"kenapa semua orang pandang saya?.."
terhenti langkah zayyad
"ouh arh maybe kau hodoh kut harini...eh tak maksud aku maybe kau cantik.." balasnya gugup
airis mengganguk kepala, betul lah tu maybe dia nampak cantik harini hehe
"emm kejap saya nak pergi tandas la.."
hah sudah! time ni lah dia nak pergi tandas pula!
"eh tak payah lah..lambat dah ni..kau guna je tandas dekat rumah kau nanti.." larang zayyad laju
"alah sekejap je..tunggu sini.." laju kaki airis berlari masuk ke arah tandas
zayyad sudah pasrah apa yang akan berlaku nanti
1...2..3..
argh!!!
zayyad menekup kedua telinganya tatkala mendengar jeritan nyaring dari arah tandas dan semestinya itu airis!
"awak!.." panggil airis lantang membuatkan zayyad terkejut, kecut perut melihat wajah garang airis
"ni apa ni? awak ke yang buat?.." soalnya laju setelah tiba didepan zayyad
zayyad mengemam bibir, kelu lidah untuk berkata
"aku? kenapa aku pula! kau nampak aku ni jenis yang suka pakai make up ke?..lagipun tak ada masa lah aku nak conteng muka kau tu!.." balasnya dengan wajah serius, tipu kan sunat!...
"habistu siapa yang buat?.." soalnya kuat, bergesel giginya, mata pula sudah terjegil luas
"kau tanya aku? kau nampak aku tahu ke? pergi la tanya kawan kau tu..tadi dia yang teman kau kan!.."
"tak mungkin azra! waktu az nak balik tadi saya tak tidur lagi ehh!..awak jangan nak memandai tabur fitnah dekat kawan saya!.."
"habistu kau tabur fitnah dekat aku tak apa pula? mana tahu dia patah balik ke sebab tertinggal barang! kau try la dulu tanya dia balik nanti!.."
"baik awak mengaku awak kan yang buat?.."
"kau nampak aku pegang lipstip ke sekarang ni?.."
"mana awak tahu ni lipstip?.." mata dikecilkan memandang zayyad
tercegang zayyad, mulut dikemam rapat
"emm...memang la aku tahu, sesiapa tengok pun akan tahu tu lipstip!..
airis memandang tajam pada zayyad
"ok fine..jum balik saya nak tanya azra.." terus langkah dibuka berlalu dari situ
zayyad menghembus nafas lega, dada diurut lega...laju kaki berjalan mengikut langkah airis
***
sepanjang perjalanan dalam kereta mereka hanya senyap, diam tak terkutik, masing masing melirik sesama sendiri
"ni kau ada nak singgah mana mana ke tak?.." soal zayyad membuka bicara, terasa canggung pula kalau tak berborak
airis melirik sedikit pada zayyad
"singgah 7 eleven kejap saya nak beli topup.."
"nak beli topup je?..macam tak boleh beli esok nak juga beli sekarang.."
ok sekarang dia rasa macam nak hempuk kepala zayyad ni..
"tadi awak yang tanya kan nak singgah kedai ke tak? awak ni kenapa perangai macam minta penampar ni?.."
"berani kau nak tampar aku? tak padan dengan perempuan ada hati nak main tampar"
sedang elok mereka berbalas kata hujan pun turun dengan lebat
kereta diberhentikan didepan kedai 7 eleven
"dah cepat...lambat tinggal.."
"awak tak ada payung ke..hujan lebat ni?.."
"kau nampak aku ni macam penjual payung ke? redah je la depan tu je pun..mengada terlebih kenapa!.."
sebal airis melihat zayyad, mahu saja dia menikam lelaki ni
pintu dibuka lalu dia keluar dan dihempas kuat pintu kereta tersebut, laju kaki berlari masuk ke dalam kedai tersebut
"hempas pintu kuat kuat!..aku hempas kau nanti!.." bebelnya seorang diri..
zayyad!..bisik satu suara halus menyentakkan dirinya
boom!...kilat meletup kuat membuatkan zayyad terkejut
"zayyad kau nampak happy?.." bisik suara tersebut sambil ketawa halus
"p pergi kau!.." balas zayyad perlahan, bergetar suaranya
suara tersebut ketawa
"aku akan selalu ganggu hidup kau zayyad.."
DIAM!!..
tengkingnya kuat bersama air mata yang sudah berlinangan
"aku tak kenal kau!.." rambutnya diramas kuat
suara tersebut masih ketawa
"awak tak ingat saya?.."
"i'm your wife!.." bisiknya keras
zayyad sudah terpaku diam tak terkutik
"tak...kau bukan isteri aku diam!"..jerkah zayyad kuat
suara tersebut ketawa kuat
"aku ISTERI kau bodoh!.."
air mata sudah banyak melimpah, pintu kereta dibuka, dia harus keluar, tak sanggup lagi dia mendengar semua itu
hujan lebat tak dihiraukan, kakinya laju berlari tanpa perduli kilat yang bersambung, air jernih masih lebat membasahi wajahnya, rambut sudah kusut
"maafkan aku! aku tak sengaja.." ujarnya dengan tangisan.
"aku sayang kau t tapi..." tak mampu lagi dia berkata, wajah diraup kasar, kaki entah kemana berjalan sehingga dia tak sedar yang dia sudah berada ditengah jalan raya
pin pin!!
bunyi hon kereta sikit pun tidak menyedarkan dirinya, masih dengan tangisan pilu, jiwa bagai dirobek, sakitnya hanya allah saja yang tahu, kepala didonggak memandang langit yang mendung, titisan hujan yang lebat itu persis dirinya yang bersedih atas kesilapan yang dia sendiri lakukan
berdosa sangat kah dirinya sampai dia perlu tanggung rasa ini hari hari...bertapa sakitnya dia menanggung rasa ini tanpa siapa perduli...bukan kehendaknya untuk melakukan semua dosa itu tapi....apakan daya dia terpaksa lakukan..tapi kenapa hanya dia yang menanggung rasa sakit itu...tak adil!!
iya perempuan yang selalu menganggu hidupnya selama ini adalah isterinya!...
segala memori dia bersama isterinya dulu mula terimbas kembali dalam kotak ingatannya
dada ditumbuk kuat, tangan dicengkam erat
"a aku megat z..zayyad....p pernah bernikah dengan p perempuan bernama....
"raisa razin!.."
"a aku bunuh isteri aku!..."
boom!
kilat berdentum kuat bagai didepannya saja bunyi kilat itu meletup dengan serta merta ingatannya terimbas saat kejadian isterinya pergi meninggalkan dirinya
**
"sayang! where you want to go?.." jeritnya kuat memanggil isterinya yang berlari tanpa arah tuju
raisa yang berhenti betul betul ditengah jalan raya itu merenung lama suaminya dengan pandangan redup, air jernih mengalir perlahan
"saya terpaksa tinggal awak.." rintihnya perlahan seraya menggepalkan tangan kuat
"RAISA RAZIN!...jangan buat kerja gila raisa!.." lantang suara zayyad berkata
raisa menggeleng kepala perlahan
"maafkan saya, awak tipu saya, sanggup awak perbodohkan saya bersama perempuan tu!..who's that girl in the picture?."
"please sayang, jangan buat abang macam ni..i can't explain, just my friend sayang." rintihnya perlahan bersama air jernih yang sudah mengalir perlahan
"NO!, you lied me.." jeritnya lantang..
pin..pin..
tersentak raisa saat sebuah kereta myvi hitam meluncur laju kearahnya...
gedebuk!..
jantungnya bagai berhenti berdetak, berkaca mata melihat sekujur tubuh yang sudah terbaring diatas jalan bersama darah yang mengalir keluar, jatuh terduduk dirinya memandang kearah isterinya yang sudah dikerumuni orang ramai
tangan menggengam kuat baju, bunyi esakan kecil mula kedengaran
"s..saya minta maaf..sayang!.." rintihnya perlahan bersama tangisan
------
airis berlari anak menuju ke arah kereta, pintu kereta dibuka lalu dia masuk dan menutup pintu kereta tersebut
"sorry lambat..saya beli air sekali tadi..awak mar.." terhenti ayatnya saat dia berpaling ke tepi zayyad tiada?
"dia pergi mana?.."
"dia keluar pergi kedai kut?...tunggu je lah!.."
lebih 20 minit dia menanti zayyad tapi bayangan lelaki itu pun dia tak nampak, makin gelisah dirinya
"ish tak boleh jadi ni!.." terus pintu kereta dibuka lalu dia keluar, dia berlari dalam hujan lebat untuk mencari zayyad
"mana dia ni?..." airis meraup mukanya yang basah akibat terkena hujan, habis basah baju dan tudungnya
tetiba dia tertancap pada satu susuk tubuh yang terduduk di tengah jalan raya bersama tangisan
berkerut dahi dia memandang ke arah lelaki tersebut
"itu dia ke?.." soalnya kurang pasti..mata dikecilkan sehabis boleh untuk mengenal pasti adakah susuk tubuh itu orang yang dicari
sah! memang dia
pin pin!
"woi gila ke duduk tengah jalan!.." jerkah seorang pemandu kereta yang lalu disitu
"awak!!.." jerit airis lantang
"zaayad!!".. jeritnya lagi tatkala melihat zayyad tidak memberi sebarang respond
boom!..
tersedar zayyad dari alam nyata tatkala mendengar guruh yang begitu kuat
air mata diseka lembut, dia berdiri semula lalu memandang langit
sesak dada menahan air mata dari melimpah keluar tapi...air matanya degil mahu keluar
"aku tak layak hidup...disebabkan aku...isteri aku mati!.." gumamnya perlahan bersama air jernih yang sudah menitis
"maafkan aku raisa..."
pin pin!!
dirinya terkedu memandang kereta yang meluncur laju kearahnya, kaki tak dapat bergerak walau seinci, bibir tersenyum hambar
biarlah dia mati! dia sudah tak sanggup menanggung rasa sakit ini setiap hari
melihat sebuah kereta laju meluncur kearah zayyad membuatkan kakinya pantas berlari ke arah zayyad yang seperti orang yang tak bernyawa
buk!
dia dan zayyad telah pun jatuh tergolek ditepi jalan, nasib dia sempat menolak zayyad dari dilanggar
airis bangun walau tangan terasa sedikit perit, mata memandang tajam pada zayyad
"awak gila ke! mana otak awak sampai nak bunuh diri macam tu!.." hemburnya geram, nasib dia ada, cuba bayangkan dia tak ada waktu zayyad nak kena langgar tadi agaknya zayyad ni dah arwah dah
zayyad hanya duduk melutut, sayu pandangannya memandang airis
"kenapa...
"KENAPA KAU TAK BIAR JE AKU MATI!.."
Share this novel