DIALAH CINTA SEJATI (BAB 3)

Romance Series 15439

“AIMAN, kau kan asal dari Sarawak. Mesti kau pandai bahasa Iban kan? Kan? Kan?” Soal Zaidi ingin tahu.

Aiman sekadar ketawa mengekek. Ada-ada sahaja karenah kawan barunya ini. Bahasa Ibanlah… bidayuhlah… kadazandusun lah…

Eh? Kadazandusun kan di Sabah.

“Bahasa Iban tak adalah pandai sangat. Cuba kau tanya loghat Sarawak. Barulah aku pakar. Hahahah!”

“Aku nak dengar kau cakap Iban. Sikit-sikit pun jadilah. Aku minat gila bahasa Iban ni. Untung tau kau pindah sini,” pujuk Rania beria daripada Zaidi.

“Okay okay… yang aku tahu… aku ukai sapa-sapa ba ati nuan…”

Empat orang yang mengelilingi Aiman mula tercengang. Bingung dan tidak faham apa yang dikatakan oleh Aiman. Tadi nak sangat dengar Bahasa Iban. Sekarang semua tercengang tak faham. Pelik betul.

“Apa maksudnya. Yang pasti sapa-sapa tu siapa-siapa,” teka Uzair, salah seorang pelajar yang pernah melancong ke Sarawak.

Aiman ketawa lagi. Aiman mengeluarkan kertas kajangnya dan sebatang pen berwarna biru. Dia mengulum senyuman misteri.

“Semua tutup mata,” arahnya.

Arahan Aiman mengundang 1001 persoalan dalam gawang minda kawan-kawan barunya.

“Kenapa?” Tanya Rania hairan.

“Tutup ajelah. Banyak tanya pula,” Aiman memuncung.

Rania menggulingkan bebola matanya.

“Iyalah. Iyalah...”

Kemudian tangan Aiman lincah menulis sesuatu di atas kertas itu. Zaidi mencuba untuk curi-curi melihat namun dapat ditangkap oleh Aiman. Zaidi dengan pasrahnya mengikut arahan Aiman untuk pusing ke belakang.

“Sulit betul nampaknya,” Zaidi menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Memang sulit pun…”

Beberapa minit kemudian, Aiman menyuruh mereka berempat membuka mata. Kertas yang dilipat elok diletakkan di atas meja dengan baik sekali.

“Aku nak salah seorang daripada kau orang buka kertas ni dan baca kuat-kuat,”

Mereka berebut-rebut untuk mengambil kertas itu. Namun nasib menyebelahi Tania yang sedari dari tadi mendiamkan diri sahaja.

“Nice! Tania dapat! Silakan baca,” ujar Aiman.

“AKU BUKAN…”

 Belum sempat Tania menghabiskan ayatnya, Aiman sempat menyampuk. Satu kelas memandang ke arah geng Aiman. Manakan tidak, si Tania baca perkataan itu terlalu kuat. Kalau boleh sampai ke kelas sebelah pun dapat dengar.

Tania dan kawan-kawannya tersengih.

“Sorry guys. You may continue your work,” jerit Tania seperti membuat pengumuman.

“Aku bukan siapa-siapa di hati Zaidi,” suka hati Tania saja menokok ayat yang sebenar.

“Kepala otak engkau! Hahahaha!” Gelak Zaidi.

Aiman, Uzair dan Rania terkebil-kebil dengan jawapan yang baru sahaja diucapkan oleh Zaidi. Tania pula sudah tersipu-sipu malu. Auch! Cinta dah terbalas dalam diam ke tu?

“Zaidi, aku ada chance ke?” Mata Tania ibaratkan mengeluarkan bintang yang bersinar-sinar di langit yang gelap.

“Ah kau! Chance… hmm entahlah,”

Aiman mengukir sengihan nakal. Eleh nak jual mahal konon! Suka cakap sukalah Zaidi. Dah terbongkar dah pun jawapan kau tadi. Desis Aiman dalam hati.

Tiba-tiba matanya terarah ke arah seorang gadis yang sedang merenungnya dengan tajam sekali. Dalam satu saat sahaja mata gadis itu beralih ke tempat lain. Ya, itulah teman semejanya. Sejak semalam mereka tidak bertegur-sapa. Namun dia tetap bertekad untuk mengajak gadis itu berbicara dengannya.

“Wei kau orang, boleh aku tahu nama dia yang duduk kat sebelah aku tu? Cantik doh orangnya,”

Serta-merta mereka berempat tersedak. Ada juga yang membuat mimik mintah hijau, kuning, merah segala macam muntahan.

“Cantik memang cantik tapi perangai macam Setan. Setan pun confuse dengan dia tu,” Umpat Zaidi dalam nada berbisik.

“Kenapa kau orang cakap macam tu?”

“Okay… okay macam ni…”

Rania mula membuka cerita mengenai Bella. Sekali-sekala bergosip sikit.

“Aku tak tahu apa masalah si Bella tu sampai dia jadi seteruk macam sekarang. Dulu dia tak jadi macam ni. Kalau kau nak tahu, dia ni dulu pelajar cemerlang. Semua subjek dia sapu habis. Paling tertinggi dalam kelas. Sekarang entahlah. Dia dah tak boleh dikawal. Makin liar je aku tengok,” cerita Rania.

Oh, Bella namanya… desis Aiman dalam hati.

Dia memandang Bella untuk kesekian kalinya. Gadis itu sedang meletakkan kepalanya di atas meja. Sedang tidur barangkali. Fikir Aiman sendirian. Sejuta satu persoalan bermain dalam benak fikiran Aiman. Apa masalah yang dihadapi gadis itu sehinggakan dia menjadi ‘bad girl’. Aiman tersenyum nipis.

Ya. Dia bertekad untuk membantu gadis itu.

“Aku harap sangat dia berubah,” Tania memasang harapan. Berharap agar Bella kembali berubah menjadi seorang pelajar cemerlang. Tapi dapatkah dia?

 Aiman mengangkat punggungnya.

“Kau nak pergi mana?” Tanya Zaidi.

“Balik tempat akulah… mana lagi,”

“Duduk jelah sini. Cikgu pun pergi kursus. Aku tak habis lagi nak belajar bahasa Iban,” Zaidi membuat muncung itik.

“Lain kali. Aku nak usik Bella jap,” ujarnya selamba lalu kembali ke tempat duduknya.

“Kau memang tempah maut, Aiman…” Zaidi menepuk dahinya.

“Dah habis sesi bergosip. Sekarang, jom belajarrr!” Ajak Tania.

Masing-masing mula mengeluarkan buku Sejarah Tingkatan 5 untuk membuat ulangkaji oleh kerana tiada cikgu yang masuk ke dalam kelas mereka. Manfaatkanlah masa yang ada.

Aiman mengeluarkan pen biru miliknya dan buku Kimia Tingkatan 5. Dia mengulum senyuman kecil untuk seorang gadis yang sedang tidur beralaskan lengan itu.

Dia mencucuk-cucuk lengan Bella dengan menggunakan belakang hujung pen birunya. Bella akhirnya tersedar dari lenanya. Dia mengangkat wajahnya dengan muka yang masam bak jeruk asam. Bella pantas merampas pen biru itu lantas dibalingnya kasar ke arah Zaidi.

“Woii apa salah aku siot!” Jerit Zaidi kerana fokusnya terganggu.

“Diam kau hanurt!” Sahut Bella.

“Dan kau pahal kacau aku? Tempah bala?” Bella merenung tajam wajah Aiman yang sedang tersenyum.

Apa kena dengan dia siap tersenyum bagai ni? Soal Bella dalam hatinya. Mereng ke? Dia berasa pelik pula namun dia cuba untuk menutup rasa pelik itu.

“Ya. Saya memang nak tempah bala. Dari semalam saya perhati awak tapi awak langsung tak bertegur sapa dengan saya,” luah Aiman sedikit sendu.

Kring! Kring!!

Kebetulan pula loceng menandakan waktu rehat telah berbunyi. Bella mengukir senyuman misteri.

Dia mengeluarkan sesuatu dari dalam beg sandangnya. Tanpa memberi isyarat atau salam. Bella pantas membaling telur ke arah Aiman. Aiman yang tidak sempat mengelak, bajunya telah kotor terkena telur mentah.

Dia terkejut. Sungguh tak dijangka! Mulutnya seakan-akan masin dek perkataan “tempah bala” yang terkeluar dari mulutnya.

“HAHAHAHA! Rasakan kau!

“Woi apa ni?! Kau baling telur kat aku?!” Rengus Aiman kegeraman.

Bella ketawa terbahak-bahak bagai tak ingat dunia. Tadi nak tempah bala sangat kan? Sekarang rasakan kau! Dia ketawa jahat. Tunggu kau kat luar nanti!

Aiman menggeleng. Tak apalah. Benda dah jadi.

Dia membuka beg sandangnya lantas mengeluarkan sehelai baju PJK sekolah lamanya lalu dia mengangkat punggungnya. Tiba-tiba idea ‘evil’nya muncul dalam kepala. Dia mencolek kuning telur yang melekat di bajunya. Lantas dia mencalit kuning telur itu di pipi Bella tanpa isyarat untuk menghidupkan api kemarahan Bella.

“What the…ikan!” Bella menjerit.

“Halah baru sikit kena calit. Kau baling telur kat aku rilek je,” Aiman menyilangkan lengannya di dadanya.

“Auch! So sweetlah both of you…” ujar Rania dengan nada memerli.

“Sweet hotak kau Rania,”

Bella merengus geram. Panas hatinya dengan perlakuan Aiman si budak baru itu. Dengan rasa yang malu akibat dilihat oleh seluruh kelas, Bella pantas melarikan dirinya keluar dari kelas.

Liya dan Jane yang sudah bersedia untuk membaling telur ke arah Aiman terkebil-kebil melihat Bella yang keluar dari keluar dengan muka cemberut.

“Jom teman aku ke tandas!”

“Tapi telur…” Jane menunjukkan sebiji telur yang sudah tersedia di tangannya.

“Aku dah baling tapi aku pula yang kena calit! Menyampah!”

Jane memandang Liya. Liya hanya menjongket bahu tanda tidak tahu.

“Ikut jelah…”

Di dalam kelas, Aiman tersenyum kecil. Masih boleh diubah lagi si Bella ni. Hati dia je keras… dia tak liar pun sebenarnya. Desis hati Aiman.

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience