bab 10 dingin

Romance Series 5921

matanya perlahan dibuka, dipandang sekeliling hanya kosong, perlahan dia bangun, tersentak dia tatkala pintu wad dibuka kasar dari luar

"awak buat apa dekat sini?".. soal airis tatkala melihat wajah lelaki yang sangat dia kenal

berkerut dahinya tatkala melihat wajah zayyad yang dingin semacam, mata pun sembab saja macam baru lepas menangis?, soalannya pun tak berjawab, dah kenapa mamat ni?

aih! pening aku macam ni, lelaki tu duduk tercegat tengok dia dengan muka macam minta kaki azra aje

haus pula rasa!...tangannya ingin mencapai air kosong yang tersedia dia meja sebelahnya, baru saja tangan mahu mengambil tetiba saja ada tangan lain yang merentap ambil

zayyad menuangkan air buat airis lalu disuakan pada airis

dalam keadaan bingung airis menyambut gelas ditangan zayyad lalu diminum dengan rakus

tetiba dia tersedak membuatkan zayyad cepat menepuk badan airis untuk melegakan airis

"kau tak reti minum elok elok ke HAH?".. jerkah zayyad secara tiba tiba

airis pula lagi tersedak tatkala mendengar jerkahan zayyad

tersedak air pun kena marah ke?

"awak ni kenapa!!!".. marah airis bengang

"kau tu tak reti ke jaga diri elok elok! menyusahkan aku tahu tak!.." marah zayyad

"ehh ada saya suruh tolong saya ke! awak keluar sekarang!!..".naik bengang dia melihat wajah dingin zayyad, gila!! masuk masuk marah orang

zayyad mendengus kasar, badan dipusing kembali untuk keluar, baru saja tangannya hendak membuka pintu tetiba saja pintu dibuka dari luar

"Airis!!!..".terjah seorang lelaki

membulat mata airis melihat gerangan yang sudah lama tak jumpa

"mirul!!..".sahut airis teruja, lama sudah dia tak jumpa kawan sekolahnya ni

amirul terus meluru kearah airis, terus dia duduk disebelah airis membuatkan mata zayyad terjegil

"berani betul dia duduk sebelah airis!".. gumamnya perlahan, mata tak lepas melihat kemesraan airis dan juga amirul

"rul! kau balik bila? kenapa tak bagitahu aku kau dah balik? macam mana dekat korea best tak? kau dah ada awek belum?..soal airis bertubi tubi, lepas habis sekolah amirul terpaksa pindah korea ikut daddy dia, tengoklah sekarang rambut pun dah persis korea

"aku baru balik semalam, ingat nak bagitahu kau tapi saja nak buat suprise hehe, aku datang rumah kau tadi tapi tak ada orang, lepastu jiran kau kata kau pengsan and kau masuk hospital, berdesup terus aku datang sini jumpa kau?"... dengan panjang lebar dia menerangkan pada airis, airis mendengar dengan penuh teliti

zayyad pula membuat berbagai reaksi menyampah mendengar cerita amirul

"dia ingat aku kesah ke? ouh nak bagitahu yang dia risau sangat la tu bila dengar kawan dia masuk hospital, entah kawan entah bukan je dia tu?"... gumam zayyad perlahan dengan memek muka menyampah

langkah dibuka menuju ke sofa, kenapa ada sofa? sudah tentu dia meletakkan airis dalam wad private, kalau dah sebut private ofcourse la ada sofa..kebetulan hospital ni hospital mewah, tak jadi dia nak keluar, disebabkan si malaun tu punya pasal lah ni!!

dia duduk dengan muka masam mencuka, fon diambil lalu pura pura melihat sambil telinganya tekun mendengar setiap bait bicara mereka

makin menyampah pula dia melihat kemesraan mereka berdua, siap bertepuk tampar lagi ceh!!

dia kena buat sesuatu ni supaya mereka berhenti bermesra didepannya

"serius lah? perempuan yang kau minat tu rupanya lelaki hahaha".. airis sudah ketawa terbahak bahak mendengar cerita amirul

amirul menjeling tajam pada airis
"kau ni jan..." terhenti ayat amirul tatkala ada suara seseorang bercakap dengan kuat

"hah hello, ya saya, seriuslah hahaha kelakar kau ni"...

airis menjeling zayyad tajam, agak agak lah kalau nak telefon orang pun, dia ingat dia sorang je ke dekat sini, suara mengalahkan speaker dah kenapa!?

tadi bukan ke dia nak keluar, dah macam mana pula boleh tersesat masuk sini pula?

"ris! tu siapa tunang kau ke?" soal amirul perlahan, mata mengerling sedikit ke arah lelaki yang berbadan tegap, kulit putih mulus, rambutnya rapi dan kemas saja, hidung mancung dengan bibir merah, hmm sekali pandang pasti akan cair ni, macho bukan main!!

pap!!..airis laju menampar lengan amirul

"kau jangan merepek boleh tak, jangan mimpi la malaun tu jadi tunang aku, mati hidup balik pun never ok!!".. balas airis separuh berbisik

"hah apa? sorry tak dengar ada nyamuk dekat sini bising sangat, nak letak racun nyamuk takut mati pula nyamuk tu!".. ujar zayyad dengan nada kuat di telefonnya, padahal bukan ada sesiapa pun yang call, macam lah dia tak tahu yang mereka berdua sedang mengumpat dia

"rasanya sekor nyamuk betina sekor lagi maybe nyamuk jantan, ya la bising sangat, naik rimas aku dengar rasa macam nak bagi penampar je nyamuk tu" sindir zayyad lagi tanpa memperdulikan airis yang sedang menatap tajam padanya

"perdulikan dia, anggap je dia tu gila and terlepas masuk sini, ni kau jumpa tak lagi az? ini kalau dia tahu kau dah balik mesti seronok minah keding tu!"

"belum lagi, ni nak jumpa dia la ni, mana pergi pun tak tahu minah tu batang hidung pun tak nampak".. bidas amirul

klak!..pintu dibuka dari luar menarik perhatian mereka yang sedang berbual, tersembul lah wajah azra dan juga naszrul yang baru masuk dalam wad airis

"hah panjang umur dia, baru sebut je nama dia"... ujar naszrul dengan senyuman lebar, sudah lama dia tidak berjumpa dengan sepupu kesayangannya ni, rasa rindu tu membuak buak pula

"ris kau dah bangun?".. soal azra perlahan, matanya beralih pada orang sebelah airis, membutang matanya melihat wajah yang sangat dia kenal, mata digosok berkali kali memastikan betul kah gerangan orang didepannya ni adalah sepupunya, memang sah si mamat kpop tu!!

"rul! kau ke tu, oh god i really miss you rul!!"... tanpa sebarang amaran, azra terus menerpa ke arah amirul dan memeluk erat sepupunya itu

naszrul sudah terlopong melihat aksi berani mati azra

tak buta kan dia? betul kan dia melihat gadis ini memeluk lelaki yang bukan sah?, terbit rasa aneh dalam dirinya, yang pastinya sekarang ni dia rasa marah, menyampah, rasa macam nak tarik saja azra dari memeluk lelaki yang entah berasal dari planet mana entah tetiba muncul

"rindu sangat kau dekat aku ni az! kau makin cantik ehh and makin gemuk".. sakat amirul sambil tertawa kecil

"hey mulut jaga eh, tak baik tahu tak!".. adu azra manja, air jernih yang mengalir diseka lembut, memang dia manja dengan amirul sebabnya dia dari kecil dijaga oleh ibu bapa amirul, mak ayahnya sudah lama meninggal akibat kemalangan di jalan raya, ada juga ibu bapa amirul mengajaknya pindah korea bersama tetapi dia yang tak nak sebab dah banyak dia menyusahkan mereka, biarlah dia hidup berdikari, lagipun kami bertiga sama umur so tak salahkan hidup berdikari lepas habis sekolah

"az, don't cry please, aku tak suka tengok kau menangis macam ni, now i'm here with you!".. air mata azra diseka lembut menggunakan tangannya

naszrul sudah panas hati, mata mengecil memandang lelaki yang bernama amirul tu

kaki dihayun ke arah zayyad yang pura pura melihat fon

"zay! siapa mamat tu? kau kenal ke? kenapa diorang mesra sangat siap berpeluk bagai?" soal naszrul bertubi tubi, hatinya meronta ingin tahu siapa lelaki yang mesra dengan azra itu

zayyad memandang sekilas pada naszrul lalu kembali memandang fonnya yang entah apa dibukanya pun tak tahu

"kau rasa aku kenal ke? kalau aku kenal tak payah aku lama lama tunggu sini tengok aksi sweet diorang semua tu!" balasnya mengetap bibir sedikit

"dia ingat dia hensem ke? berpeluk bagai, sapu air mata anak dara orang, gomoi pipi amende semua tu!!! eeii mamat tu sikit hari biru muka kena lempang dengan aku!"..giginya bergesel memandang amirul yang sedang mengomoi pipi azra

"haih yang kau marah sangat kenapa? bukannya awek kau pun? kau suka dia ehh nasz?".. matanya mengecil memandang naszrul yang terdiam seribu bahasa itu

"erhh tak ada masa aku nak suka minah yang tak ada adab macam dia tu! aku just marah sebab aku tak suka tengok lelaki yang bukan mahram sentuh sentuh anak dara orang tu, kalau nak sentuh nikah lah dulu, jauhi maksiat faham!!!".. bidas naszrul laju

"eleh ye la tu kau ni, kalau macam tu aku doakan diorang berdua cepat cepat nikah ye tak? macam kau cakap tadi la, jauhi maksiat hahaha".. zayyad sudah ketawa besar melihat wajah cemberut naszrul

"apa kau ni! tak payah la doakan diorang tu berjodoh!! kang ada nama yang masuk dalam list kecacatan tubuh badan ni kut".. sebal dirinya memandang zayyad yang sengaja menyakat dirinya

"lah kau sendiri yang kata tadi kan, kalau nak berpegang kena nikah dulu so aku doakan la ni!"..bibir sudah tersenyum lebar kerana dapat menyakat kawannya ni

"ok fine! aku pun doakan airis nikah dengan dia!".. bidas naszrul membuatkan senyumannya mati bertukar dengan wajah serius

"jangan sampai gambar kau masuk dalam surat khabar atas sebab kena bunuh dengan kawan sendiri di hospital kut!!" naszrul dipandang atas bawah

"hai! nama aku amirul fikri".. sapa amirul menghentikan perbalahan antara dua kawan sejati itu

tangan dihulur tanda bersalaman, ragu ragu zayyad mahu membalas salam, akhirnya tangan tetap menyambut salam amirul

"ouh nama aku megat zayyad just call me zay aje!".. senyum hambar dihadiahkan pada amirul

tangannya beralih ke arah naszrul yang sedang memandang tajam padanya

tangan menyambut salam amirul, tanpa rasa bersalah dia menggengam kuat tangan amirul membuatkan dahi amirul berkerut menahan sakit

"aku naszrul panggil je nasz!"... senyuman paksa diberikan buat amirul

amirul mengibaskan tangannya setelah naszrul melepaskan tangannya, sakit dia fuhh boleh tahan!!

"sorry kacau, just nak berkenalan, korang dah lama ke kenal airis dengan azra?".. soal amirul ramah

"lama dah, waktu azra dalam perut mak dia lagi aku dah kenal, masa tu aku dalam perut mak aku juga, sebelah sebelah je, sempat la aku berbual dengan dia dalam perut mak kami dulu".. bidas naszrul lalu ketawa kekok

amirul pula sudah ketawa kuat mendengar loyar buruk naszrul

naszrul memandang amirul atas bawah
"hek eleh mamat ni! dia ingat aku buat lawak ke?".. omelnya dalam hati

"macam tu pun boleh ehh?".. ujarnya dengan sisa tawa

"tak ada lah kau dengar cakap si mangkuk ni, kami baru kenal 5 tahun lepas, waktu tu kami terjumpa dekat hospital tanjung rambutan, ambil dia ni lah punya pasal, dia baru keluar dari situ".. bidas zayyad selamba, dia mengerling sedikit naszrul disebelah

lagi terbahak bahak amirul ketawa menarik perhatian airis dan juga azra yang rancak juga berbual sesama sendiri

"apahal tu? sakan gelak apa yang lucu sangat?".. soal azra dengan dahi berkerut memandang ke arah 3 jejaka tampan yang sedang berborak rancak

"entah aku, apa yang lawak sangat pun aku tak tahu".. bidas airis malas, menyampah dia tengok wajah zayyad, dengan dia tadi bukan main dingin siap jerkah dia lagi, benci!!!

zayyad dan naszrul memandang sesama sendiri, lawak ke apa yang dia cakap? sampai terbahak bahak lelaki ni ketawa

"korang ni lawak lah, btw aku sebenarnya baru balik dari korea semalam, itu yang datang jumpa airis and azra kesayangan aku tu"..selamba amirul berkata tanpa sedar wajah naszrul sudah bertukar menjadi singa betina

"azra kesayangan kau?".. soal naszrul perlahan, dalam hati sudah rasa macam nak tumbuk wajah amirul

"yela baby kesayangan aku, airis pula manja kesayangan aku".. balas amirul membuatkan mata zayyad membutang besar, saja dia berkata begitu, macam lah dia tak tahu sewaktu dia berbual mesra bersama airis dan azra dua lelaki ni asyik menjeling saja ke arahnya

"ahah manja kesayangan kau? kalau aku tertampar muka kau ni rasanya airis tu jadi tak lagi kesayangan kau?"..zayyad mencerlung tajam pada amirul

"hahaha aku gurau je bro, jangan terasa, so aku nak tanya something ni, korang dua ni suka dekat kawan kawan aku tu ke?.." soal amirul membuatkan zayyad dan juga naszrul tersentak

masing masing memandang sesama sendiri
"eh tak ada lah, tak de masa aku nak suka dekat minah sengket tu"..balas zayyad laju

"aku pun sama, tak de masa aku nak suka dekat minah biadap tu!".. sokong naszrul disebelah

"oh i see! so tak salah la kan kalau aku pikat hati diorang! memandangkan korang pun bukan ada apa apa pun dengan diorang dua tu right?.." rambut yang terjuntai diselak ke belakang!

naszrul menggepal kuat tanggannya, baru saja dia mahu mara ke depan sedikit untuk berhadapan tepat dengan amirul tetapi zayyad telah menahan dirinya

zayyad menahan naszrul lalu tersenyum sinis
"calm down nasz...so your name amirul right? you want that girl?...hmm up to you mr amirul...don't blame me if your life ends today!.." kolar baju amirul direntap kasar

amirul tersenyum senget, dia menepis tangan zayyad yang merentap kolar bajunya

"you want to fight with me?....i challenge you to get the girl! if you lose...the girl is mine!!.."

zap!...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience