(2 Tahun Yang Lalu)
"awak!! tolong saya awak!"... jerit putri kuat memanggil suaminya
"**********AD....lantang dia menyebut nama suaminya yang bagai patung tak bernyawa berdiri memandangnya
"lepaskan aku lah!!"... badannya meronta ingin dilepaskan dari diikat
PANG!!
satu tangan sasa telah hinggap dipipinya sehingga mengalirnya darah di tubir bibir
air mata mengalir perlahan, perkahwinan yang disangkakan bahagia bersama suami tercinta rupanya meleset sesama sekali, di hari malam pertama sepatutnya dia sedang bermesra didalam bilik tidur bersama suaminya tetapi.....
dirinya kini sudah diikat kuat dengan tali, satu kotak kayu besar yang sudah tersedia di tepinya, kotak yang memuatkan dirinya untuk dimasukkan dalam kotak tersebut
"Ad mana perginya janji awak untuk jaga saya! sedarkan diri awak tolong selamatkan saya ad!!"..rayu putri untuk sekian kalinya
tapi sayang, menitis lagi air matanya tatkala melihat suaminya melangkah pergi meninggalkan dirinya yang hujung hujung nyawa saja tika ini
"AWAK!!!!!.." jerit putri bagaikan dirasuk, sakit hati melihat suaminya pergi begitu saja tanpa ada rasa ingin membantunya
slurg!..
mengalir keluar darah dari mulutnya saat ditikam..darahnya dikumpul kedalam satu bekas besar...kabur mata melihat mereka meminum darahnya seorang demi seorang...
"YA IBILIS!..." seru seorang wanita dengan suara sedikit kuat..
boom!..
dengan secara tiba tiba kilat berdentum kuat..putri kini sudah semakin lemah..
"Datang lah kau...aku seru engkau wahai IBILIS!..datang lah kau menyantap korbanan ini..." serunya lagi
angin tetiba berubah kencang..lilin yang disusun bulatan disekelilingnya itu terpadam serentak..bunyi satu jeritan suara kuat..
samar samar putri melihat satu lembaga hitam datang menghampirinya...menggigil tubuh saat wajah seram itu muncul tepat didepannya..
tetiba mata putri berubah putih..anak mata naik keatas yang tinggal hanyalah mata putih..badannya bergetar seolah sesuatu baru masuk kedalam tubuhnya..mata secara tiba tiba tertutup rapat..tangannya yang putih itu sudah menampakkan urat urat hijau..
angin semakin kencang meniup..bunyi cakaran kayu berbunyi kuat...matanya terbuka luas menampakkan anak mata yang sudah bertukar merah..tersenyum lebar putri..dia ketawa kuat..
"AKU MAHUKAN TUBUH INI!.."
"ARGHH!!!..." jerit putri kuat bergema diruang hutan tersebut diakhiri denga tawa besar
mereka tersenyum lebar saat korbanan mereka tepat..
mata putri kian berubah warna..dan kini ia sudah berubah kewarna asal..saat putri sedar..bandannya sangat lemah..seluruh badannya sakit..
"masukkan dia dalam kotak tu"...arah wanita itu..tekedu putri seketika
"lepas lepaskan aku!!"...dia kini dikelilingi oleh beberapa orang yang berpakaian hitam
dirinya dihumban masuk ke dalam kotak tersebut, perasaan takut menjalar dalam hati
kotak tersebut ditutup lalu dipaku sehingga tiada satu ruang udara pun yang masuk lalu kotak tersebut diletakkan dalam satu lubang tanah yang sudah siap digali, mereka menuangkan minyak pada kotak tersebut
setelah itu api dinyalakan dan dibuang ke arah kotak tersebut, menyala ii api membesar didalam lubang tanah tersebut, suara jeritan putri bergema didalam ruang hutan tersebut
"AKU BERSUMPAH AKAN GANGGU HIDUP KAU AD.." jeritnya kuat bersama jeritan
"Allah Allah Allah"... berkali kali putri melaungkan nama suci tersebut, kulitnya sakit akibat dimakan oleh api besar yang menyala didalam kotak tersebut
***
kaki melangkah laju masuk ke dalam bilik tidurnya, telinga ditutup rapat menggunakan kedua tapak tangannya, air mata laju mengalir, perasaan sedih, takut, marah semua bercampur didalam hati, tapi apakan daya semuanya telah berlaku, nak bersedih tak guna juga
sampai bila dia harus hidup didalam kegelapan ni, dirinya bagaikan dipenjara, tanpa kerelaan dia terpaksa melepaskan orang yang dia sayang
mendengar suara jeritan tersebut menambahkan ketakutan dalam dirinya, dia berjanji tidak akan membuka hati lagi untuk sesiapa, dia tidak mahu menyakitkan lagi orang yang dia sayang, biarlah sampai ke tua dia membujang, dia sanggup dari menanggung rasa berasalah dan sakit dalam dirinya
--------------------------------------------
seorang lelaki berpakaian suit hitam dan kaca mata hitam yang dipakai menutupi mata hazelnya..dia melangkah masuk ke dalam officenya..setapak dia berjalan persis model macho..semua mata memandangnya dengan terpegun..ada yang berbisik..ada yang terpana bagai jatuh cinta pandang pertama..setiap hari dia datang memang akan begini..siapakah dia?..
dia adalah CEO kepada syarikat 'DEAMODE HOLDINGS'..penampilannya yang begitu bergaya dan kacak menarik perhatian mana mana gadis...bukan kata berjalan sebelah dia je cair..tengok pun dah cair..
rambutnya yang hitam kecoklatan dan kulit wajahnya yang putih. matanya bagai memakai celak mata..hidung yang mancung..badan tegap..warna mata biru seakan kelabu..sekali pandang boleh pengsan..aura dia sangat menarik..kalau yang jenis tak kuat iman maybe sekali pandang boleh mati..
mesti tertanya tanya..siapakah gerangan jejaka tampan bak putra raja ini?..sudah lah tampan..bergaya..berduit pula tu..siapa yang tak nak kan?..ini kalau dapat kurung je dalam bilik..baru best..ehh gatal kau nyah!
memperkenalkan..dia adalah CEO Megat Zayyad..lelaki yang berkacukan arab...menjadi lelaki idaman para wanita diluar sana..tetapi dia sedikit pun tidak ada rasa tertarik akan seorang pun wanita..
kaki dihayunkan masuk ke dalam bilik pejabatnya..
"zay kau..." terhenti kata naszrul saat zayyad mengangkat tangan menyuruhnya diam..sempat lagi zayyad memberi isyarat mata padanya tanda menyuruhnya masuk ke dalam bilik office..
who naszrul?..naszrul yang secara ringkasnya orang memanggil nasz adalah PA kepada Megat Zayyad selaku kawan baiknya..
tercebek bibir naszrul
"cis..berlagak nak mampus kau zay..aku tendang nanti bertaubat kut esok.."
dalam keadaan membebel dia melangkah masuk ke dalam bilik office zayyad
zayyad menanggalkan kaca mata hitamnya lalu diletakkan atas meja..punggung dilabuhkan atas kerusi beroda miliknya...jari bermain di atas meja membuat rentak lagu..mata merenung ke arah luar tingkap
"hello mr megat zayyad?..you know what time is it now? kau tahu kan pagi ni kau ada meeting dengan client dari china atau kau buat buat lupa?.."zayyad ditatap tajam setajamnya..nasib lah dia pandai ambil alih tadi posisi zayyad..tidak hmm..tahu tahu je lah..
"kau kan ada..aku tahu kau boleh handle bab ni..so aku tak payah risau sangat..just do your work.." balasnya selamba..wajah naszrul ditatap kosong
"eh lebih baik aku yang jadi CEO dekat office ni kalau semua aku kena handle..kau buat apa?..membuta je kerja kau kan?.."
"banyak celoteh lah kau ni nasz..aku datang kerja pun kau bebel..tak datang pun kau bebel...kau nak apa sebenarnya ni?.."
"nak kau mati..senang aku nak take over company ni.." balasnya sambil berpeluk tubuh memandang zayyad dengan wajah berlagaknya..
plak!..
tercegang naszrul saat sebuah fail mendarat diwajahnya..dia merenung tajam zayyad
"sebelum aku mati kau akan mati dulu..dah pergi buat kerja kau..jangan nak makan gaji buta pula dekat sini bergosip dengan aku.."
"cerita pasal gosip ni kan..aku ada story hot nak cerita dekat kau.." laju saja naszrul duduk didepan zayyad..
dia memandang jengkel pada naszrul..sehari kalau tak bergosip memang tak sah..mengalahkan orang perempuan pula mamat ni
"hmm apa dia?.." soalnya malas mengambil tahu
"kau tahu syarikat Airod Berhad lingkup..habis kewangan syarikat diorang kena kaut..aku tak tahu lah siapa punya kerja..syarikat tu dah lah syarikat terkenal..lingkup macam tu aje!.."
"hmm.." balas zayyad malas
pap!..
terhinjut bahu zayyad saat naszrul menampar kuat meja
"kau tengok berita tak semalam?.."
"kenapa?..entah tak tengok pula aku..busy.."
"semalam kecoh viral..masuk berita habis..pasal kes kemalangan..tapi polis syak bukan kes kemalangan..tapi kes pembunuhan.."
terkedu zayyad..masih ada lagi kes pembunuhan begini?..
"siapa mati?.." soalnya ingin tahu
"katanya pasangan suami isteri..selebihnya aku tak tahu lah..siapa lah pembunuh tu..kenapa kejam sangat dia tu!.."
"dunia nasz..setiap orang memiliki dendam masing masing..terletak pada diri kita je..antara nak langsaikan dendam tu atau kuburkan saja..masing masing ada masalah sendiri..kita tak tahu apa pucuk pangkalnya..better diam je.."
tercebek bibir naszrul..sejak bila pula zayyad ni pandai berkata kata?..
"zay!..kau ni dah lama sangat menyingle..kau tak bosan ke?..kau tak nak try cari awek?..kalau kau nak aku boleh aturkan pencarian jodoh untuk kau?..hah macam mana?..on ke tak on?.." soalnya dengan kening terangkat sebelah..memberi cadangan kepada zayyad
bibir melirik senyuman sinis
"kau bercakap macam kau dah berbini?..diri sendiri pun tak ada awek lepastu ada hati nak cari aku awek?..you think it's funny?.."
menjuih bibir naszrul..orang nak cari jodoh dia pun salah?..
"cuba kau cerita dekat aku..perempuan jenis apa yang kau nak?..mana tahu aku boleh carikan?.."
"aku nak yang limited edition..ciri ciri dia tak ada dekat perempuan lain!.." balasnya yakin
"yela aku tahu..tapi jenis macam mana.." desak naszrul sebal
"kau tahu..perempuan yang solat pakai telekung ni limited gila..susah nak jumpa..kiranya macam satu dalam seribu.."
tercegang naszrul..perempuan solat pakai telekung limited?..habis selama ni perempuan solat pakai apa?..pakai selimut tidur ke?..amende mamat gila ni?..
"kau pernah nampak ke perempuan solat pakai kain pelekat dengan kopiah hitam?..kau ni baru dilahirkan ke zay?..." soalnya jengkel
"kau yang tanya aku nak jenis macam mana kan?..bila aku dah bagi kau membantah pula!.." naszrul dijeling tajam..dah bagi disoal pula banyak banyak..orang bagi betis nak kaki!..
"ok la perempuan solat pakai telekung memang limited gila!..puas hati?..zay cepat lah..jujur lah sekali ni je dengan aku..kau nak jenis perempuan macam mana ni?.." desak naszrul
"aku nak perempuan yang jenis..." dia menjedakan ayatnya sebentar..bibir melirik senyuman lebar
naszrul menanti dengan penuh kesabaran..bibir sudah terlukir senyuman..susah nak dapat jawapan ciri ciri wanita idaman zayyad ni..kau tanya harini..sampai 5 tahun akan datang pun dia takkan jawab!..
"aku nak perempuan yang......"
"perempuan yang ada halkum!.." balasnya mematikan senyuman naszrul
what the heck bro?..kau pikir ni lawak ke siak?..
"emm..aku tak tahu pula kau dah tukar taste.." balasnya pasrah..zayyad sudah menghamburkan tawa kuat melihat wajah pasrah naszrul
"kau tengok drama apa semalam?..mesti cerita gay kan?..sebab tu pagi ni kau lain macam..taste pun yang bukan bukan..nak yang ada halkum lah..kau mesti terpengaruh kan dengan cerita gay tu semalam enn?..." serkap naszrul selamba
terhenti tawa zayyad..wajahnya kembali serius
"kau pernah tengok cerita 'kawan aku mati dalam bilik office'?..kalau belum mari lah sini aku tunjuk cerita dia macam mana.."
tertelan air liur naszrul..
"eleh drama tu bukan setakat episod bilik office je aku tengok..kawan dia mati dalam toilet pun aku dah tengok.." sindirnya semula
"ouh..nak try?..pilih lah salah satu..lepastu nanti kita try buat..kau jadi mangsa aku jadi pelaku dia.."
tercegang naszrul..
"eh dah lah aku keluar dulu..banyak kerja nak buat.." terus saja dia bangun dan keluar dari bilik office zayyad
"tahu takut.." gumamnya perlahan..mata kini tertancap pada screen komputer..dilihat berita terkini tentang kasus pembunuhan yang diceritakan naszrul tadi..
sebenarnya dia tak berapa minat dengan cerita pembunuhan ni semua..tapi hatinya bagai tertarik mahu tahu selanjutnya
klak~
mata beralih pada pintu yang kini terbuka semula..tersembul lah wajah naszrul lagi..
"kau nak apa lagi nasz? nak kaki ke?.."
"kawan kau sekor lagi tu mana?..pahal dia tak masuk lagi?.." soal naszrul berpeluk tubuh memandang wajah selamba zayyad
"japgi dia datang lah tu..dah blah!.." arahnya menghalau naszrul
naszrul menjeling tajam zayyad..CEO dengan COO sama je..dapat pangkat tinggi tapi dua dua lembab masuk kerja..langkah dibuka keluar kembali dari bilik zayyad
mata kini beralih semula kearah screen komputernya...
gambar sepasang suami isteri mati didalam kereta ditenung lama..kemudian dia perasan sesuatu..lantas saja dia zoomkan gambar tersebut..
patutlah polis syak kes pembunuhan sebabnya ada kesan kelar dileher pasangan tersebut..hmm..
hmm apa mahu buat?..setiap orang mempunyai kisah masing masing..dan sekarang hanya mampu tengok saja lah..
Share this novel