"iye az kejap lagi aku balik la, kau nak pesan apa apa tak, dah alang alang aku dekat tesco ni nak beli barang kejap".. tangannya mengapai satu kotak besar conflakes dan juga cococrunch
"hmm kau belikan biskut and coklat cadbury, kitkat jangan lupa sekali, beli banyak sikit sebab coklat dekat rumah ni dah habis stock".. balas azra dicorong telefon
"iye, ok lah aku off dulu nak memborong barang kejap bye".. airis terus menutup telefon lalu dimasukkan ke dalam poket seluarnya, kaki melangkah laju ke arah bahagian sejuk yang mengandungi pelbagai jenis susu
2 kota susu dutch lady digapai lalu dimasukkan ke dalam troli yang disediakan buat pengunjung tesco untuk membeli barang
kakinya melangkah ke arah rak yang mengandungi pelbagai jenis biskut
"hmm biskut apa yang minah sepet tu nak ehh? cream crackers lah cicah dengan air kopi atau tea panas ni mesti padu ni"... dia menginjat kakinya sedikit ke atas kerana biskut tersebut terletak di rak paling atas
"aduh susah lah bila jadi kecil ni semua benda tak sampai, yang diorang ni pun satu agak agak lah letak atas sangat biskut tu, cuba lah kesian sikit dekat orang yang sindrom ketinggian macam aku ni, nak ambil pun tak sampai".. bebel airis sambil tangan cuba menggapai biskut tersebut
"sikit lagi airis kau boleh ni!"
tiba tiba ada satu tangan dari belakangnya yang tolong mengambilkan biskut yang ingin dia mengambil tadi
"ya allah terima kasih la siapa yang baik sangat tu".. bisik hati kecil airis, dia tersenyum lega, badannya berpusing menghadap seorang yang baik hati menolongnya
"terima kasih la cik tolong saya yang terlampau bantut nak ambil biskut tu tadi, semoga cik dimurahkan rezeki"... ucap airis sebelum mengangkat muka memandang seseorang yang berada didepannya, tak sanggup dia mengangkat muka, dah lah malu sebab terlampau pendek tak habis lagi ni
"sorry what you said just now?"
"ouh lelaki, aku ingat girl tadi, tapi suara macam aku kenal?".. gumam airis perlahan
"i said thank you for helping me just now".. ucap airis malu, senyuman tak lekang dari bibirnya
"i'm sorry but aku tak tolong kau pun, aku memang nak ambil biskut ni untuk diri aku bukan untuk kau?"
mati terus senyuman airis, wajah sudah membahang malu
"tu la kau airis perasan nak mampus".. bisik airis dalam hati
"err sorry salah faham sikit"...kepala diangkat untuk melihat wajah sang jejaka yang berada didepannya kini
damn!!
dia ni bukan ke???.......
"awak?"
"kau??"
sama sama menunding jari ke arah masing masing, reaksi masing masing terkejut
"dalam banyak banyak orang kenapa saya perlu jumpa beruk macam awak ni eh?".. bidas airis kasar, pasal semalam dia belum habiskan lagi, sudah la dia jatuh pengsan lelaki ni buat tak tahu saja siapa yang tak sakit hati??
"what you say? kau bahasa jaga sikit!".. bidas zayyad
"ouh reti pula cakap pasal bahasa, yang semalam awak punya bahasa tak kira pula ehh, orang minta tolong pun boleh buat muka macam minta stoking kawan saya aje".. bidas airis, habis semua dikaitkan dengan stoking azra pun dibedal sebut
"siapa yang pengsan semalam?"..soal zayyad
"saya lah takkan makcik jiran awak kut yang pengsan!"
"kau yang pengsan bukan masalah aku, kau nak pengsan suka hati kau lah asal aku nak kena tolong kau pula"
"awak ni memang hati yang tiada perasaan ehh, orang lain kali nampak orang pengsan ke mati ke mampus sekali pun tolong lah bongok! jangan ikut derk awak blah macam buta tak nampak sekeliling!".. hembur airis geram
"do i care?".. bidas zayyad selamba
"memang la awak tak peduli sebab benda tu tak jadi dekat awak, buatnya lah kan suatu hari nanti benda tu berbalik pada awak, awak jatuh pengsan depan saya, masa tu saya akan pijak, tendang awak biar awak mati terus, kalau pengsan saja buat apa, bila bangun menyusahkan orang balik baik awak mampus terus"... pedas sindiran airis beri dengan jelingan tajam dihadiahkan buat zayyad
"mulut kau ni boleh tahan ehh"
"mulut saya suka hati saya lah, ada saya pakai mulut awak ke! dah tepi boleh tak jangan nak menyemak dekat sini"...airis menolak kasar tubuh zayyad lalu kembali berpusing ke depan untuk mengambil biskut yang tak jadi diambil tadi
zayyad tertawa kecil tatkala melihat airis yang melompat lompat untuk mengambil biskut..comel!
"kalau diri tu pendek mengaku pendek je lah, jangan lah acah tinggi nak ambil, kang terbalik semua biskut tu dekat kau, kau kutip nanti..sindir zayyad dengan wajah kembali beku
"awak buat apa lagi dekat sini, pergi boleh tak menyampah la saya tengok muka awak tu".. balas airis tanpa memandang zayyad, dia kembali melompat untuk menggapai biskut
zayyad menghela nafas lalu datang menghampiri airis, tanggannya menggapai biskut yang ingin airis mengambil tadi
"ehh la awak ni, kalau nak ambil biskut untuk awak, ambil dekat sana lah yang datang menyepit dekat sini buat apa, tak nampak ke saya tengah buat apa ni?".. bebel airis sebal
"nah untuk kau, kalau dah tahu tak sampai minta tolong lain kali jangan berlagak sombong sangat"
tercegang airis memandang zayyad
"untuk saya?".. soal airis tak percaya
"eh tak la aku ambil ni sebab nak bagi dekat anjing jiran aku"
"untuk kau lah, nah jangan banyak cakap sangat".. zayyad memberi kasar biskut tersebut kepada airis, terus dia berlalu dari situ tanpa menoleh lagi pada airis
"gila ke apa mamat tu, hantu apa entah tetiba rasuk dia jadi baik dengan aku".. gumam airis perlahan
setelah selesai membeli kesemua keperluan barang, dia terus bergerak ke arah kaunter untuk membayar
"berapa?"..soal airis sambil mengeluarkan pursenya
"free"...balas remaja lelaki tersebut dengan senyuman
terkebil kebil airis memandang remaja tersebut
"serius free? saya sorang je ke free atau tesco buat promotion free untuk harini je?"
"akak sorang je free sebab dah ada orang tolong bayarkan".. balas remaja tersebut dengan sengihan
"oh god, siapa yang baik hati sangat ni, kalau aku tahu dia tolong bayarkan untuk aku, aku dah borong satu tesco ni semua".. bisik hati airis
"siapa ehh yang bayar?".. soal airis, dia nak tahu juga siapa yang hati dia terlampau suci sangat harini
"secret"
hish budak ni, ada pula main secret dengan aku, bagitahu je la apa yang susahnya mana tahu aku kenal ke, boleh aku jadikan bakal suami aku nanti, ehek!!
"ouh ha secret, tak apa lah thanks..airis mengangkat plastik beg yang dipenuhi barang yang dibeli tadi, kaki melangkah keluar dari tesco
sepasang mata sedang memerhati gerak geri airis dari jauh
----------------------------------------
dirinya tersenyum senyum sambil tangan mengawal stereng kereta, dirinya dah lagak seperti orang angau bercinta
celoteh gadis tersebut, tingkah laku gadis tu sangat menggelikan hatinya, tak lekang senyuman dari bibirnya tatkala mengigatkan kejadian tadi, tak pernah dia berasa bahagia sebegini
comel!..ucapnya sambil tertawa kecil
"zayyad!!.." satu suara bisikan berbisik ditelinganya perlahan membuatkan senyumannya mati serta merta, wajah terus bertukar serius
"jangan kau lupa siapa kau!." bisik suara tersebut
kereta terus diberhentikan ditepi jalan, tangan menekup telinganya supaya tidak kedengaran suara bisikan tersebut..air mata sudah melimpah keluar
"pergi kau!! jangan kau kacau aku lagi, aku nak hidup bebas, pergi kau!!..jerit zayyad lantang bersama tangisan yang sudah pecah
"kau sudah lupa siapa diri kau? ingatlah kembali zayyad.."suara bisikan tersebut ketawa menggilai
"DIAM DIAM DIAMM!!"...jerit zayyad bagai dirasuk
suara tersebut ketawa lagi membuatkan zayyad berasa ketakutan
"ARGHH DIAMMMM!!!!..." zayyad menghentak kepalanya pada stereng kereta
pap..pap..pap...berkali kali dia menghantuk kepalanya pada stereng kereta, darah yang mengalir tak diperdulikan
suara tersebut kian menghilang, zayyad menangis teresak esak, tangannya pula menumbuk kuat stereng kereta
"kenapa aku! KENAPA!!!!!...jerkah zayyad kuat, dirinya sudah penat menanggung rasa yang tak akan semua faham
kenapa dirinya juga harus terkena benda ni?..apa salah yang dia dah buat sampai dia perlu hidup ketakutan sepanjang masa dengan bisikan tersebut..
-----------------
dia terus menerjah masuk kedalam bilik khairil tanpa mengetuk..sesampainya dia didepan meja khairil dia berdehem seketika..melihat tiada respond dari khairil..meja khairil diketuk perlahan
tok..tok
khairil mengangkat muka saat mejanya diketuk and..hmm..mamat ni lagi?..kalau datang sini memang nak bergosip lah jawabnya tu..wajah naszrul dipandang sekilas saja lalu menyambung kerjanya yang tertunggak
"khai kau buat bodoh je kan aku ketuk ni?.." ujar naszrul memandang wajah tenang khairil
khairil mengangkat kening sebelah
"habistu kau nak suruh aku buat apa?...seronok bila kau ketuk meja aku?..atau kau nak suruh aku join main ketuk ketuk meja?.." soalnya jengkel
mata dijulingkan ke atas tanda menyampah dengan khairil
"nih bos kesayangan kau tu tak masuk masuk lagi kenapa?..dah pukul berapa ni?..tahu lah dia tu bos tapi jangan la setiap hari lewat masuk.." ujar naszrul selamba mengutuk kawannya
"aih kau tanya aku buat apa?..kau PA dia takkan kau tak tahu?.."
"kalau aku tahu aku tanya kau gila!.." balas naszrul sebal
"lantak dia lah nasz..office dia..yang nak lingkup tu office dia bukannya office kita..pandai pandai lah dia fikir.." bidas khairil tenang..sambil tangan laju menaip sesuatu
"selamba je kau jawab kan..yang nak serabut tu aku.."
"siapa suruh kau jadi PA dia?.." balasnya tenang
"khai kau nak tahu something tak?..ada hot story baru berlaku tadi...kecoh satu office siot!.." ujar naszrul bersungguh sungguh..punggung sudah dilabuhkan dikerusi depan khairil
khairil mengetap gigi geram..time aku nak buat kerja lah dia sibuk nak bergosip!..
"hmm apa?.." balas khairil malas..nafas ditarik sedalam mungkin menahan kesabaran
"kau tahu tina gedik tu dah bernikah!..bapak arhh minah tu doh..dah kahwin tapi tak mengaku lepastu acah acah single kepala otak dia!..kau nak tahu tak dia kahwin dengan siapa?.."
"hmm.." balasnya malas
"dia kahwin dengan si setan boroi tu!..apa ke nama jantan tu..hah ni si ahmad boroi tu!..dah lah boroi..botak pula tu!..lepastu acah acah bagus dalam ofice ni..hah elok lah dua mangkuk tu bernikah!.." bersungguh sungguh naszrul mengutuk
"hmm..."
"khai kau ni dengar ke tak aku cakap ni!.." ujar naszrul sedikit kuat...penat dia bercerita dan lastnya khairil hanya membalas 'hmm'
khairil berdecit sebal..tangan mengurut pelipis dahi sedikit
"habistu kau nak suruh aku buat apa? panggil tok kadi nikah kan balik diorang dua tu?..atau kau nak suruh aku ucapkan tahniah?.eh lantak dia lah nak kahwin dengan siapa pun..kahwin dengan manusia ke beruk ke kau fikir aku kesah ke mangkuk!..aku ni ada kena mengena ke dengan kisah hidup dia bangang!!!..." hemburnya geram..sudah lah kerja bertimbun..boleh pula datang sini bergosip..si zayyad ni pula tak reti masuk kerja lagi..yang si mangkuk ni dah tahu bos tak masuk lagi dia pun ambil peluang melencong pi tempat lain!..
"kau jangan lah marah khai..aku just nak berborak je!.." balas naszrul perlahan..takut pula bila tengok khairil marah
pap!..terhinjut baju naszrul saat khairil menampar kuat meja
"berborak kepala otak kau!..kau berambus sekarang!..time kerja tu kerja lah bangang..bukannya bergosip..keluar!.." arahnya dengan mata terjegil memandang naszrul
kecut perut naszrul melihat khairil
"khai relax..cool tenang bro..chill chill dah lah.." perlahan naszrul membalas
"aku cakap KELUAR!.." jerkah khairil kuat..gigi diketap kuat
kelam kabut naszrul berlari keluar dari bilik kerja khairil
"pahal jantan tu?..period ke apa? marah tak tentu pasal..gila!..dah dilantik jadi 'COO' pun gila lagi!." omelnya setelah keluar dari bilik khairil..kaki melangkah ke arah mejanya
baru setapak dia berjalan dia ternampak susuk tubuh zayyad yang sedang masuk dalam bilik officenya..laju langkah dibuka memasuki bilik office zayyad
"zay kau kenapa lam.." terhenti ayat seketika..mata sudah terbeliak luas..
"kau kenapa zay?..pahal kepala kau berdarah?.." soalnya sedikit kuat terus saja dia meluru kearah zayyad yang tampak lesu itu..mata pun sembab saja macam baru lepas menangis
kepala zayyad yang berdarah itu dibelek
"kau tunggu sini kejap.." pantas naszrul belari keluar untuk mengambil kotak first aid yang terdapat ditempatnya..saja dia simpan dekat tempatnya senang kalau luka nanti nak ambil..dekat kan huhu
zayyad merenung lama tanpa berkelip..setitis air mata menitis. tangan dikepal kuat. bibir diketap rapat menahan sebak..sampai bila dia harus hidup begini?..
****
airis meletakkan barang didalam bonet kereta..setelah meletakkan semua kedalam kereta..bonet kereta akhirnya ditutup..
"argh!.." dia mengeliat sedikit tanda lega..badan berpusing kebelakang saat terasa bagai ada seseorang memerhatikannya...
binggung dia seketika..serius dia rasa macam ada seseorang perhatikan dia dari tadi..
tersentak dia saat melihat satu bayang melintas laju disebalik kereta siapa entah..sudah lah dia sorang saja dekat sini..orang dah lah tak ada..
air liur ditelan kesat..perlahan kaki menapak ke arah tersebut..cuba mencari bayang seseorang tadi..tapi tak jumpa..
bunyi derap tapak kaki menyentakkan dirinya..lantas kepala berpusing ke arah tersebut..tapi tiada?..
mata merenung lama susuk tubuh airis..setapak demi setapak dia melangkah kearah airis dari belakang..bibir tersenyum sinis disebalik penutup mukanya..
airis meliarkan mata disekeliling...terasa ada seseorang dibelakangnya..perlahan kepala berpusing kearah belakang and...gulp!
argh!!!...
Share this novel