AISYA SOFIYA (BAB 2)

Romance Series 15439

 

“PAPA, mama,” panggil Tengku Zarith ketika menemui bapa dan mak mertuanya di rumah isterinya.

   “Tengku Zarith, Ya Allah lama papa tak tengok kamu. Semakin handsome menantu papa ni,” ucap Datuk Albert Yusuf sambil berpelukan dengan menantunya.

“Alhamdulillah balik juga kamu ya, Zarith. Macam mana hidup di Kota Paris, tentu banyak pengalaman yang kamu belajar ya,” tokok Datin Zulaikha berasa gembira menyambut kepulangan menantunya.

   “Banyak mama, tak terhitung. Panjang ceritanya,” balas Tengku Zarith.

“Soal pengalaman tu tolak tepi dulu, papa rasa ada baiknya Zarith ke bilik untuk berehat,” sampuk Datuk Albert Yusuf.

“Betul juga kata papa tu, kamu rehatlah dulu,”

“Kalau macam tu Zarith naik atas dulu ya,” ucap Tengku Zarith. Datuk Albert Yusuf dan Datin Zulaikha hanya menganggukkan kepalanya perlahan.

“Jom sayang!”

Sesampainya di bilik Tengku Zarith terus merebahkan tubuhnya di atas katil. Aisya Sofiya pula sibuk mengambil bagasi besar milik suaminya, dia mahu mengemas. Menyusun semua pakaian suaminya di dalam almari.

“Sayang buat apa tu?”

“Nak kemas pakaian abang, letak dalam almari ni,” balas Aisya Sofiya.

Tengku Zarith senyum, rajin betul isterinya. Tak rasa penat ke buat kerja banyak-banyak. Tengku Zarith bingkas bangun, dia menghampiri isterinya. Baju kemeja yang dipegang isterinya diambil, dia letak semula bajunya di dalam bagasi itu. Segera tangan itu ditariknya, “Sini, duduk!”

“Kenapa abang?”

“Kenapa apa?”

“Abang!”

Tengku Zarith tergelak, “Temankan abanglah sini dulu. Abang rindu nak berbual-bual dengan Aisya,”

“Boleh. Abang nak kongsi cerita apa dengan Aisya?”

“Abang nak kongsi keindahan Kota Paris, kat sana best sangat. Macam-macam ada, masa first time abang tengok mercu Menara Eiffel yang megah tu, Ya Allah tak terkata sayang, indah sangat, tapi……” kata-kata Tengku Zarith terhenti di situ. Wajahnya seakan-akan mendung. 

“Tapi apa abang?”

“Sayangnya Menara Eiffel tak seindah Aisya Sofiya,” balas Tengku Zarith tergelak.

“Abang ni mengadalah! Dahlah, pergi mandi ya. Aisya ada kerja sikit kat bawah tu. Lepas zohor abang turun bawah makan ya, kita makan sama-sama,”

“Owh sayang nak masak ke?”

“Ya, Aisya nak masak kejap lagi. Abang nak makan lauk apa?”

“Siakap tiga rasa,”

“Selera yang sama,”

“Of courselah abang kan suka makan siakap tiga rasa,”

“Tapi……”

“Tapi apa abang?”

“Walaupun siakap tu tiga rasa, hati abang cuma ada satu rasa saja untuk sayang sorang,” balas Tengku Zarith yang sudah tersengih nakal mengusik isterinya.

“Sweetnyaaaa. Apapun thank you so much. Tak apalah Aisya keluar dulu ya,”

“Okay sayang,”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience