bab 13 adel?

Romance Series 5921

argh!!

pang!!

terbuka luas matanya tatkala merasa ada satu tangan hinggap dipipinya, cepat cepat dia bangun dari berbaring

tercungap cungap dirinya menarik oksigen

mata terpandang wajah azra yang kelihatan terkejut didepannya

"kau....m macam mana kau boleh ada s sini?..."soal airis tersekat, peluh yang merembes didahi diseka

"dah kenapa kau ni ris? aku teman kau lah! kau yang suruh kan!..ni dah kenapa kau menjerit tengah malam macam ni? terbangun semua pesakit nanti kau nak jawab apa?..." marah azra sebal, dah la dia baru nak lelapkan mata, tetiba saja si airis ni menjerit tak tentu pasal, mana tak terperenjat dirinya

"az betul ke kau ni?".. soalnya takut

"kau nak rasa lagi tak tangan aku ni hinggap dekat pipi kau?.."

dan dengan itulah pipinya tetiba rasa pedih, baru dia sedar dari alam nyata!..

"kau tampar aku?.."

"dah tu kau menjerit macam nak bersalin kenapa!.."

airis sudah mencebek ingin menangis
"az!!.." panggil airis dengan wajah ingin menangis, terus saja dia memeluk azra kuat

"ish lepaslah ris!...sesak nafas aku.."

"i'm scared...aku mimpi hantu az.." adu airis kuat

"mimpi je pun kau ni..lepaslah!.." arah azra kuat, sesak nafasnya akibat dipeluk erat oleh airis

airis melepaskan pelukannya
"az tidur la sebelah aku ni..aku takut.." pintanya manja

"kau jangan mengada ris...mana muat!.." kepala dipicit perlahan, sakit kepalanya melayan karenah manja airis diwaktu malam begini, inilah salah satu perangai airis, kalau demam tu manja dia mengalahkan baby baru lahir!

"tidur la az sebelah aku.." tangan azra digoncang dengan memek muka sedih

"nanti apa pula orang kata aku tidur sebelah kau!...kau ingat aku suami kau ke hah!.." soalnya sebal

"please!..i need you.." bibir dicebek sedih

sumpah dia rasa macam nak lempang muka airis, mahu tak mahu dia terpaksa tidur sebelah airis, kalau tak sepanjang malam lah airis akan merenget

"hmm az nak tidur dengan kau.." rengetnya bagai budak kecil tak dapat aiskrim

"yela aku tidur dengan kau!..kau tidur sekarang!..arahnya tegas

airis mengukirkan senyuman lebar, dia mengesot ketepi sedikit memberi ruang untuk azra berbaring

azra terus berbaring disebelah airis, airis dengan pantasnya memeluk azra erat

azra berdecit sebal
"kau nak tidur tak payah la berpeluk bagai!.."

"emm tak nak!...nak peluk juga.."

terpaksalah azra menurut saja kemahuan airis, kalau ditegah pun tak guna juga tetap dibuat so tidur je lah..

----------------------

seperti yang dijanjikan, pagi pagi lagi zayyad sudah terpacak didepan hospital untuk datang mengambil airis, sebenarnya azra yang memintanya datang teman airis sebab dia kena balik ada hal katanya, sebab tu la awal awal lagi dia dah sampai, setengah jam juga la dia mahu sampai kesini.. kenapa azra tak suruh amirul?

ha sebabnya waktu tu dia saja call azra mahu tanya keadaan airis okay ke belum, dah alang alang dia telefon itu yang azra terus memintanya datang sekarang

masuk saja kedalam hospital terus saja dia meluru masuk dalam wad airis

tersenyum dia melihat airis yang tertidur akibat menunggu dirinya lama, ni semua pasal naszrul la, tetiba datang rumahnya bawa beg besar! sah lari rumah pakcik tu!..

lama dia menatap wajah pucat airis

"pucat sangat bibir dia ni! emm kalau aku letak warna sikit mesti cantik ni?...mana pula aku nak cari warna?.." kepala yang tak gatal digaru

ting!

tetiba saja otak dia dapat menangkap idea, lantas saja kakinya keluar dari wad airis

***

"ye boleh saya bantu?.." soal ina selaku nurse dihospital tersebut

"emm apa....cik nurse ada tak...apa tu yang warna merah tu?.." kening digaru sekilas

ina mengangkat kening, dahinya berkerut memandang zayyad yang teragak agak mahu berkata

"itu apa ke nama benda alah tu...aduh time ni aku nak lupa pula!.." kepalanya digaru

"ni benda yang warna merah yang perempuan selalu pakai tu hah macam awak tengah pakai tu!.." jari ditunding pada bibir ina

lagi bingung ina mendengar, apa yang lelaki ni nak?

"tu yang warna awak pakai dekat bibir awak tu.."

barulah ina faham, senyuman manis dilemparkan pada zayyad
"ini namanya lipstip.."

"hah saya nak pinjam benda tu la..lipstip tu boleh saya pinjam?.."

tercegang ina disitu bersama beberapa orang nurse yang berada disitu juga

"encik nak buat apa dengan lipstip saya?.."

"saya nak pakaikan dekat kawan saya.."

"laki ke?".. soal ina, kut la kawan yang dimaksudkan encik ni lelaki ke

"perempuan la!.." balas zayyad sebal..tak kan nak bagi lelaki pakai lipstip?..hadeh

"tunggu sekejap.."

****

lembut saja dia meletakkan lipstip pada bibir pucat airis, perlahan gerakannya agar tidak mengejutkan airis yang sedang enak tidur

"ok sikit je lagi lepastu barulah cantik!.." omelnya perlahan bersama senyuman lebar

umph!..airis mengeliat kecil membuatkan tangan zayyad yang sedang meletakkan lipastip itu melencong ke pipi airis

gulp!

tercegang zayyad melihat warna lipstip yang dikenakan pada airis sudah sampai kepipi airis

airis membuka kelopak mata

laju zayyad menjauhi airis, takut airis tahu apa yang dia buat..

"bila awak sampai? kenapa tak gerak saya?.." soalnya sambil menggosok mata

"ah baru sampai..kau dah bangun kan jum lah cepat..aku ada benda lagi ni nak buat.."

laju saja airis bangun lalu berjalan keluar diikuti oleh zayyad dibelakang

ina yang sedang lalu disitu terkedu saat melihat wajah airis, mahu tersembur tawanya

membutang mata zayyad tatkala melihat ina yang mahu tertawa itu...dia menjegilkan mata pada ina tanda suruh diam, lipstip milik ina dilempar pada ina

terpinga pinga ina menyambut lipstipnya yang dilempar oleh zayyad

"kenapa semua orang pandang saya?.." soal airis aneh

tersentak zayyad, kakinya pun terhenti

gulp!

***

"hye can i meet Dr Rizal.." sapanya membawa file berwarna hitam ditangan..

"have you made an appointment?.." soal nisya selaku PA kepada Dr Rizal..

"yes..i have.."

"ok what is your name?.."

"adel carles..saya dokter pindahan dari london..saya ditukar kesini.."

"ouh dokter adel..yes i know you..you can sit first.."

adel mengukirkan senyuman ramah..langkah dibuka ke arah sofa yang berada disitu dan dilabuhkan punggung disitu..fonnya diambil lalu dilihat

15 minit dia menanti dengan sabar..akhirnya namanya dipanggil

"dokter adel.." panggil nisya..

adel mengangkat kepala memandang nisya

"dokter boleh masuk sekarang.."

adel bangun lalu menapak ke ruang office yang tertera nama Dr Rizal

"hi dokter adel...i'm dokter rizal..you can sit.." ujarnya berjabat tangan bersama adel..

adel menyambut tangan rizal dengan senyuman ramah..dia melabuhkan punggung didepan rizal

"so you're the doctor transfer here?.."

"yes..i was transfer here.." file berwarna hitam ditolak perlahan ke arah rizal

file tersebut dibuka dan dibelek satu persatu..tekun dia membaca setiap baik kata dalam itu..

"congratulations..you are accepted to work here.." ucapnya ramah

"thanks..i will do my best.."balasnya girang

rizal mengganguk kepala
"ok..good luck and welcome here.."

mereka berdua kini berjabat tangan..adel melangkah keluar dari situ..senyuman terlukir lebar..

slurf!..

sedang dia berjalan tetiba dia terhenti saat merasakan angin kencang melintas didepannya dengan laju..terasa aneh?..

dia memerhati sekeliling..aneh..apa benda tadi tu?..

..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience