DIALAH CINTA SEJATI (BAB 2)

Romance Series 15449

“PERGI mana jam 9.00 malam baru nak balik?” Tanya Puan Hasmida, sambil memeluk tubuhnya di depan pintu rumah teres dua tingkat itu.

“Kenapa mama nak tahu? Selama ni tak ambil tahu pun…”

Jawapan Bella menyentapkan Puan Hasmida. Bella tanpa banyak bersuara pantas berlalu pergi dari ruang tamu itu.

Rumah mereka diibaratkan membela cengkerik dek sunyi yang amat. Apa yang ada hanyalah suasana yang hambar, sunyi-sepi dan kekok. Tiada suara yang girang, tiada juga bunyi tangisan. Masing-masing kerana keegoan dan keras hati.

Ayah? Jangan ditanya. Malam-malam entah hilang ke mana. Mama? Lebih pentingkan kerja berbanding anaknya, Bella menghentak pintunya tanda protes dengan mamanya di dalam rumah itu.

Stres? Ya, dia stres yang amat. Tiada yang mengambil kisah tentang dirinya. Tiada juga yang kisah akan pengorbanannya dalam kejayaan setiap tahun pada tahun-tahun lepas. Dalam kegelapan malam, dia memeluk lututnya. Mukanya disembamkan ke lutut. Di dalam bilik itulah dia menangis sepuas hatinya.

“Pencapaian tertinggi tahun 2019 bagi semua subjek teras termasuk Biologi, Kimia, Matematik tambahan dan Fizik jatuh kepada Bella Zafina!”

Bella naik ke atas pentas disambut dengan tepukan gemuruh daripada para hadirin yang hadir di Majlis Kecemerlangan pada tahun 2019 itu. Sembilan buah trofi telah berjaya jatuh ke tangannya dengan begitu mudah. Dia bangga akan pencapaiannya namun dia sedih.

Where is my parents? Tanyanya dalam hati. Dia mencari-cari kelibat Puan Hasmida dan Encik Arifin namun seorang pun tiada yang hadir pada hari bahagianya itu.

Bella turun dari pentas dengan rasa hiba dan sebal. 9 buah trofi yang berjaya jatuh di tangannya seakan-akan tidak bermakna lagi. Apalah guna berjaya tetapi tiada yang bangga akan dirinya?

Sampai hati mama dengan ayah…

Tangisannya semakin mengecil tatkala terdengar bunyi deringan telefon miliknya. Bella mengangkat kepalanya. Telefon dikeluarkan dari poket seluar tracksuit miliknya yang berwarna hitam itu. Dia mengesat air matanya dan hingus disedut untuk menyembunyikan suaranya yang serak basah akibat menangis

Tertera nama ‘Jane’ di kaca telefon pintar itu. Bella tersenyum sinis. Pada saat inilah dia perlukan seorang teman. Mujur Jane membuat panggilan kepadanya. Tanpa melengahkan masa, dia menjawab panggilan itu.

“Ha, kenapa?” Tanya Bella

“Weh jom lepakss…” ajak Jane di hujung panggilan.

Bella menggembungkan pipinya kejap ke kanan, kejap ke kiri. Nak lepak tapi moodnya pula tiada.

“Ah, malaslah aku. Esok aku nak pergi sekolah. Aku nak kenakan someone,” ujar Bella sambil ketawa jahat seperti Adudu dalam animasi Boboiboy.

“Someone? Siapa?” Tanya Jane hairan.

“Esok kau dengan Liya bawa telur tau. Kita baling telur dekat budak baru masa rehat esok,” arah Bella yang sudah memasang strategi syaitannya.

“Weh, serius kau, Bella?” Kedengaran suara Liya di hujung talian.

Bella berkerut dahi. Liya ada dengan Jane?

“Ya serius. Kau buat apa dengan Jane?”

“Lepak ar kat kelab. Kau tak nak join tak apa…” Jane berpura-pura kecil hati di kelab malam itu.

“Lepak ar kau orang. Aku tak ada mood. Chaw!”

Belum sempat mereka habis berbicara, Bella sudah mematikan panggilan.

“Memanglah Bella ni… kejap dingin kejap cool. Tak faham aku dibuatnya,” ujar Jane.

“Apa-apa jelah Bella tu. Yang penting kita enjoy. Yahuuu!!” Jerit Liya di dalam kelab malam yang bingit dengan lagu remix dan teriakan orang yang sudah tidak ingat dunia.

Ada juga yang hanyut dalam kemabukan air kencing Syaitan. Sungguh tempat-tempat itu mengundang perlakuan yang mendatangkan dosa-dosa besar.

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience