bunyi esakan kecil menyedarkan dirinya, perlahan dia bangun dan menuju ke arah suara esakan tersebut
terkedu dia tatkala melihat seorang gadis yang berpakaian serba putih rambut pula panjang sehingga paras pinggang, baju gadis tersebut dipenuhi dengan darah, kulit wajahnya bagaikan terbakar, dia tak dapat meneka siapakah gadis yang berada didepannya
"s siapa?"...
"tolong saya!"...rayu gadis tersebut dengan tangisan
tersentak dia tatkala mendengar suara tersebut, suara yang membelenggu setiap harinya
kelu lidahnya untuk berkata
"KAU PENIPU!!"...jerkah gadis tersebut
" a a aku..."tak sempat dia menghabiskan katanya tetiba gadis tersebut muncul tepat didepannya
"kenapa awak buat saya macam ni ad? janji mahu bahagiakan saya?"... rintih gadis tu perlahan
"sa.. saya t terpaksa m maafkan saya"...
tetiba gadis tersebut mengilai dengan kuat
"kau harus bertanggungjawab atas perbuatan KAU!!"
"t tolong m maafkan saya"
"sebab kau aku MATI! jika aku tak termakan kata manis kau aku takkan mati sengsara!"
tak mampu dia mengeluarkan suara, memang semua salahnya, jika masa boleh diputarkan kembali, pasti hidupnya takkan dibelenggu rasa bersalah begini
"saya panggil awak kan kenapa awak pergi? sakit dalam tu awak".. rintih gadis tu dengan esakan kecil
air matanya juga turut mengalir tatkala mendengar rintihan dari gadis tu, dapat dia rasakan bertapa sakit dan sengsaranya gadis tu
"m maafkan saya, ini semua sa salah saya"..dia merayu dengan esakan yang kian lebat
"MEMANG SALAH KAU"... jerit gadis tersebut lantang
"aku akan sentiasa menghantui kau dan hidup kau takkan bahagia ad"... gadis tersebut ketawa kuat lalu menghilang
jatuh terduduk dirinya dengan esakan deras, dia menekup wajahnya lalu menghemburkan tangisan
"maafkan aku! maafkan aku! salah aku kau jadi begini!"...dia merayu dengan penuh penyesalan didada
matanya terbuka luas seluasnya, air mata yang mengalir perlahan diseka lalu dia bangun dan duduk di birai katil, dia baru saja sedar dari mimpi buruk yang seakan nyata baginya
tangan memeluk erat betisnya, esakan kecil sudah bergema diruang bilik tersebut
ia dia takut, trauma akan semua yang berlaku, dia tak tahu sampai bila dia harus hidup begini, hidup dibawah kematian orang dan kesengsaraan orang
bayangan wajah ceria gadis itu dahulu terbayang bayang di ruang matanya, dulu dia pernah cintakan gadis itu tapi sayang dan cintanya perlu dilepaskan
---------------------------------------------------
"ris kau dah bangun?"... soal azra sebaik masuk ke dalam bilik airis, tangannya menatang segelas air kosong dan juga semangkuk bubur buat airis
"aku tidur lama sangat ke?"..soal airis bingung
azra tertawa kecil
"tak ada lah lama sangat dalam 2 jam macam tu la, kau bukan tidur lah kau pengsan dekat farmasi tadi".. balas azra sambil melabuhkan punggung disebelah airis
"aku? pengsan?"
"ye la kau pengsan, tadi aku nak tolong beli kan ubat tak nak, acah kuat sangat kan last last pengsan juga kau"
airis mengerutkan dahi cuba untuk mengigatkan kembali kejadian tadi
pap!!
terkejut azra tatkala airis menampar kuat tangannya, nasib saja mangkuk bubur yang berada ditangannya tak jatuh
"kau kenapa gila!"... marah azra sebal
"aku pengsan disebabkan mamat beku tu!"..ujar airis setelah dapat mengigatkan kembali
"mamat beku mana kau ni? kenapa muka dia ada ais ke?"
"bukan kata ais je dekat muka dia tu, agaknya dia letak batu kut sebab muka beku semacam lepastu dingin bukan main"
"kau ni mimpi je kut ni sudah sudah meh sini makan"
"mimpi ke? kenapa aku rasa macam betul je mamat tadi tu"
"sudah la fikir kan pasal tu, baik kau makan bubur ni kang ada pula yang masuk icu sebab kena penampar dengan aku"
airis menjeling tajam pada azra, bubur ditangan azra dirampas kasar
***
"eh nasz..kawan kau tu pengsan ke dah mati?..lama sangat tak sedar tu..dah 4 jam kita tunggu sini..jangan kata batang hidung tak nampak..bulu hidung dia pun aku tak nampak lagi ni!.." bebel khairil sambil meminum segelas air kosong sejuk
"dia pengsan kan?..memang la kalau pengsan tu ambil masa yang lama untuk sedar..banyak cakap lah kau ni..kenapa? kau nak try ke? kalau nak meh la sini aku try buat bagi kau pengsan..tak lama aih kau nak sedar balik..habis habis pun aku buat kau sampai tak sedar terus dekat dunia ni.."
"banyak lah cekadak kau!.." naszrul dijeling tajam
"khai..aku dah beli parasetamol tu..boleh lah aku makan untuk sado kan badan aku ni.."
khairil tertawa kecil..halah haih..kenapa kawannya ni senang sangat tertipu.. bodoh dia tak kemana
"ouh dah beli?..makan lah..kalau kau nak makan kau kena telan 2 jam..5 bijik..baru lah bertambah sado kau nanti!.." ujarnya dengan wajah tenang
"kejap aku nak ambil air.." terus saja dia bangun menapak ke arah dapur..dalam beberapa saat dia kembali membawa segelas air kosong
baru saja dia melabuhkan punggung tetiba mata tertancap pada satu susuk tubuh yang datang menghampiri mereka
"zay kau dah sedar? kau ok tak lagi ni? ada sakit dekat mana mana tak?.." soal naszrul bertubi tubi
"aku ok..entah kenapa kepala aku sakit sangat tadi..maybe cuaca kut..sekarang kan cuaca panas.." balas zayyad menipu
"panas amendenya..cuaca tadi redup je macam nak hujan..mata kau tu dah buta ke? sampai cuaca redup dengan panas pun tak tahu beza?.." celah khairil selamba
buk!..
tercegang khairil seketika saat satu bantal petak kecil menempel tepat diwajahnya..siapa baling?..siapa lagi kalau bukan zayyad bangang ni!..
"kau pergi ambil air dekat aku sekarang..aku haus ni.." arahnya tegas pada khairil
"asal aku pula? mamat blur ni kan ada..suruh lah dia.."
naszrul menampar kepala khairil
buk!..
"siapa blur?..cakap elok sikit ehh..aku ni number 2 terhansem dalam ranking office tu tahu.." bidas naszrul bangga
"number satu siapa?.."
"kawan kau tu lah..CEO yang tak macam CEO tu..membuta je tahu dia tu.." sindir naszrul selamba
"aku number berapa pula yang terhansem dekat ranking office tu?.." soal khairi..dia pun nak juga masuk dalam ranking paling hansem
"kau?..kau nak masuk juga ke?..tak payah lah..sebab muka kau ni macam tak elok je nak bawak masuk dalam ranking tu.." selamba zayyad membalas
"kau elok sikit zay..kes pagi tadi belum habis lagi ni!..sebelum kaki aku singgah dekat muka kau baik kau diam!.." sebal dia membalas
"kau mesti lah number 3 dalam ranking..tapi kau tak boleh lawan lah paras muka kami yang kacak ni.." bidas naszrul bangga
kharil berdecit sebal..tahu lah hansem tapi tak payah lah nak riak sangat..eii makan kaki kut japgi ni!
"khai aku suruh ambil air kan!.."
"hish kau ni..apa function allah cipta tubuh badan kau lengkap tapi kau tak reti guna!..baik kau mampus je!.."pedas dia memberi sindiran sambil kaki tetap melangkah ke arah dapur
zayyad menjeling tajam khairil..kalau bab bagi ayat deep dekat orang ni laju je dia..
satu gelas kaca diambil..peti sejuk dibuka dan dia menuangkan air jus oren ke dalam gelas kaca tersebut
"dia ingat aku bibik dia ke?..rumah besar gedabak nak mampus nasib belum mampus lagi..duit pun bertimbun macam bukit..tapi rumah tak ada bibik..lastnya aku lah jadi bibik dalam rumah ni.." omelnya perlahan dengan wajah cemberut
peti sejuk ditutup semula..langkah dibuka beredar dari dapur..tetapi baru setapak dia melangkah tetiba saja kakinya terhenti secara mengejut..
mata beralih pada satu bekas yang berisi garam..bibir sudah terlukir senyuman lebar..
laju dia meletakkan gelas kaca yang berisi air oren itu diatas meja..satu bekas garam itu diambil..sudu diambil lalu dia mencedok garam tersebut dan diletakkan dalam air oren tersebut
1sudu..2 sudu..3 sudu..4 sudu..5 sudu..6 sudu..
setelah mengacau air tersebut sehingga sebati dengan garam..dia mengangkat gelas tersebut dan mula melangkah ke ruang tamu
"kau nak air sangat kan..hah nak air special aku bagi.." bisik hatinya bersama senyuman lebar..
"ubat apa dekat tangan kau tu nasz?.." soal zayyad saat melihat naszrul membelek sebijik ubat
"oun ini parasetamol..khai kata untuk badan sasa..so aku nak try lah makan.." bidas naszrul sambil mata tak henti membelek ubat tersebut..macam ada yang tak kena dengan ubat ni?..
terbeliak besar biji mata zayyad..nasib kau lah nasz kena tipu hidup hidup dengan malaun tu!..
"kenapa muka kau macam tu?.." soal naszrul saat melihat wajah zayyad macam terkejut
"aahh tak ada apa lah..betul lah tu benda alah tu..makan lah..aku doakan kau hidup lagi lepas ni.." balasnya dengan senyuman terpaksa
berkerut dahi naszrul..hmm macam ada something yang tak kena ni?
khairil datang dengan senyuman jahat
"nah air kau!..minum sampai habis eh!.." air tersebut diletak kasar
baru saja zayyad mahu mengambil tetiba ada tangan lain yang merentap gelas tersebut..
tanpa sebarang amaran..naszrul terus meminum air tersebut
khairil sudah menyumpah seranah si naszrul ni!..aku bagi orang lain yang kau bangang sangat minum pahal..hah minum lah kau nak sangat kan!..
masuk saja air dalam mulutnya..mukanya sudah bertukar lain..hampir tersedak dirinya tapi cepat cepat dia kawal..
dia memandang khairil tanda meminta penjelasan
khairil membuat isyarat mata supaya menyuruhnya senyap..dan menyuruhnya memberi kepada zayyad..naszrul yang seakan faham itu terus memberi gelas tersebut kepada zayyad
"nah kau minum lah..tadi haus sangat..sedap air oren tu. kau beli dekat mana?.." soalnya selamba dengan wajah tenang sambil meletakkan gelas kaca tersebut didepan zayyad
"kedai lah takkan club malam kot!.." tangan menggapai gelas kaca tersebut dan perlahan meminumnya
naszrul dan khairil hanya perhati dengan kesabaran melihat zayyad
berkerut dahi zayyad meminum air tersebut..air apa ni sial?..what the fuck!..mahu saja dia meluahkan kembali air tersebut tapi cepat cepat dikawal mukanya menjadi tenang dan meminumnya semula selamba
"pahal kau tengok aku?.." soalnya tenang seraya meletakkan kembali gelas tersebut diatas meja..tenang wajah melihat naszrul dan khairil silih berganti
"err kau minum ok ke?.." soal naszrul gugup..gugup kerana dia pun bersubahat bersama khairil gila ni
"arh ok je..sedap..rasa dia lain dari yang lain!.." balas zayyad tenang..mata beralih pula pada kharil yang tampak bingung itu..
"aku letak garam ke gula tadi?..kenapa zayyad minum ok je?.." kepala yang tak gatal digaru dengan wajah berkerut cuba mengigat kembali yang diletak tadi garam ke gula?
"khai?..kau letak apa dalam air tu?..sedap.." soalnya bersama senyuman
"a ahh..a aku t tak letak apa pun.." balas khairil laju..serius gugup ni!..
"ouh ok..tunggu kejap ehh..aku nak ambil something!.." punggung diangkat dari duduk..kaki mengorak perlahan ke arah bilik stor..
dia keluar dari bilik stor bersama satu kayu hoki ditangan..
membulat biji mata naszrul dan juga khairil..
"kau dua sini!.." arahnya lembut bersama senyuman manis
"ray a..aku tak sengaja..aku t..terletak je.." ujar khairil gagap..kaki sudah bersedia mahu lari
"ha ahh ray..a..aku tak tahu pun pasal ni..sumpah aku tak tahu..d..dia yang buat aku tak tahu apa apa.." naszrul sudah mengangkat tangan tanda tak bersalah
"kau tak tahu apa apa?..nasz kau orang pertama minum air tu tau?.." lembut saja dia membalas
mereka berdua sudah menelan air liur..perlahan kaki mundur setapak demi setapak ke belakang
"kau dua orang sini aku panggil kan.." lembut saja nadanya..
buk!..
"aduh sakit lah bodoh!.." marah khairil saat punggungnya dilibas oleh kayu hoki milik zayyad
"siapa bodoh?.." soalnya sambil melibas lagi punggung khairil
"nasz nasz..nasz bodoh!.." jawabnya laju..tangan menggosok punggung yang terasa pedih..uih sakit siot!..bentan juga aku ni karang..
laju naszrul melihat khairil..dia kata aku bodoh?..mulut sudah terkumat kumat menyumpah khairil dalam hati..
"argh aduh sakitlah zay..bengkak punggung aku kau ganti pakai punggung kau!.." marah naszrul sebal..tak pasal pasal dia sekali kena
"siapa suruh kau bersubahat dengan mamat gila tu?.."bergesel gigi memandang dua ekor beruk ni
"khai!..mulai harini kau jangan tidur lagi rumah aku dan kau nasz!..mulai harini kau jangan datang RUMAH AKU!.." jerkahnya kuat lalu mengejar mereka berdua yang sudah lari lintang pukang akibat dikejar singa jantan
***
dia memeluk tubuh sambil berjalan senang..suasana petang dengan angin lembut menerpa wajahnya..sungguh menyenangkan..dia menghirup perlahan suasana segar itu..
mata berkaca saat mengigatkan kenangan bersama mama papanya..rindu terasa membuak buak..serasa belum puas dia bermanja bersama mama papanya..
sebak dada bila teringatkan semua memori indah itu..kini dia tinggal keseorangan..tanpa adik beradik atau sedara mara..mama dan papanya adalah anak yatim piatu sebab itulah dia tinggal sebatang kara saja..hanya azra saja kawan baik yang ada susah senang bersamanya..
sedang elok dia melayani perasannya..tetiba badan dilanggar seseorang..nasib dirinya tak jatuh..mata terkebil memandang seorang lelaki memakai hoddie..lelaki itu menutupi wajahnya menggunakan penutup muka hitam..
"i'm sorry..are you okay?.."
"ouh ya..i'm okay..thanks.." balas airis bersama senyuman manis
lelaki tu mengganguk kepala lalu berlalu dari situ..
lama airis merenung lelaki tu..rasa macam ada aura aneh..malas mahu berfikir kaki mengorak langkah berlalu dari situ..
dia menghentikan langkah seketika..badan berpusing memandang tubuh seorang perempuan yang kian jauh..bibir terlukir senyuman sinis..
"airis zahara...
Share this novel