AISYA SOFIYA (BAB 4)

Romance Series 15439

Sejak mengenali Natasya, Tengku Zarith banyak menghabiskan masanya bersama gadis itu. Jika tidak berbincang mengenai perniagaan mereka akan keluar bersama-sama. Tengku Zarith lebih mementingkan kerjanya. Dia berusaha berbaik-baik dengan Natasya agar senang segala urusannya dalam memajukan syarikat keluarganya apabila mengenali orang-orang ternama. Dia juga mempunyai matlamat sendiri untuk dicapai dalam hidupnya.

“Lily I nak keluar kejap ni. Lepas waktu lunch baru I ada kat ofis, so kalau ada siapa-siapa yang cari I katakan I ada urusan diluar,” pesan Tengku Zarith yang ada temu janji dengan Natasya di hotel terkemuka.

Tiba-tiba ringtone telefon bimbit Tengku Zarith kedengaran semasa dia menuruni lif. Dia melihat tertera nama ‘My Love’ di skrin telefonnya. Dia serba salah mahu menjawab panggilan itu. Jam di tangannya sempat dijerlingnya, dia sudah terlewat. Dia membiarkan saja panggilan itu sepi. Dia perlu segera menemui Natasya kerana perempuan itu menjanjikan sesuatu yang terbaik untuk masa depan syarikatnya untuk projek baru yang berjumlah belasan jutaan ringgit. Dia tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu. Dia berazam mahu memajukan syarikat papanya setanding dengan syarikat Tan Sri Jalaluddin kerana itu merupakan impiannya. Jika tidak sia-sia saja dia ke luar negara menamatkan pengajiannya dalam bidang perniagaan.

Aisya Sofiya merenung telefonnya, satu keluhan kecil dilepaskan. Sejak kebelakangan ini suaminya terlalu sibuk sehingga tiada masa untuknya. Dia juga semakin pelik melihat sikap suaminya yang kian berubah, tapi dia hanya mendiamkan diri dan memikirkan hal yang baik-baik saja. Mungkin itu cuma mainan perasaannya. Di fikirannya dia tidak pernah terlintas memikirkan kecurangan seorang suami di belakangnya. Dia terlalu mempercayai Tengku Zarith. Dia yakin perkahwinan yang di dasari dengan rasa cinta ini akan kekal untuk selamanya. 

*****

JAM sudah menunjukkan pukul 1.00 pagi, Tengku Zarith masih belum pulang. Mata cantik Aisya Sofiya sudah semakin kuyu, mengantuk. Akhirnya dia terlelap di sofa menantikan suaminya. 

Tengku Zarith pulang ke rumahnya sudah lewat pagi, dia lihat isterinya sudah nyenyak tidur di atas sofa kesejukan. Dibiarkan saja isterinya di situ. Dia menuju ke dapur membuka peti ais dan mengambil air kosong, diselak saji yang tertutup itu dan kelihatan penuh dengan makanan kegemarannya. Dia hanya sekadar melihat makanan itu dengan penuh hambar. Dia tidak berselera kerana sudah kenyang makan malam bersama Natasya. 

Bunyi azan subuh mengejutkan Aisya Sofiya. Dia bangkit dari pembaringan dan melangkah ke tingkat atas malas. Masuk saja di dalam biliknya dia melihat Tengku Zarith nyenyak tidur. Sepasang matanya merenung suaminya tidur. Suaminya sudah banyak berubah, langsung tidak mempedulikannya. Dia cuba menyembunyikan perasaan sebaknya tetapi dia tidak mampu melawan perasaan itu yang semakin hari membuatkan hatinya semakin terhiris. Namun dia harus menerima segala yang terjadi itu sebagai ujian dalam rumahtangga.

“Aisya malam ni abang balik lewat. Abang nak jumpa klien,” ucap Tengku Zarith ringkas melalui telefon.

 Belum sempat Aisya Sofiya membuka mulut suaminya sudah mematikan telefonnya. Dia benar-benar terasa dengan sikap suaminya. Dia tidak mampu melindungi perasaan sedihnya yang semakin mencengkam di dataran hatinya. Terlalu sakit tidak tertahan.

“Zarith can I ask you something?” Soal Natasya sambil menikmati makan tengah hari bersama lelaki itu.

“What?”

“You dah kahwin?”

“I dah kahwin. Why?”

“I tengok cara you macam lelaki bujang. You balik lewat pagi isteri you tak marah ke?” Soal Natasya membuatkan lelaki yang berada di hadapannya tergelak sambil berkata, “I tak suka konsep belangkas ni,”

“Tapi sebuah perkahwinan adalah perkongsian,”

“Of course, tapi I malaslah nak cakap pasal tu semua, lagipun sekarang ni I fokus pada kerja. Apa yang penting sekarang matlamat, I nak syarikat papa I menjadi salah sebuah syarikat yang ternama setanding dengan syarikat papa you,” balas Tengku Zarith bercita-cita tinggi.

Jelas, Tengku Zarith sudah lupa janjinya pada Aisya Sofiya. Isteri yang sudah banyak melakukan pengorbanan untuknya. Janjinya kini mungkir pada cintanya. Akan kekalkan bahteranya atau karam di tengah lautan di lambung ombak yang mengganas. Penentunya adalah dua hati.

“Wah, I suka dengan semangat you tu. Good luck for you!” Balas Natasya sambil tersenyum sinis.

‘Kau terlalu terbang tinggi, kau tak kenal siapa aku yang sebenarnya. Aku ini pesaing kau yang akan menjatuhkan kau. Ya, aku memang ada hati dengan kau tapi aku takkan biarkan kau jadikan syarikat kau tu setanding dengan syarikat Tan Sri Jalaluddin. Suatu hari kau akan rasa betapa sakitnya jatuh. Bersedia untuk kejatuhan itu Tengku Zarith!’ Desis hati Natasya yang mempunyai niat tidak baik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience