bab 9 kenangan silam

Romance Series 5921

"ris kau rehat dulu, aku turun bawah kejap ambil air untuk kau makan ubat, sekejap tau!".. azra terus melangkah keluar dari bilik airis

airis perlahan merebahkan badan di atas katil, kepalanya yang terasa sakit dipicit lembut menggunakan tangannya

azra masuk ke dalam bilik bersama segelas air kosong dan juga ubat buat airis

membutang mata airis tatkala melihat azra memberi 4 biji ubat demam kepadanya
"uih kau agak agak la az, 4 bijik aku kena makan betul ke tak kau ni?"...

"betul la mamat tu sendiri cakap dekat aku satu jam 4 bijik, kau punya demam ni teruk sangat kut..itu yang dokter bagi lebih ubat untuk kau"

"ye tak ye je kau ni?"

"iya nah makan la cepat kang mati pula sebab lambat makan ubat".. ubat dan air kosong disuakan pada airis

berkerut kerut dahi airis menelan ubat demam tersebut
"nak telan sebijik pun seksa aku, ni nak telan 4 bijik..rungut airis perlahan, namun ubat tetap ditelan

"dah kau tidur ok, aku nak turun masak kejap nanti aku gerak kau makan, kau makan roti je kan tadi sebab nak buat alas perut mesti kau lapar kan, kejap ehh aku masak kau tidur dulu tau".. badan airis direbahkan perlahan, selimut ditarik menutup separuh badan airis lalu dia melangkah keluar dari bilik airis

30 minit berlalu dengan pantas, airis tersedar dari tidur, dia mengelap dahinya yang terasa peluh

"fuh panas sangat ni kenapa"...

tetiba dia terasa mual seakan mahu muntah, dengan lantasnya dia berlari ke arah bilik air untuk meluahkan isi perut yang bergelora didalam perutnya untuk keluar

lemah badannya setelah memuntahkan segala isi perutnya, terbongkok bongkok dirinya berjalan ke arah katil, badan direbahkan atas katil, badannya dibengkokkan menahan rasa sakit di perut, tangan menggengam erat bajunya seakan menahan rasa yang teramat sakit di perut, dahinya sudah dipenuhi dengan peluh yang merembes keluar

--------------------------------------

pintu bilik dikuak perlahan dari luar, kaki perlahan mengorak ke arah katil

"ris aku dah siap masak ni jum turun makan".. kejut azra perlahan sambil menepuk lembut badan airis

"ris bangunlah makan, kalau kau tak bangun aku simbah kau dengan air panas nanti"... badan airis digoncang kuat

berkerut dahinya melihat tubuh airis tak bergerak walau seinci pun

"ris!!".. azra sudah mula gelabah tatkala tiada respond dari airis, pipi airis ditampar kuat tapi tetap tak bangun

bagai kucing hilang anak dia mundar mandir sambil menatap fon

dia harus menelofon siapa untuk meminta pertolongan? kalau situasi gelabah macam ni memang dirinya automatik akan jadi blur dan bengap tahap paling maksimum sekali, padahal boleh je dia start kereta bawa airis pergi hospital? tapi tu lah kalau dilahirkan bengap sampai kesudah lah dirinya begini

fikir punya fikir tetiba otaknya mendapat tangkap satu idea paling bernas!, laju tangan mengambil sekeping kad dalam poket seluarnya, terus dia menelefon number tersebut

"hello siapa ni?"..

"err hello ni aku azra kawan airis yang dekat hospital tadi tu"..

"ouh kau, ha kenapa call aku"..

"nak minta tolong something ni emergency sangat sangat ni!".. azra sudah mula panik

"ok tapi aku nak tahu emergency apa?"

"airis! d dia p pengsan!"...

"HAH!!"

-----------------------------------

sesampai dia di depan rumah pantas dia keluar tanpa sempat dia mematikan enjin kereta, dalam keadaan panik dia memasuki rumah tersebut, jantungnya berdegup laju

"m mana d dia?".. soal zayyad panik

"atas".. azra berjalan diikuti zayyad menuju ke atas

dia menepuk lembut pipi airis yang sudah pengsan tak sedarkan diri

"dia ada makan apa apa ke selain ubat?".. soal zayyad serius

"tak ada pula, dia makan ubat je tadi".. takut pula dia melihat wajah serius zayyad! fuhh kalah muka hantu kak limah

"kau bagi dia makan ubat berapa bijik sebenarnya ni? kau ikut tak apa yang aku kata tadi?"

"ikut la".. bidas azra laju

"kalau kau ikut, berapa bijik aku suruh kau bagi dekat dia tadi?"

"1jam 4 biji kan!"

membutang besar anak mata zayyad, rasanya dah nak terkeluar dah bijik matanya ni

"4 biji kau bagi"... bagai nak luruh jantungnya mendengar kata azra

"hah ye la kau kan yang suruh"

zayyad meraup kasar wajahnya, nasib betul airis mendapat kawan sebanggang azra ni

"aku suruh kau bagi 4 jam 1 bijik je yang kau ni terlampau pandai sangat ni KENAPA! " jerkah zayyad geram

terhinjut bahu azra, salah aku juga ke?

"kau memang nak bagi mati kawan kau ni ke?".. azra dipandang tajam

pantas dia mencempung tubuh airis, tak boleh diharapkan langsung!

------------------------------------------------

tu la kau! aku dah pesan jangan bagi ubat lebih dekat kawan kau tu tapi kau tak dengar ha kan tak pasal pasal kena marah dengan zayyad".. ujar naszrul yang berada disebelah azra

"mana lah aku tahu, semua salah aku, kalau nak senang suruh la dia jaga sendiri buah hati dia tu!".. air mata yang menitis diseka kasar, sudah banyak air matanya melimpah gara gara dijerkah oleh zayyad

"sudah la jangan menangis lagi, tak guna kau menangis kawan kau sekarang dah masuk wad dah pun"

"dah jum masuk, kita tengok airis".. ajak naszrul lembut, kesian pula dia melihat gadis ni menangis dari tadi

azra laju menggelengkan kepala
"tak nak! nanti aku kena jumpa muka singa tu lagi"

"tak kau jangan risau, berani dia marah kau lagi, aku tinju kepala dia nanti"

azra menggeleng lagi kepalanya, air mata diseka rakus
"tak nak, kau pergi lah masuk aku nak beli air kejap haus".. azra bangun lalu berlalu dari situ tanpa sempat naszrul membalas

naszrul menghela nafas berat, kakinya laju mengikut langkah azra

----------------------------------------

"zayyad"... satu suara bisikan berbisik di telinga zayyad membuatkan mata zayyad terbuka luas dari tidur, kepalanya diangkat memandang sekekeliling, dilihat airis masih tidak sedarkan diri lagi

"zayyad!"..

jantungnya berdetak laju, diri sudah mula merasa takut

"zaaayyadddd"..bisik suara tersebut seperti mengejek namanya

dia menekup telinganya rapat lalu dia bangun dan berlari keluar, pintu toilet diterjah masuk, nasib tiada orang dalam toilet tu

"diam!!!"... lantang suara zayyad berkata

air jernih sudah laju keluar

tiba tiba lampu toilet tersebut terpadam, hanya gelap gelita saja tanpa sebarang cahaya yang menyinari toilet tersebut

zayyad sudah tak keruan, rambutnya sudah kusut akibat diramas, ditarik dengan kasar, wajah sudah lenjun dengan air mata

"zayyad!!!..i'm here"..

lagi panik dirinya tatkala mendengar suara bisikan yang sangat dekat dengannya, bagai disebelahnya saja

lampu toilet kini sudah terbuka terang
"pergi la jangan ganggu hidup aku!!".. rayu zayyad bersama tangisan

tetiba tangisannya terhenti serta merta tatkala mendengar suara tangisan dari dalam toilet yang berada dibelakangnya

pantas kepalanya berpusing ke arah tersebut, pintu dikuak perlahan

dan....

slurg!!..disaat dia membuka pintu, bagai ada angin kencang menerpa dirinya dan dunianya bagai terhenti, badan tak dapat bergerak

tetiba saja otaknya mengimbas kembali kenangan silam

****
aku terima nikahnya nur raisa razin binti zul akmal dengan emas kahwinnya sebanyak 8000 ringgit tunai!!!

tersenyum bahagia dirinya kini sudah menjadi isteri sah kepada insan yang dicintai

*****

"sayang buat apa tu?"... dia memeluk kemas isterinya dari belakang

raisa yang sedang menyikat rambut tersentak tatkala dipeluk oleh seseorang dari belakang

"hish abang ni, terkejut sayang!".. marah raisa manja

"wanginya sayang, rasa macam nak makan sayang je sekarang ni"

raisa ditolak perlahan rapat ke dinding, mata tak lepas memandang bibir merah bak delima milik sang isterinya

raisa juga bagai terleka dengan tenungan suaminya

perlahan bibir dirapatkan ke bibir isterinya

tinggal lagi beberapa inci saja sebelum bibirnya mendarat ke bibir raisa tetiba saja dia teringatkan sesuatu, lantas dia menjauhkan diri dari raisa

"kenapa?".. soal raisa bingung

"abang nak sayang pakai dress yang abang belikan tu".. tangannya menunjuk dress putih yang terletak di atas katil

"kenapa kena pakai?"..

"sayang pakai dulu abang nak turun bawah kejap, tunggu abang tau..nanti abang naik abang nak tengok sayang pakai"...tangannya mencuit hidung mancung isterinya

tersenyum lebar raisa mendengar, bahagianya terasa bagai dia dan suaminya saja didalam dunia ini, dia berharap rumah tangganya akan berkekalan sehingga akhir hayat

***

tersentak dia saat tersedar dari kisah silamnya, menitis air mata mengigatkan kebahagiaan yang dikecapi dahulu, tetapi semuanya hanya sementara

dia jatuh terduduk sambil memeluk betis, tersedu sedan dia melepaskan tangisan semahu mahunya

kenapa dia yang perlu menanggung semua ni! tak adil baginya!

.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience