DIALAH CINTA SEJATI (BAB 5)

Romance Series 15449

Sebulan telah berlalu…

ZAIDI menepuk bahu Aiman yang sedang termenung. Sudah sebulan Aiman menjadi seorang yang tidak banyak bicara. Sepatah ditanya sepatah dijawab. Langsung tiada mood ceria sejak kemalangan yang berlaku dengan Bella.

Dia perhati setiap kali waktu pertukaran cikgu, pasti lelaki itu akan merenung tempat duduk Bella yang kosong. Dia tahu sungguh Aiman sangat rindu akan gadis ‘liar’ itu.

Dia juga perasan bibir Aiman semakin pucat. Itu memunculkan seribu satu persoalan dalam mindanya. Kenapa eh bibir Aiman ni makin pucat? Dia sakit ke? Namun pada hari itu, Cikgu Syafinaz pula tidak hadir ke sekolah kerana demam.

Zaidi, Rania dan Tania memasang tekad untuk mengetahui kisah Aiman yang seperti telah kenal lama dengan Bella.

Zaidi melabuhkan punggungnya di atas kerusi milik Bella manakala Tania dan Rania hanya pusing ke belakang.

“Man…” Panggil Zaidi.  

“Apa?” Jawab Aiman tanpa memandang mereka bertiga.

Dia kelihatan sedang khusyuk melakukan tugasan yang diberikan oleh Cikgu Razali semalam. Jasadnya sahaja yang jelas sedang fokus menulis nota namun fikirannya melayang ke arah gadis bernama Bella yang terlantar koma di hospital.

“Boleh kami tanya sesuatu?” Tanya Zaidi empat patah.

“Apa?” jawab Aiman sepatah.

Tangannya masih lincah menulis nota yang dia sendiri tak tahu nota apa yang ditulisnya dengan jelas itu. Entah isi atau entah huraian yang diambilnya. Dihambat sahaja isi yang dirasakan isi penting dalam buku teks Biologi itu.

“Apa hubungan kau dengan Bella eh? Dalam kelas ni kau yang paling risau pasal Bella. Kau yang paling takut akan kehilangan Bella. Kau yang paling gusar. Kau yang paling gelisah. Kau yang paling ambil berat tentang dia. Setiap balik sekolah mesti kau akan lawat Bella. Siapa kau dalam hidup Bella?” Tanya Zaidi bersungguh-sungguh ingin tahu.

Serta-merta Aiman berhenti menulis. Dia mengetap bibirnya. Sudah tiba masanya dia menceritakan semuanya kepada mereka berempat walaupun dia tahu ramai lagi yang ingin tahu mengenai hubungannya dengan Bella.

“Kau betul-betul nak tahu?” Tanya Aiman ingin kepastian.

Mereka bertiga mengangguk menandakan mereka ingin tahu.

Seseorang yang sedang berdiri di belakang seorang gadis yang sedang gigih belajar mata pelajaran Matematik itu direnungnya dengan rasa bahagia. Seketika kemudian, tangannya menutup mata gadis itu.

Bella tersentak kerana dunianya tiba-tiba menjadi gelap dek ditutup oleh seseorang dibelakangnya. Dia tersenyum manis.

“Aiman… saya tahu itu awak,” teka Bella sambil tersenyum manis.

Aiman mengeluarkan muncung itiknya.

“Alaaaa… tak bestlah macam ni. Asyik kantoi je…” Aiman berpura-pura merajuk dalam nada berbisik.

“Hihihi… tu lah awak… tak habis-habis dengan cara clichè awak tu.” Bella ketawa kecil.

Kini Aiman mencebik pula.

“Eleh… clichè-clichè pun awak tetap sayang saya kan? Iya kan iya kan?” Aiman mengajuk cakap watak animasi Si Nopal. Sempat dia mencuit hidung Bella.

Oh, The Sweetest Couple ever!

“Hahahah of course. I will love you sampailah kita naik ke jinjang pelamin,” ujar Bella dengan nada yang kecil seperti berbisik.

“Nah, this flower is for you,”

Aiman mengajukan bunga Orkid ungu kepada Bella dengan menggunakan tangan kanannya manakala tangan kirinya diletakkan ke belakang persis orang yang sedang melamar kekasihnya.

“Awak petik bunga sekolah eh?” Soal Bella curiga.

“Iya. Emangnya kenapa?”

“Saya beritahu cikgu nanti!” Ugut Bella sekadar bergurau.

“Beritahulah Bella… yang penting, te Amo!” Ucap Aiman dengan nada yang berbisik di dalam perpustakaan itu.

“Auch! So sweetlah you all!” Ujar Tania sedikit menjerit girang.

Aiman mengukir senyuman sendu.

“Ya memang sweet. Tapi sebab salah aku dengan masalah keluarga dia, dia jadi macam ni. Semua salah aku…” Aiman mula menitiskan air mata jantannya.

“Dialah cinta sejati aku. Di.. Tania… Rania… sampai sekarang. Hanya dia cinta sejati aku. Aku datang sini sebab nak pulihkan hubungan kami tapi tak sangka jadi macam ni,” luah Aiman kesal.

“Apa salah kau sampai kau rasa bersalah sangat?”

Mereka berempat tersentak tatkala nama Aiman Imran dipanggil oleh Cikgu Razali.

“Ada apa cikgu?” Tanya Aiman penuh sopan.

“Puan Hasmida suruh awak datang ke hospital sekarang juga,” Cikgu Razali menyampaikan pesanan kepada Aiman.

Aiman hanya mengangguk akur dengan pelbagai tanda tanya yang bermain di benaknya. Ada apa dengan Bella?

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience