AISYA SOFIYA (BAB 1)

Romance Series 15449

PAGI buntar. Di lapangan terbang Pengkalan Chepa kelihatan sudah ramai orang lalu lalang di situ menantikan kepulangan yang tersayang. Mata Aisya Sofiya melilau mencari kelibat Tengku Zarith yang baru saja menamatkan pengajiannya di Kota Paris, London. 

“Aisya Sofiya,” sapa satu suara. Dia menoleh ke belakang dan senyum pun terukir apabila melihat wajah kacak Tengku Zarith.

Dua mata saling bertaut seakan cuba mengungkapkan sebuah kerinduan yang terpendam di hati. Ada getaran di jiwa Tengku Zarith melihat wajah bidadarinya, sudah bertahun dia tidak menatap wajah indah milik Aisya Sofiya. Dia meninggalkan gadis itu demi mengejar cita-citanya menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya. Kini dia pulang ke pangkuan isterinya untuk menunaikan janjinya. Dia berjanji untuk menjaga bidadarinya sepanjang hayat hidupnya dengan penuh kasih sayang.

Mata milik Tengku Zarith masih melekat pada setiap inci wajah itu. Cantik. Masih sama seperti dulu, penuh dengan kelembutan sifatnya. Wajah isterinya mewarisi neneknya yang ada kacukan Pakistan. Mata isterinya juga berwarna hazel, apabila terkena panahan cahaya matahari ia bermutiara jernih. Mungkin kerana itu juga dia selalu cemburu jika ada mana-mana lelaki mendekati isterinya, terutamanya Rafzal Haris.

 “Abang!” Panggil Aisya Sofiya membuatkan lamunan Tengku Zarith terhenti.

Tengku Zarith mendepakan tangannya ala-ala Shahrukh Khan. Aisya Sofiya senyum dan memeluk suaminya erat. Dia rindu, terlalu merindui suaminya, rindu itu begitu menyeksakan perasaannya.

Aisya Sofiya tiba-tiba menangis. 

“Sayang kenapa menangis ni?” Ucap Tengku Zarith setelah merenggangkan pelukan itu.

Wajah itu masih tertunduk, air mata yang jatuh segera di seka Tengku Zarith, “Kenapa sayang? Abang dah balik pun nak sedih lagi ke?”

“Rinduuuu….”

Tengku Zarith senyum, tangan itu ditarik dalam peluknya sekali lagi.

“Jangan sedih sayang, abang dah ada sini. Abang nak tunaikan janji abang untuk jaga sayang,” pujuk Tengku Zarith.

Aisya Sofiya merenggangkan pelukan suaminya, dia baru perasan di tengah-tengahnya ada ramai orang di situ. Malu pula rasanya dek tidak dapat mengawal emosinya.

“Maafkan abang meninggalkan sayang terlalu lama. Tentu tidak mudah jalan hidup yang sayang lalui bersendirian,”

“Yang tak mudah seksanya sebuah penantian abang,”

“Ya, abang tahu sayang. Abang takkan lupakan setiap pengorbanan sayang untuk abang selama ini. Abang janji akan jaga sayang baik-baik,”

“Tak apalah abang, semuanya dah lepas. Abang pun dah berjaya tamatkan pengajian abang disana. Aisya tumpang gembira untuk abang,”

“Semuanya berkat doa isteri abang juga. Terima kasih sayang,”

“Sama-sama abang,”

“Sayang abang lapar, jom kita breakfast dulu,” balas Tengku Zarith yang masih belum menjamah makanan.

Mereka berjalan beriringan pergi dari situ. Kini cintanya telah pulang ke tanah air setelah hampir empat tahun dia menjadi penunggu yang setia pada cintanya.  

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience