bab 2 pertemuan

Romance Series 5921

mata menatap sayu tanah perkuburan tersebut, kematian mama dan papanya akibat kemalangan malam tadi membuatkan dirinya terasa lemah dan lesu, terasa baru semalam dia bergurau senda bersama mama dan papanya..lagi sebak dirinya saat mengetahui kemalangan mama dan papanya bukanlah sekadar kemalangan biasa..polis mengesyaki mereka dibunuh..berkaca mata mengigatkan kembali kejadian tersebut

"ris jom kita balik, kau pun dah lama sangat duduk sini, makan pun tidak lagi ni nanti perut kau sakit, malam ni aku temankan kau ok"... pujuk azra bagi menenangkan hati kawannya yang sedih atas kematian kedua ibu bapanya itu

airis menyeka lembut air jernih yang mengalir perlahan, dia mengukirkan senyuman pahit buat azra

"kenapa diorang pergi tinggalkan aku az, aku dah tak ada sesiapa dalam dunia ni, sudah lah aku anak tunggal adik beradik pun tak ada, malang betul hidup aku".. rintih airis perlahan

"jangan cakap macam tu ris, aku kan ada, aku akan selalu ada dan temankan kau, aku sayang kau tau, dah tak baik sedih sedih depan kubur nanti tak tenang mama papa kau"..pujuk azra lagi..

"siapa yang bunuh mama dan papa aku az?..apa kesalahan diorang sampai dibunuh..perlu ke sampai bunuh mereka.." rintihnya sebak..tangan dikepal kuat..entah apa salah mama dan papanya sehingga menerima nasib sebegini..mati dibunuh!..

azra mengeluh berat..airis dipandang sayu

"ris...kau jangan fikir sangat..maybe ada something yang kita tak tahu..sudah lah jangan difikirkan lagi..jum kita balik.." azra menarik lembut tangan airis untuk bangun

"mama papa adik balik dulu ye, semoga papa mama tenang disana, adik akan selalu doakan buat mama dan papa"...airis bangun perlahan lahan lalu berjalan dengan langkah longlai

-------------------------------------------------------------

"ris kau kalau tak ok lagi biar aku je lah turun belikan ubat untuk kau, takut pula aku kalau kau jatuh pengsan ke dekat sana"... soal azra yang risau melihat keadaan airis

"tak apalah aku ok je ni, kau dah banyak tolong aku harini, biar je lah aku pergi beli ubat panadol tu bukan susah mana pun".. airis mengukirkan senyuman lemah lalu perlahan dia melangkah keluar dari kereta milik azra

"kak panadol dekat mana ye?".. soal airis setelah masuk ke dalam farmasi tersebut

"dekat hujung sana dik"..balas akak kaunter tersebut sambil menunjuk arah pada airis

airis lalu berjalan ke arah yang dinyatakan oleh kakak kaunter tersebut

"hmm nasib baik aku cepat, ada pun satu papan ni je".. airis mengambil sepapan kecil ubat panadol tersebut

meow~~

"ehh meow buat apa dekat sini ni?".. airis meletakkan kembali sepapan kecil ubat panadol tersebut lalu duduk dan membelai kucing yang berada didepannya

"ehh cik ni saya punya, saya datang dulu tadi"..airis lekas bangun tatkala ada seorang lelaki datang mengambil ubat panadol yang dipegang tadi

dilihat lelaki tersebut menjongkitkan kening padanya

"ubat ni duduk dekat sini tadi so aku punyalah!"... balas zayyad selamba

"tapi saya datang dulu, saya yang pegang dulu ubat tu!"

"kau nampak muka aku ni kesah ke?"

"bagi lah saya sakit kepala sangat ni"

"dah tahu sakit kepala yang gedik main dengan kucing tu buat apa? baik kau makan je kucing tu bagi hilangkan sakit kepala kau tu"... bidas zayyad dengan wajah dingin

"awak ni kenapa, saya cakap baik baik kan ni"

"so what?"

tetiba kepalanya terasa pusing, matanya kian kabur, badan terasa mahu jatuh

"awak tolong saya".. pinta airis tatkala merasa badannya bagai mahu tumbang

dengan wajah dinginnya dia memandang airis tanpa rasa ingin membantu, kaki terus melangkah pergi meninggalkan airis keseorangan yang hampir tumbang ke bawah

airis!...

"az?"..

gedebuk!...

***
didalam kereta dia memerhati lama seorang perempuan yang sedang memapah kawannya masuk ke dalam kereta..setelah kelibat kereta itu hilang dia mengeluh berat..panadol ditangannya ditatap lama

dia perlukan ubat ini kerana dia selalu tak cukup tidur ditambah pula dengan masalah yang semakin menambah

bunyi deringan telefon menyentakkan dirinya..lantas saja dia menjawab panggilan tersebut tanpa melihat nama si pemanggil

"emm hello!.." ujar zayyad sambil menghidupkan enjin kereta..

"TAK GUNA KAU ZAY!.." jerkah seseorang kuat dicorong telefon membuatkan zayyad terkejut dan hampir terlanggar kereta depan

"ya allah nasib aku tak langgar..tidak satu hal pula kena ganti.." dadanya diurut perlahan

"kau apahal GILA!.." tempelak zayyad tak puas hati..ini kalau ada penyakit jantung..rasanya dah mati dah ni..

"apahal kau tanya?..kau dah malukan 7 keturunan aku kau tanya apahal?.."dia berdecit sebal dihujung talian..gigi bergesel..nasib zayyad tak ada saja didepannya..tidak melambung dah zayyad ni terbang pergi itali kerana kena penampar sulung darinya..

"apa benda kau merepek ni gila?..kau kalau nak merepek jangan call aku boleh tak..memang setiap pagi kau asyik marah aku ke?.." soalnya sebal..setiap pagi je kena bebel, marah..dia ingat aku ni anak dia ke?..

"aku baru tumpang tidur rumah kau semalam..sehari je tahu tak SEHARI JE..tu pun semalam aje aku tidur..kenapa kau dengki sangat dengan aku zay?..." soalnya dengan nada mendalam..menahan kesabaran yang hampir meletus

"aku buat apa?..kau ni dah kenapa?..kau mimpi apa semalam?..mimpi nyawa kau dah kena cabut?..gila semacam pagi pagi ni.."

"kau!...kau dah conteng muka aku rupa badut..lepastu kau buat buat bodoh eh?..kau tahu tak aku masuk office semua pandang aku lain macam..macam aku ni baru lepas keluar dari hospital gila diorang pandang aku!..kau rasa aku tak malu ke? ehh 15 keturunan aku pun..aku tetap akan malu lah!.." hemburnya geram..sudah lah pagi tadi dia kelam kabut kerana lambat masuk ke office sampai wajah pun tak sempat nak basuh

baru lah dia teringat tentang kejadian pagi tadi..siapa suruh mamat tu tidur mati sangat..hah mendapat lah lagi..sebab tu dia orang paling awal keluar rumah..tak ada lah awal sangat..lepas habis meeting tu baru dia sampai office..kalau tak rasanya habis dah kena hempuk dengan mamat tu nanti..

tersengih kambing dia seketika..bibir dikemam sedikit

"kau relax lah khai...harini hari yang indah disertai angin pagi yang meniup lembut...so santai santai dah lah..kenapa nak memekak pula.."

"ei kau ni..kau tunggu!..siap kau nanti!.." terus saja panggilan ditamatkan

tertawa kecil zayyad..kereta sudah bergerak berlalu dari situ..

***
dia menapak ke arah meja kerja naszrul..wajahnya sudah masam mencuka..meja naszrul diketuk beberapa kali

"hah kau hidup lagi rupanya..ingatkan dah mampus..lambat sangat masuk kerja pahal? kau dah kenapa khai?..masam je muka?..baru lepas kena lempang dengan janda ke?.." soal naszrul selamba saat melihat wajah khai macam tempoyak basi

"kawan kau yang terlebih cerdik tu masuk tak lagi!..aku nak jumpa dia NOW!.." kuat suaranya berkata sambil menahan geram..malu pasal kes tadi belum habis lagi..dirinya sudah menjadi bualan hangat satu office ni..kau rasa?..

"pahal kau ni?..kenapa dia buat apa dekat kau pagi tadi?..dia siram kau dengan air najis anjing ke?.." balas naszrul membuatkan khairil bertambah bengang..ni sorang lagi..bengap terlampau maksimum..apa kejadah siot mamat ni?..

"kau buat lawak jenaka apa pagi pagi ni nasz?..kau fikir lawak ke?..kau tahu tak kawan gila kau tu pergi conteng muka aku dah rupa badut!..nih aku ni yang kacak macam remy ishak ni dah jadi bualan hangat kot dekat office ni!..malu muka aku bodoh!.."sebal dia berkata..

naszrul terus ketawa kuat..

"tu lah kau..aku ajak tidur rumah aku semalam tak nak..nak sangat tidur rumah mamat sengket tu buat apa..kan dah malu 50 keturunan kau!.."balasnya bersama sisa tawa..haih pagi pagi dah buat lawak..

"mana lah aku tahu gila..benda dah nak jadi..kawan kau tu telan ubat apa entah semalam sampai jadi gila pagi pagi ni.."

"dia telan dadah apa?..sebab tu pagi ni dia terlebih gila.." serkap naszrul selamba

"nasz..kau memang ditakdirkan bengap ke?..agak agak lah kalau nak fitnah dia makan dadah pun..lebih baik kau tuduh dia makan parasetamol.."

"parasetamol tu bukan ke yang dalam iklan tv tu kan?..dadah juga ke benda alah tu?..fungsi dia untuk apa?.."

khairil menepuk dahi..ini lah masalah bila dapat kawan terlampau bengap sejak zaman dinosour lagi..parasetamol dia tak tahu?..

"ouh itu fungsi dia untuk menambahkan sasa pada badan kita ni..kau kan tak cukup sasa..pergi lah try..mana tahu hidup lagi ke lepas ni...telan banyak sikit ubat tu biar sado badan kau tu.."selamba khairil menipu..

terangguk angguk kepala naszrul..ouh baru dia tahu kegunaan parasetamol tu..patut lah keluar iklan tv..mesti lelaki banyak beli ni..nak beli juga lah nanti

tetiba fonnya berdering menyentakkan mereka berdua..

"hah kau zay bila nak masuk..kata nak keluar kejap je..ini berejam kau keluar..kau buat apa?..beli ubat ke buat ubat?.." sindir naszrul setelah mengangkat panggilan

"nasz..t..tolong aku...k..kepala aku sakit sangat.." ujarnya dihujung talian dengan tersekat menahan sakit dikepala yang tiba tiba menerjah dikepalanya

"zay kau ok tak ni?..kau boleh drive ke tak?..kalau tak boleh kau tunggu aku datang ambil kau dekat situ.." soal naszrul panik..khai disebelah mengerut dahi melihat wajah panik naszrul

"a..aku tak boleh..t..tolong aku nasz.." rayunya sedikit mendalam..kepala yang sakit diramas kuat

"kau dekat mana?..kau bagitahu aku sekarang..",

"aku d..dekat simpang k..kedai makan western.."

tut..tut..

terus saja panggilan dimatikan tanpa sempat naszrul mahu menanya lagi..naszrul sudah mula gelabah

"khai kita kena pergi ambil zay.." kelam kabut dia menggapai kunci keretanya

"kenapa dengan zay? dia sakit ke?...."

"ehh tak lah dia tengah main masak masak tu.." perli naszrul dalam keadaan kelam kabut

khairil tercebek bibir..dalam gelabah pun sempat buat loyar buruk..langkah dibuka mengikut naszrul

***

terlepas pegangan telefon dari tangannya..kepala yang sakit itu diramas kasar..

"arghh!.." jeritnya kuat didalam kereta..berdesing rasanya telinga..mata pun sudah kian kabur

pspspsps

mendengar suara seakan berbisik itu menambahkan lagi kesakitannya..tercunggap cunggap dia menarik oksigen..dadanya sesak..

"arghh!...diam lah BODOH!.." tengkingnya kuat..tangan menumbuk kuat stereng kereta

HAHAHAH

suara bisik itu seakan tertawa padanya..kepala semakin sakit..

"zayyad..." bisik suara itu meleret

"PERGI LAH!...BODOH.." jerkahnya lagi bersama cengkaman kuat dikepala..gigi diketap rapat menahan sakit

dia menarik nafas sedalam mungkin mencari ketenangan agar dia dapat mengusir sakit dikepalanya..dia cuba mencapai air untuk diminum bersama ubat panadol yang dibeli tadi tetapi tangannya menggigil dan terlepas botol air tersebut kebawah

"zay!.." panggil khairil seraya membuka pintu kereta zayyad..naszrul juga sudah datang meluru kearah zayyad

naszrul menampar lembut wajah zayyad tatkala melihat mata zayyad mahu tertutup

"zay kau kenapa ni?.." soal naszrul panik

"buka mata zay..jangan pengsan!.." khairil menampar lembut pipi zayyad pula..

"khai..t..tolong a..aku khai!..".ujarnya tersekat lalu perlahan kelopak mata tertutup dan dia rebah dipangkuan khairil

"khai!..zay MATI KE.." soal naszrul sedikit kuat..mata sudah terbeliak besar

"asal kau tak menjerit kuat lagi gila!..check lah nadi dia kalau nak tahu hidup ke tak lagi!.."balas khairil sebal

buk!..

tajam matanya merenung khairil yang tetiba saja menampar kepalanya

"kau APAHAL!.." tempelaknya sebal

"eh bodoh..kau belajar mana check nadi dekat betis?.." bergesel gigi memandang naszrul yang terlampau bengap ni..macam mana lah mamat ni boleh lulus jadi PA zayyad..check nadi dekat betis kaki?..bodoh tahap apa ni?

naszrul tercebek mendengar kata khairil..mana lah nak tahu! benda bila panik..semua jadi tak betul dah!..

khairil meletakkan hujung jarinya dibawah hidung zayyad

"dia pengsan je..macam ni kau bawak kereta kau..aku bawak kereta zay..kita bawak dia balik rumah dia.." arah khairil seraya menolak sedikit badan zayyad ke seat sebelah

"kau tercegat apa lagi dekat situ mangkuk!..pergi la masuk kereta!.." arahnya sedikit kuat saat melihat naszrul duduk tercegat dalam keadaan blur..

tergopoh gopoh naszrul meluru masuk kedalam keretanya..kereta mula meluncur laju membelah jalan diikuti oleh khairil dibelakang yang sedang memandu kereta zayyad

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience