zayyad!!
ting!
terjatuh sudu ditangannya, jantung mula berdegup laju, mata sudah bertakung dengan air jernih, tak berkelip matanya, bagai rohnya keluar dari jasad
semua mata memandang zayyad tatkala mendengar sesuatu jatuh dari arah zayyad
"awak!.."sergah airis menyentakkan zayyad
hah?..terkebil mata memandang airis
"awak okay ke? kenapa muka awak pucat?.." soal airis melihat wajah pucat zayyad
"ahh t tak ada apa, a aku cuma teringat yang aku ada kerja...." terus pungung diangkat dari situ dan berlalu tanpa sempat airis mahu membalas
semua memandang ke arah naszrul
"apa?.."
"kawan kau tu kenapa lain macam je aku tengok!.." soal azra
"entah mana la aku tahu....eh kejap, aku datang sini dengan zay kan?...woi zay tunggu aku!.." kelam kabut naszrul berlari keluar mengejar langkah zayyad yang sudah hilang
"argh shit! tak guna kau zay, kau tinggal aku.." ujarnya sebal memicit pelipis dahi sedikit, geram tatkala melihat kereta zayyad sudah pun tiada, cepat benar lelaki tu pergi, kereta dia tu pakai enjin apa? enjin turbo ke?
iphone miliknya dibawa keluar dari kocek seluar, number seseorang didail
"Hah khai..datang ambil aku kejap dekat hospital, cepat sikit panas ni.." sergahnya setelah panggilan bersambung
"dah apahal aku pula kena ambil kau? kau pergi dengan zay kan tadi?, dah pergi dengan dia balik pun dengan dia lah!.." bidas khairil di hujung talian
"datang je la ambil, banyak tanya pula kau, malaun tu tinggal aku, masalah apa entah kawan kau tu..cepat sikit boleh tak, sekarang ni kau dekat mana ni?.." soalnya berkerut dahi sedikit tatkala cahaya matahari memancar kearahnya
"masalahnya sekarang ni aku dalam toilet kut..aku nak membuang air besar pun tak senang kau ni, kalau nak aku ambil kau kena tunggu aku habiskan hajat aku ni dulu.."
naszrul berdecit sebal, time macam ni lah dia nak membuang pun lahaih!..
"lama lagi ke? cepat lah sikit.."
"lama sikit lah kut, keras ni susah nak keluar, tunggu lah dalam 15 minit lagi, kalau aku tak sampai juga kau balik lah sendiri.."
"ehh bodoh cepat sikit, tak kira kau kena ambil aku juga..10 minit lagi kau tak sampai aku bagitahu zay yang kau curi jam mahal zay yang dia beli dekat turki dulu, kau jangan ingat aku tak tahu eh..datang cepat sebelum rahsia kau terbongkar!.." ugutnya terus menutup panggilan
khairil mengetap bibir geram, time terdesak macam ni lah nak main ugut ugut pun!, macam mana pakcik tu tahu yang dia balas jam zay? padahal dia buat kerja clean kut haritu
dasar tak guna nasz!..
****
kereta dipandu laju, tak dihiraukan kereta yang memberi hon padanya
tangan saja mengawal stereng kereta tapi fikirannya sudah melayang jauh
"stop ganggu aku!!.." jerkahnya kuat dengan air mata berlinangan
suara bisikan tersebut tertawa mengilai membuatkan zayyad makin tak keruan, stereng kereta ditumbuk kuat
"pergi kau!.." tengkingnya lagi, berombak jiwa menahan amarah, sedih, takut, semua bercampur dalam dirinya membuatkan dia menjadi tak terkawal
"kau dah lupa perbuatan kau? atau kau sengaja buat lupa?..." bisik suara tersebut seakan mengejek dirinya
"setelah banyak dosa kau lakukan...dare you to fall in love again.."
kereta secara mengejut terhenti, nasib dia berhenti di tepi jalan
jatuh menitis air mata mengenang dosa yang dia lakukan
"aku tak akan biarkan kau bahagia.." bisiknya lagi lalu ketawa kuat dan menghilang begitu saja
zayyad sudah menangis teresak esak, salah dirinya kah sampai dia dihukum sebegini? salahnya juga kah sampai dia tidak layak lagi untuk jatuh cinta? salah dirinya kah sampai dia perlu tanggung rasa ini seorang diri
bukan dia yang ingin jatuh cinta lagi tapi...rasa cinta itu yang sendiri datang pada dirinya, makin ditolak rasa cinta itu tapi..makin mendalam rasa cinta itu datang, harus bagaimana lagi dia perlu buat untuk buang rasa cinta ini supaya dirinya tak tertanggung rasa bersalah
layak lagi ke dia untuk bahagia? sedangkan dia banyak melakukan dosa!...
antara rasa bersalah atau rasa cinta mana yang perlu dia pilih?
dia......
takut melakukan kesilapan yang sama..
****
kaki menlangkah keluar dari lapangan terbang KLIA KUALA LUMPUR...tersenyum lebar dia menghampiri seorang lelaki berumur 40 an lebih kurang macam tu lah! sambil tangan menarik bagasi beg, dia baru saja pulang dari london and now berada ditanah air sendiri..
tersenyum ramah dia memandang lelaki berumur itu..dia kini sudah berdiri tepat didepan lelaki itu..
"anak buah paksu dah balik.." ujar lelaki bernama ali memeluk tubuh anak sedaranya..
"yes paksu, now i'm back.." balasnya memeluk tubuh paksunya..
"how is your life there? is that happy?.."
"ofcourse paksu..i enjoyed being there.."
"lega paksu dengar..kamu menetap dekat sini terus kan?."
"yes..from now i live here, how are you here, i miss you a lot paksu.."
"bagus lah..senang paksu nak tengok kamu, paksu sihat je, macam biasa aje..tiada yang berubah, paksu pun rindu kamu..tu lah tinggal lagi lama lama dekat london tu, paksu ingat kamu tak nak balik dah..."
dia tertawa kecil..
"how can i forget my place birth.."
"kamu sejak duduk london ni..speaking je kerja kamu, nasib paksu faham, dah jum balik, maksu kamu dah masak special tu untuk kamu bila dengar kamu nak balik, mesti kamu penat..jum." ujarnya mengorak langkah dari situ..
mereka berdua kini berjalan seraya berborak mesra..setelah sekian lama tidak bertemu..
----------------
dimalam yang sunyi sepi, dingin tanpa ada sebarang bunyi dari ruang wad hospital tersebut, seorang gadis yang baru terjaga dari tidur secara mengejut tatkala mendengar esakan kecil dari arah tandas
hiks ....hiks....
mata airis terbuka luas, jantung berdetak laju, nafas jadi tak sekata, peluh sudah merembes keluar
perlahan airis bangun lalu memandang sekeliling, untuk melihat adakah ada seseorang yang berada didalam wadnya, tapi sayang....satu orang pun tak ada dalam wadnya kecuali dirinya sendiri
"jangan la buat hal malam malam ni....aku sorang ni...tu la kau ris berlagak sangat tadi az nak teman kau tak bagi..hah hadap la kau sekarang.." omelnya perlahan
badan direbahkan semula, selimut ditarik menutup seluruh tubuh badannya....sekarang ni yang dia rasa adalah...seram!
mana tak seram...malam malam buta macam ni ada orang menangis!..sudah la dia sorang saja dalam ni...kau rasa??
takkan makcik cleaner hospital ni pula nangis?...gila ke apa...dah kenapa dia nak menangis dekat sini pula aduh!...
hiks...
gulp!...
jantungnya seakan terhenti
suara tu.....
kenapa suara tu bunyi dekat sangat?...bagai dibelakangnya saja..
hah sudah!!
"jangan pandang airis, tidur...tidur....tidur.." puas dia memujuk matanya supaya tidak pandang kebelakang tapi....matanya ketagih sangat nak pandang kebelakang...apa nak buat ni?...ada sudu tak? nak korek mata ni keluar...senang sikit!..
nanti jadilah cerita 'kasim tak selamat'...
hiks...hiks..
airis menelan air liur yang terasa kesat, suara tu makin dekat dengannya
fuh!!...dia menarik nafas sedalamnya lalu dihembuskan
kau boleh airis!!
dengan lafaz bismilah..perlahan dia menolak selimut yang menutupi seluruh tubuhnya itu lalu dia berpaling ke belakang untuk melihat siapa yang berani sangat menangis itu...amboi biasa ni!..
and....
you know what? nothing happend!..no one is there! nobody?....wah wah...penat dirinya takut dalam selimut tu tadi habis semua surah dibacanya termasuk sekali doa makan pun dia baca and now nothing there?...
habis siapa yang menangis tadi?...
airis tergelak kecil...dah rupa orang hilang akal sudah dia tergelak seorang diri
hantu tu sengaja nak main dengan dia ke malam malam ni? kenapa!...dah tak ada kawan dah nak ajak bermain?
dasar goblok!
dengan perasaan sebal dia memusingkan badan semula....
kepala dipusing ke depan semula and...
damn!..
arghhh!!!
Share this novel