DIALAH CINTA SEJATI (BAB 1)

Romance Series 15449

PUSARA yang masih merah tanahnya itu ditatap dengan rasa hiba. Langit yang mendung itu mula menitiskan air dari rintik kepada lebat dan deras. Namun masih ada seseorang yang berbaju hitam masih setia duduk di sebelah kanan menghadap pusara itu.

Air matanya deras mengalir laju. Tersedu-sedan dia menghadap pusara yang masih baru itu. Semua yang hadir semasa pengebumian itu sudah pulang ke rumah masing-masing. Hanya dia seorang yang masih menatap di situ sendirian.

“Ke…kenapa k…kau buat semua ni untuk aku?”

Dia menggenggam kuat tanah merah itu. Geram marah sedih dan hiba bercampur-aduk menjadi satu perasaan yang sukar dia gambarkan.

“Nak aku kata bodoh tapi kau dah tak ada dekat sisi aku. Kau jahat!” Raungnya di bawah langit yang menumpahkan airnya itu.

“Tak… kau baik. Kau sangat baik. Kalau tak aku tak dapat tengok ciptaan Allah semula,” tangisnya sendirian.

Serta-merta lagu ‘Tanpa Kekasihku’ terngiang-ngiang di gegendang telinganya.

 

Langit begitu gelap,

Hujan tak juga reda,

Ku harus menyaksikan,

Cintaku terenggut,

Tak terselamatkan.

 

Ingin ku ulang hari,

Ingin ku perbaiki,

Kau sangat kubutuhkan,

Beraninya kau pergi

Dan takkan kembali…

 

Apalah artinya hidup,

Tanpa kekasihku,

Percuma ku ada disini…

 

*****

 

“TAHNIAH kerana anda semua lulus dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun dalam subjek Biologi ini kecuali…” belum sempat Cikgu Razali habis berbicara, matanya terarah ke arah seorang gadis yang satu-satunya memakai baju T-shirt PJK berlengan pendek yang meletakkan kepalanya di atas meja di tempat duduk paling belakang.

Kelihatan gadis itu sedang nyenyak tidur walaupun sudah dikejutkan oleh Cikgu Razali semasa meletakkan kertas jawapan Biologi yang kosong itu di atas meja gadis itu. Sungguh Cikgu Razali tidak berpuas hati dengan keputusan yang diperoleh oleh gadis yang sedang tidur itu. Namun gadis itu tetap selamba meletakkan kepala di atas meja dan berdengkur di dalam kelas itu.

“Bella Zafina! Bangun!” Laung Cikgu Razali.

Bella sedikit tersentak di situ namun dia tetap membuat pekak. Dia terus menutup matanya.

“Jangan uji kesabaran cikgu, Bella!” Cikgu Razali sudah mula rasa tercabar.

Bella membuka matanya seraya mengangkat kepalanya dari atas meja. Dia memandang Cikgu Razali dengan pandangan kosong. Seminit kemudian, dia melepaskan keluhan kecil.

“Cikgu ni dah kenapa?” Tanya Bella bersama nadanya yang agak kurang ajar.

“Macam tu ke cara kamu bercakap dengan seorang guru yang berdiri di sini?” Soalan dibalas dengan soalan.

Sabar Bella sabar… Aku santau juga cikgu ni nanti ha! Marah Bella dalam hati.

“Ya cikgu? Ada apa cikgu panggil saya?” Bella melembutkan suaranya namun nadanya seperti orang yang tidak ikhlas.

Cikgu Razali menggeleng kepalanya. Boleh botak kepalanya melhat karenah gadis bernama Bella Zafina ini.

Ya Allah, berikanlah aku kesabaran yang tinggi untuk mengubah sikap pelajarku. Aamiin. Doa Cikgu Razali dalam hati.

“Bella, cuba kamu tengok kertas exam kamu,” arah Cikgu Razali.

Bella hanya sekadar melihat kertas peperiksaan dengan raut wajah yang kosong.

“Kenapa dengan kertas saya, cikgu? Bersih je tak ada air liur pun,” jawab Bella loyar buruk.

Jawapan Bella mengundang tawa satu kelas.

“Sakailah kau Bella! Cikgu suruh kau tengok markah. Hahahaha!” Sampuk Zaidi, ketua kelas 5 Sains.

“Ya, tu satu. Satu lagi sebab bersih. Kamu jawab sikit je. Selebihnya kamu tinggalkan kertas kosong macam tu je. Apa dah jadi dengan kamu ni, Bella? Markah pun dapat 15% aje. Teruk!” Luah Cikgu Razali berasa sebal.

“Laa… Lantaklah cikgu. Markah saya bukan markah cikgu,” jawab Bella selamba.

“Bella… tolonglah berubah. Dulu awak tak macam ni pun. Saya nak tengok awak yang dulu. Seorang yang berjaya. Tapi kenapa makin lama awak ni makin teruk, Bella. Tolonglah jangan bergaul dengan orang yang salah,” Cikgu Razali memberi ceramah.

Tok! Tok!

Pintu kelas 5 Sains diketuk oleh seseorang menyentakkan Cikgu Razali yang baru sahaja habis menceramahi Bella. Semua mata pelajar 5 Sains terarah kepada Cikgu Syafinaz dan juga seorang pelajar lelaki yang sangat asing bagi mereka.

“Assalamualaikum semua, maaf Cikgu Razali sebab mengganggu. Di sini saya bawa seorang pelajar baru untuk kelas 5 Sains. Harap kalian dapat beri bekerjasama dengan dia,” ujar Cikgu Syafinaz sambil mengulum senyuman.

“Baik cikgu,” jawab pelajar 5 Sains kecuali Bella yang duduk serupa samseng jalanan.

“Huh, siap kau wahai budak baru. Jangan harap aku nak bagi kerjasama. Buang masa aku je,”

“Perkenalkan nama awak, asal dan asal dari sekolah mana,” arah Cikgu Razali.

Pelajar lelaki yang kemas gayanya itu mengangguk faham. Dia berdiri menghadap pelajar di dalam kelas itu

“Hai semua. Saya Aiman Imran. Berasal dari Sarawak dan saya dari sekolah SMK Padungan, Kuching. Selamat berkenalan semua,” ucap Aiman ikhlas dengan senyuman manisnya.

“Good. Awak boleh duduk dekat…” Cikgu Razali memandang Bella.

Bella memberi renungan tajam kepada Cikgu Razali tanda tidak setuju pelajar baru itu ditempatkan di sebelah tempat duduknya.

“Awak boleh duduk di sebelah Bella yang dekat belakang itu,” ujar Cikgu Razali selamba.

Pelajar baharu itu hanya mengangguk faham. Bella pula mula merengus geram. Siap cikgu! Dan kau Aiman. Aku akan pastikan kau tak aman sampai tak tahan dengan karenah aku kat sekolah ni. Dia ketawa jahat dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience