulan telah berlalu semenjak kejadian itu. Namun, apabila aku teringatkan wajah cina dia pasti aku tak boleh nak halang diri aku daripada terus berasa malu. Dan aku berharap aku tak akan berjumpa dengan dia lagi. Tapi, rasanya permintaan aku itu akan terkubur sebab untuk kali ini merupakan kali kedua lapan orang pelajar dari SMA Nawawi termasuk aku dihantar untuk join kem PDCA di Bukit X. Of course sekolah seluruh Penang terpilih. Ades! Dia mestilah ada kan. Untuk kem kali ni, rasanya tiga subjek yang Anis sebut haritu BI, Sains dan Math selama tiga hari dua malam. Memikirkan lelaki cina itu terdetik juga tak mahu pergi, takut kalau terserempak atau terjumpa dia. Oleh sebab itu, mulalah aku berdoa Mak Ina tak lepaskan aku pergi. Tapi sayang beribu kali sayang aku dilepaskan pergi juga kali ni. Mudah sekali! Aku pun tak tahu kenapa.

Walaupun layanan Mak Ina terhadap aku macam biasa apabila aku mohon izin Mak Ina tapi senang sahaja Mak Ina beri keizinan. Malah Mak Ina siap beri keizinan untuk aku pergi mana-mana kem lain yang perlu aku pergi. Pelik b. Ajaib kan? Tapi itulah kenyataannya, dengar kata dari Pak Abu, pemandu peribadi arwah ayah yang selalu bawa Si Putri tu. Mak Ina kena selesaikan fasal wasiat yang ayah tinggalkan. Jadi, dia sibuk sikit. Aku hanya jongkit bahu saja mendengarkan itu. Apa-apa sahajalah. Entah-entah memang dia muak kot tengok muka aku, agaknya la.
Tiba sahaja di Bukit X, kami ditempatkan di surau tempat kami semua berkumpul sebelum mengambil kunci untuk masuk ke apartment. Piwit! Apartment tuuu, haritu dorm biasa je.

Kali ni grand sikit dapat. Ko ade? Keluar sahaja dari surau aku mencari geng bilik aku. Sedih sikit sebab terpisah dengan geng sekolah. Setelah dicampur bahagi, aku ditempatkan di bilik asing bersama dengan budak sekolah lain. So, aku dengan kawan-kawan sudah tentulah terpisah. Tengok muka Anis, aku tahu dia serba-salah untuk berpisah dengan aku. Hehe.. relek Anis. Nanti dekat sekolah kau berkepitlah dengan aku ye.
Aku berdiri di luar surau sambil memeluk tubuh memerhati sekeliling sementara menunggu geng bilik aku yang lain menunaikan solat asar. Aku melihat satu persatu bas memasuki kawasan surau. Agaknya masih ramai yang belum sampai. Sekolah seluruh Penang namanya pun, mestilah ramai.

Saat terpandangkan sekumpulan pelajar lelaki turun daripada bas yang terakhir aku terpaku. Dia! Budak cina. Erk! Aku terpukau sekejap melihatkan kerenah dia dengan rakan-rakan. Riuh suara mereka apabila bertemu rakan-rakan lain. Mesra betul dia. Leka aku memerhati di sebalik kaca mata aku yang berkanta gelap. Apabila tersedar dia beralih pandang ke arah aku cepat-cepat aku mengalihkan wajahku ke arah lain.

Pura-pura tiada apa-apa. Mujur geng bilik aku sudah selesai menunaikan solat, laju sahaja aku menghampiri mereka bersama beg di tangan. Mereka tiga orang semuanya dari sekolah yang sama akan menjadi roommate aku selama tiga hari di sini, sedihnya aku seorang sahaja pendatang asing. Hehe.. tak apa. Aku tak kisah pun, bagi aku bercampur dengan sekolah lain lagi bagus. Boleh bertukar-tukar pengalaman. Kan? Kan? Kan?

Kami seiring bergerak keluar dari kawasan surau dan membawa beg masing-masing ke apartment yang agak jauh. Berjalan kaki untuk ke sana agak menyebalkan hati kami. Terkumat kamit mulut kami berempat merungut. Mujur sahaja mereka mudah mesra dengan aku, tak adalah aku rasa kekok. Hai, mengah yang terasa cuba aku kuatkan dengan semangat dan asal tujuan aku ke sini. Sabar Ain, untuk menuntut ilmu perlu siap sedia untuk berkorban dengan segala kesulitan.

Dalam riuh kami bertukar nama dan latar belakang, perhatian aku terganggu apabila berselisih dengan budak cina itu, mata aku gatal saja ingin reling ke arah dia. Tidak tahu kenapa? Terasa suka pula tengok wajah dia yang putih itu. Amboi kau Ain! Sedar sikit muka kau tu kalau banding dengan dia macam kuali hitam dengan cawan putih tahu. Haritu beria-ria kau minta tak nak datang sini. Malu nak jumpa dialah kononnya, so? Apakah ini? Bibir derhaka dari hati ke? Hehe.. tak adalah. Tapi betul tak tipu, haritu aku betul-betul tak nak datang kot. Tapi tengok gelagat dia tadi terasa mencuit hati pula.

Hilang terus rasa malu nak berselisih dengan dia. Lagipun hal dulu dah berlepas, dia pun dah lupa agaknya. Apapun, dekat dia ada sesuatu yang buatkan aku tertarik nak tengok. Macam magnet gitu. Duniaku terasa terhenti saat dia mencemarkan matanya mereling ke arah kumpulan kami. Hashu! Terbersin aku. Astaghfirullahalazim! Ain, jaga mata kau! Korek karang.

Menjadi hobi aku pulak duduk dekat Bukit X ni, nampak dia saja mesti nak tengok. Bukan tengok sampai nak terkeluar biji mata tu. Pandai-pandai la cover. Kadang-kadang kerenah lelaki cina tu buat aku ketawa seorang diri. Hurmm.. Ain! Ain! Tapi cop! Jangan salah faham. I belum jatuh cinta tau. Sorry la cintan cintun ni. Tak main la! Semak tahu tak! Tak ada dalam senarai hidup. Cuma suka saja tengok keindahan ciptaan Allah. Sejuk mata tengok. Siapa tak suka tengok benda cantik kan. Allah pun suka sesuatu yang cantik. Inikan pula aku yang manusia biasa. Nak-nak pulak orang handsome.

Betul tak? Eleh tak ngaku. Asalkan ada batasnya, ingat prinsip aku yang satu ini. Tapi, aku terasa pelik pulak dengan diri aku sendiri. Sepanjang hidup aku, bab memuji manusia yang berkaum adam ini tersangatlah susah. Melainkan aku betul-betul suka dan kagum. Tapi kali ni senang pulak aku menilai dia. Sedangkan kalau Ain Syafinaz yang sebenar perlu mengambil masa yang lama untuk menilai seseorang sebelum melontarkan segala pujian. Hurmm.. tapi apa yang aku boleh buat? Fitrah kan, apabila hati ingin memuji, pujilah dia. Kalau tak mahu, handsome macam Mario Maure pun aku tak pandang.

“Weh kau tengok laki tu. Muka dia macam cina kan?” Saat aku khusyuk mewakafkan telingaku mendengar kuliah maghrib yang disampaikan seorang ustaz daripada ZAKAT, bisikan Anis mengganggu fokus aku. Khusyukan aku terbabas terpandangkan lelaki yang ditunjuk oleh Anis. Dia lagi. Bila masa lelaki cina tu duduk saf depan aku ni? Tapi disebabkan Anis yang telah mencemarkan kekhusyukan aku, fokus aku mula lari kepada dia. Apa yang disampaikan ustaz pun sipi-sipi masuk dalam kepala. Ades! Anis kau sedarkan aku dah kenapa? Haih! Tapi, rezeki pula lelaki cina tu duduk depan kami.

Hurmm.. rezeki siapa ni?
“Boleh la. Mungkin dia mixblood kot. Kau try tengok dia punya rambut. Rasa-rasanya kalau budak sekolah kita kena cantas dah. Sekolah diorang tak ambil tindakan ka?” Ramah pula aku cakap fasal dia. Memang betul-betul lari dari tajuk kuliah malam ni. Fasal rambut pun boleh jadi isu aku. Tapi aku suka rambut dia sebab tu aku cakap. Hehe.. Hai Ain! Sesuatu ni. Apa? Tak ada apa okey. Orang minat sahaja. Fullstop!
“Entah.. ya la kot.” Pendek jawapan Anis.

Sepanjang berada di Bukit X, walaupun aku tahu aku dengan Anis agak terpisah disebabkan bilik kami yang berjauhan. Cuba bayangkan, bilik aku and the gang merupakan satu-satunya bilik yang duduk area pelajar lelaki yang lain. Pelajar perempuan semua berada di tingkat atas daripada tingkat kami. Nasib kami ditempatkan di sini, ada jugalah kena kacau dengan diorang. Minta gula la, teh la, ketuk pintu la, paling sadis ada orang call housekeeping tapi bilik kami yang kena, lagi best apabila restoran call bilik kami cakap kitaorang ada tempah set makanan.

Tak patut siapa yang buat macam tu. Jenuh roommate aku menjawab. Hurmm.. tapi apa yang aku nak ceritanya adalah tentang Anis. Pelik pulak aku tengok dia semenjak malam dia tanya fasal lelaki cina tu dekat aku. Tengok aku sahaja pasti Anis tersenyum-senyum. Sampai ke sekolah tabiat dia macam tu. Bila aku tanya dia, mulalah keluar ayat kias berbunga dia. Haish Anis ni, macam something-something saja senyuman dia tu. Menyeramkan betul!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience