AISYA SOFIYA (BAB 3)

Romance Series 15449

BEBERAPA bulan sudah berlalu, kini Tengku Zarith kembali masuk ke ofis menguruskan syarikat keluarganya. Dia tinggal bersama isterinya di rumah banglo yang baru saja dibelinya. Kehidupan mereka sangat membahagiakan.

Tengku Zarith sibuk membelek fail-fail di atas mejanya, namun tiba-tiba hatinya berdetak laju teringatkan isterinya. Detak rindu. Isterinya merupakan seorang pensyarah di Universiti Malaya. Jadi, sudah menjadi kebiasaan jika masing-masing sibuk dengan kerjaya. Tanpa berlengah dia mendail nombor isterinya yang tertera pada skrin telefonnya ‘My Love’.

“Sayang,”

“Hmmm…” jawab Aisya Sofiya yang sedang sibuk menyiapkan kerjanya di dalam biliknya.

“Sayang tengah buat apa tu?” 

“Tengah siapkan kerja abang. Abang tengah buat apa pula?”

“Tengah kerjalah sayang, hmmm lunch sama-sama ya, abang jemput sayang hari ni, boleh?”

“Aisya rasa tak sempat nak lunch dengan abang hari ni, Aisya ada meeting dengan student kejap lagi, lagipun dah janji dengan dia orang, nanti apa pula kata dia orang lecture tak menepati janji, kalau esok macam mana?” Balas Aisya Sofiya jujur menjelaskan keadaan yang sebenar kepada Tengku Zarith agar tidak melukai perasaan lelaki yang sangat bermakna dalam hidupnya.

Tengku Zarith memahami kerja isterinya, dia faham jika isterinya sedang sibuk, “Kalau macam tu esoklah sayang,”

“Maafkan Aisya ya,”

“It’s okay, dear. Kita jumpa dekat rumah malam nanti. I love sayang,” balas Tengku Zarith.

“Okay, love you too, bye!

Pada tengah hari itu Tengku Zarith keluar makan seorang diri kerana hari ini Faqhan Najman mengunjungi tapak projek di Pulau Langkawi, isterinya juga ada meeting dengan students, jadi dia sendirian hari ini tanpa berteman.

Tiba-tiba seorang perempuan datang menghampirinya, dengan tidak segan silunya dia duduk di hadapan meja makan itu tanpa dipelawa.

“Eh, cik kenapa duduk sini?” Marah Tengku Zarith.

“Hi, sorang aje ke?” Sapa perempuan yang free hair itu.

Melihatkan cara perempuan itu berpakaian mana-mana lelaki pun boleh tergoda. Seksi. Namun tidak Tengku Zarith, dia tidak suka melayani mana-mana perempuan. Dia mengabaikan pertanyaan itu. Namun begitu, perempuan itu terus memancingnya untuk berbual-bual dengannya.

“You tahu tak, I kalau tak kenal orang tu I tak tegur,”

“I tak kenal siapa you, so boleh pergi dari sini tak. Jangan ganggu I tengah makan ni,” balas Tengku Zarith mula merasa bosan dengan perempuan itu.

‘Cis! Sombongnya jantan ni,’ desis hati Natasya menyampah.

“Kenalkan I Natasya, anak Tan Sri Jalaluddin. I rasa kita pernah jumpa dekat Paris dulu, mungkin you dah tak ingat I kut. I pernah belajar kat sana walaupun kita ni bukan sekelas,” ucap Natasya manja gayanya memperkenalkan dirinya.

Mendengarkan satu nama itu Tengku Zarith berhenti mengunyah makanannya, matanya terus menatap Natasya, “Natasya? Anak Tan Sri Jalaluddin. Oh ya, Tasya?”

“Yes, I am. You Tengku Zarith, right?”

“Yes, but really sorry I langsung tak ingat siapa you. I ni bukannya jenis lelaki yang suka melayan orang yang I tak kenal. Kalau papa you of course I kenal dengan dia. Siapa tak kenal Tan Sri Jalaluddin, dia merupakan seorang pemilik saham terbesar dan memiliki beberapa buah syarikat dalam dan luar negara,” ucap Tengku Zarith jujur.

 “It’s okay. Setahu I you pun tak kurang hebatnya dalam bidang perniagaan. So, alang-alang dah kenal you ni, lepas ni bolehlah I bagitahu papa untuk berkerjasama dengan syarikat you, lagipun I kenal syarikat you tu, you ni anak Datuk Adnan Sazidin kan?” Tengku Zarith hanya menganggukkan kepalanya perlahan.

Bermula dari pertemuan pertama mereka berdua berbual-bual berkenaan syarikat masing-masing yang melibatkan kerjasama perniagaan. Nampaknya Tengku Zarith seakan berminat untuk menjalinkan kerjasama dalam berurusan dengan syarikat Tan Sri Jalaluddin. Dia juga sebenarnya mempunyai matlamat tersendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience