AISYA SOFIYA (BAB 5)

Romance Series 15439

AISYA SOFIYA sedang sibuk mengajar di bilik kuliahnya. Telefonnya pula sejak dari tadi asyik berdering, namun dia hanya membiarkan sepi panggilan itu. Selepas selesai mengajar dia meraba telefonnya di dalam handbagnya. Tertera nombor terlefon yang dia tidak kenal. Dia kembali menelefon nombor itu kerana bimbang sekiranya orang yang menelefonnya mempunyai urusan penting dengannya. 

“Hello, assalamualaikum, boleh saya tahu ni siapa? Ada call saya ke tadi?”

“Hello, hello,” ucap Aisya Sofiya berulangkali di hujung talian apabila pemanggil pemilik nombor itu mendiamkan diri. Pelik.

“Wa’alaikumussalam, ni Aisya Sofiya ke?” Kedengaran suara seorang lelaki di hujung talian sejurus dia mahu saja mematikan telefonnya.

“Ya, saya Aisya Sofiya. Ni siapa ya?”

“Boleh kita jumpa. Saya ada sesuatu yang penting untuk disampaikan pada puan,” balas lelaki yang menelefonnya. Aneh sungguh, tidak saling mengenali namun dia diajak untuk bertemu.

“Jangan takut saya bukan orang jahat. Saya mengenali siapa puan. Kita jumpa di kafe esok. Alamatnya saya akan text puan,” sambung lelaki itu dan terus mematikan telefonnya.

“Hello… hellooo…. Saya tak habis cakap lagilah!” Jerit Aisya Sofiya agak terkilan apabila pemilik suara itu sudah tiada dalam talian. Sejenak Aisya Sofiya berfikir, akhirnya dia mengambil keputusan untuk menemui lelaki itu esok walaupun dia tahu itu bukanlah pilihan yang bijak.

Jam menunjukkan pukul 8.00 pagi. Aisya Sofiya menunggu lelaki yang ingin menemuinya itu di kafe.

“Aisya Sofiya,” sapa seorang lelaki. Dia menoleh berpaling ke belakangnya. Membulat matanya tergamam melihat seraut wajah lelaki di hadapannya, segera dia bingkas bangun.

“Rafzal Haris!” Ucap Aisya Sofiya masih tergamam.

Lelaki itu tersenyum memandang seraut wajah cinta yang pernah sirna untuk dimilikinya. Rafzal Haris sebenarnya merupakan sahabat baik kepada suaminya. Sejak zaman universiti mereka bertiga berkawan baik. Banyak cerita yang mereka kongsi bersama. Dari dulu sebenarnya Rafzal Haris menyimpan perasaan terhadap Aisya Sofiya. Selepas gadis yang dicintainya itu berkahwin dia mengambil keputusan untuk menetap di Melboune, Australia kerana terlalu kecewa. Tapi jodoh itu milik Tuhan, Tengku Zarith terlebih dahulu merebut hati Aisya Sofiya. Dan dia merelakannya, menganggap mereka berdua tiada jodoh.

Tentang rasa cinta dia pada Aisya Sofiya, Tengku Zarith sudah lama mengetahuinya dan mereka hampir putus persahabatan kerana cinta. Demi sahabat, akhirnya Rafzal Haris mengalah kerana dia yakin cinta Tengku Zarith untuk Aisya Sofiya terlalu besar maknanya.

“Rafzal!” Panggil Aisya Sofiya membuatkan lamunan Rafzal Haris terbang entah ke mana.

“Hai, Aisya! Saya dah kembali,” balas Rafzal Haris ceria.

“Tak sangka awak dah balik Malaysia, jadi Rafzal Haris lelaki semalam yang menelefon saya” ucap Aisya Sofiya membuatkan lelaki itu tersenyum lebar sambil menganggukkan kepalanya perlahan.

“Surprise!”

Aisya Sofiya tergelak kecil sambil mempelawa Rafzal Haris duduk. 

“Sebenarnya saya saja nak buat kejutan, tu yang saya guna nombor telefon baru. Ingatkan Aisya dah tak pakai nombor lama. Bertahun saya di Australia. Rindu!”

“Tulah awak ni degil, saya dah bagitahu dulu tinggal saja di sini tapi awak nak juga menetap di Australia. Tengok! Sekarang dah mula rasa rindu,” balas Aisya Sofiya lembut. Rafzal Haris tergelak, namun matanya tidak lepas pandang memandang seraut wajah lembut itu.

‘Kalaulah kau tahu, Aisya Sofiya. Kenapa dulu aku meninggalkan Malaysia, memilih untuk ke sana hanya semata-mata untuk melupakan kau. Jika kau tahu tentang rasa cinta ini untukmu apa agaknya penerimaanmu? Tapi cukuplah, aku menjadi sahabat bagimu kerana cinta suamimu jauh lebih besar dariku. Tentang rasa rindu ini, aku terpaksa hapuskan, menggantikan rasa ini hanya merinduimu sebagai sahabat, ia tidak lebih dari itu lagi, berdosa jika aku terus merindui seseorang yang sudah dimiliki hati dan jiwanya,’ desis hati Rafzal Haris pilu.

“Zarith tahu awak dah pulang ke Malaysia?”

“Belum lagi. Mungkin awak boleh bagitahu dia yang saya dah balik Malaysia. Sebenarnya saya balik sini pun tak lama. Saya cuma nak uruskan hal family,” balas Rafzal Haris mula berkongsi cerita berbual-bual panjang bersama Aisya Sofiya yang sangat memahami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience