DIALAH CINTA SEJATI (BAB 6)

Romance Series 15439

“MAK CIK, macam mana dengan Bella?” Tanya Aiman gusar.

Puan Hasmida mengulum senyuman syukur.

“Alhamdulillah, Bella dah sedar tapi tadi dia meraung tadi macam tak dapat terima hakikat yang dia lumpuh dan buta,” ujar Puan Hasmida sedih.

“Alhamdulillah. Pasal tu saya cuba pujuk dia. Bella ada kat dalam kan?”

Puan Hasmida mengangguk mengiakan.

Aiman perlahan-lahan menolak daun pintu. Jelas dia dapat mendengar tangisan Bella.

“Bella…”

Tangisan Bella serta-merta berhenti. Yang kedengaran hanya suara tersedu sedannya sahaja.

Suara garau itu… desis Bella dalam hati.

“Kau buat apa kat sini, Aiman? Kau keluar sekarang!” Jerit Bella dengan mata yang berbalut.

“Bella… aku… aku nak teman kau Bella. Aku rindu kau. Sumpah!” Luah Aiman. Dia tetap mendekati Bella dengan perlahan-lahan.

Tangisan Bella mula kedengaran lagi.

“A…aku dah t…tak sempurna, Ai… Aiman…” tangis Bella bersama suaranya yang serak basah akibat terlalu banyak menangis.

Bella mengambil bantalnya lantas dibaling ke arah Aiman. Entah kena atau tidak, dia sendiri tak pasti.

Aiman pantas menyambar Bella lalu memeluk erat gadis itu. Walaupun Bella meronta-ronta, dia tetap memeluk Bella meskipun dadanya dipukul bertalu-talu.

“Bella… aku tetap sayangkan kau Bella. Tolong jangan jadi macam ni… Aku masih cintakan kau sebab kau cinta sejati aku Bella… pleaseee…” pujuk Aiman perlahan-lahan.

Akhirnya Bella termakan dengan pujukan Aiman. Dia mula berhenti meronta-ronta minta dilepaskan. Dia membalas pelukan Aiman.

“Saya rindu awak, Aiman… Kenapa awak tak muncul saat hari terakhir saya kat Padungan dulu… Kenapa?” Soal Bella bertalu-talu.

“Saya ada sebab yang kukuh Bella… saya janji takkan tinggalkan awak lagi…” janjinya untuk Bella.

“Janji?”

Aiman mengulum senyuman kecil.

“Hanya ajal yang boleh pisahkan kita, Bella…”

“No, Aiman tetap nak pergi sekolah esok!” Aiman bertegas.

Namun ibunya tetap gigih menghalangnya untuk ke sekolah.

“You have an appointment tomorrow. Tolonglah… esok Aiman akan jalani rawatan. Tolong sangat jangan degil!” Rayu ibunya.

“Or else, Aiman takkan jumpa Bella lagi pada dua tahun akan datang. Ibu benarkan Aiman pindah ke sekolah yang sama dengan Bella dengan syaray jaga kesihatan!”

Mereka membuat deal pula. Dengan itu, Aiman akhirnya bersetuju untuk menjalani rawatan pada esok hari.

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2021-03-11 00:01:29 

ader continious ker

YAZNI-ERNIE
2021-03-11 00:01:13 

nite, dear. best. tqvm. i baru reading


NovelPlus Premium

The best ads free experience