DIALAH CINTA SEJATI (BAB 4)

Romance Series 15449

BELLA tercari-cari kelibat gengnya, Jane dan Liya namun seorang pun tidak kelihatan. Sudahnya dia pasrah.

“Dia orang ni tiba-tiba lesap dah kenapa doh?” Gumamnya seorang diri.

Tanpa melihat kiri kanan, Bella hanya terus melintas.

Sebuah kereta berjenama Toyota Vios yang datang dari arah barat meluncur laju membelah jalan raya itu tidak sempat menekan brek lantas kereta itu melanggar Bella yang sedang melintas.

“ARGHHH!!” Jerit Bella sebelum terpelanting jauh setelah dilanggar oleh kereta itu.

Jeritan Bella yang bergema itu mengundang perhatian pelajar di sekolah itu. Ramai pelajar mula mendekati Bella yang telah dilanggar.

Pemandu yang memandu kereta itu dengan tanpa rasa bersalah terus memecut laju meninggalkan perkarangan sekolah itu.

“Bella!!” Jerit Aiman dari jauh.

Dia pantas berlari mendapatkan jasad Bella yang sudah kaku seperti orang yang tidak bernyawa. Dia memangku kepala Bella yang mengeluarkan banyak dari dari mulut dan kepala.

Tanpa rasa malu, Aiman memeluk Bella. Sungguh dia tidak malu dan ada juga yang mengundang persoalan dalam minda pelajar yang mengelilingi Bella yang kaku itu.

“Kau orang tengok apa lagi! Panggil cikguu! Call Ambulance! Now!!”

 

****

 

SUASANA di dalam hospital itu sunyi sepi. Aiman, Zaidi, Rania dan Tania berada di bahagian kecemasan sementara menunggu Bella yang sedan dirawat di dalam bilik rawatan kecemasan.

Aiman pula tidak senang duduk dari tadi bagai cacing kepanasan. Sekejap dia mundar-mandir di depan wad kecemasan, sekejap dia duduk di kerusi yang disediakan. Seketika kemudian, dia meraup wajahnya. Sungguh dia tidak dapat tenang selagi doktor yang merawat Bella tidak keluar dari wad kecemasan itu.

Ya Allah, selamatkan Bella… Jangan tarik dia sebelum aku, Ya Allah… doalanya dalam hati.

“Aiman… bersabarlah Aiman… inshaAllah Bella selamat,” ujar Tania cuba untuk menenangkan Aiman.

“Aku tak tenang, Tania…”

Dua jam telah berlalu. Akhirnya, doktor yang memakai tag nama ‘Dr. Hazwan’ keluar dari wad kecemasan dengan wajah yang sugul dan suram.

Mereka berempat pantas mendapatkan doktor. Masing-masing berdebar hati untuk terima berita yang akan disampaikan oleh Doktor Hazwan.

“Doktor, macam mana dengan keadaan Bella?” Tanya Aiman.

“Siapa di antara kamu adalah keluarga Cik Bella?” Tanya Doktor Hazwan.

“Saya!” Jawab Aiman.

Jawapan Aiman membuatkan Zaidi, Rania dan Tania terkebil-kebil. Aiman ahli keluarga Bella? Tapi kenapa Aiman tak tahu akan kehidupan Bella? Macam-macam soalan timbul dalam minda mereka bertiga.

Kepala Doktor Hazwan menggeleng.

“Cik Bella kehilangan penglihatannya dan bahagian kakinya telah lumpuh. Kami hampir tak dapat selamatkan dia. Alhamdulillah akhirnya dengan Kuasa Allah, Cik Bella dapat diselamatkan. Cik Bella akan kami tempatkan di wad ICU kerana keadaannya sangat kritikal. Dia alami koma. Tapi kami tak dapat jangka bila dia akan bangun,” ujar Doktor Hazwan.

Lemah lutut Aiman setelah mendengar khabar daripada Doktor Hazwan. Dia jatuh terduduk di hadapan wad kecemasan itu.

“Eh Aiman!” Zaidi cuba mengangkat Aiman yang sedang menangis teresak-esak di atas lantai itu.

“Bawa bersabar Encik. InshaAllah lumpuh yang dialami oleh Cik Bella tidak lama dan mengenai matanya… pihak kami akan tunggu penderma mata yang ingin kenderma mata kepadanya. Saya minta diri dulu,” ujar Doktor Hazwan lalu segera berlalu pergi dari situ.

Rania menarik lengan Tania jauh daripada Zaidi dan Aiman yang sedang menangis di situ.

“Kau tak rasa pelik ke dengan Aiman?” Soal Rania.

“Tipulah kalau tak pelik. Dari sekolah lagi aku dah pelik. Dia siap peluk tubuh Bella tadi… mananya aku tak pelik,” jawab Tania berasa pelik.

“Tu ar tu. Aku rasa en Aiman sebenarnya dah lama kenal dengan Bella dan aku syak Aiman memang ada hati dengan si Bella,”

“Betul tu. Aku sokong sepenuhnya. Tapi pasal keluarga tu…” percakapan Tania tergantung.

Belum sempat Tania menghabiskan ayatnya, Rania terlebih dahulu mencelah.

“Yang tu aku tak tahu,” jawab Rania

Di dalam wad ICU, doktor hanya membenarkan seorang demi seorang sahaja memasuki ke dalam wad ICU. Aiman tampil untuk menjaga Bella sementara menunggu kedatangan Puan Hasmida. Rania, Tania dan Zaidi pula sudah pamit untuk pulang ke rumah masing-masing sebentar tadi.

“Bella… sedarlah cepat Bella… aku sayangkan kau. Jangan tinggalkan aku, Bella…” nangis Aiman keseorangan sambil menggenggam tangan Bella.

Kepala Bella yang dibalut dan bibir serta pipinya yang lebam ditatap hiba.

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience