bab 8 langgar

Romance Series 5921

"aduh badan aku ni rasa lemah semacam pula, eh kau bawak tak buku latihan yang aku suruh bawak tadi?"..soal airis sambil memandu kereta, lemah rasa dirinya ni, semalam ok je tetiba pagi ni rasa lemah

"ada dekat belakang tu, aku dah kira semuanya ada 45 buah buku, bila kau tempah buku latihan tu?"

"2 minggu lepas"

"kau rasa kan daddy amira tu tahu tak kau start mengajar harini? kalau dia tahu mesti dia orang first sekali datang jumpa kau enn!"

"kau ni boleh tak jangan nak samakan aku dengan daddy amira tu! aku tak suka dia lah".. marah airis

"kau tak suka tapi dia suka kau, ok apa dia duda kut, kau tak nak try ke? mana tahu kau terjatuh hati ke dengan dia nanti?.."

"aku tak ada masa lah nak bercinta cintun semua ni, aku just nak fokus mengajar je"

"eleh kau mengajar tadika aje pun macam kau pula jadi pengetua dekat tadika tu"

"diam lah kau banyak bunyi pula dekat sini"

"ehh kau cuba check kejap dekat belakang tu file warna biru aku tu ada tak"

"yang mana kau ni?".. soal azra sambil berpaling ke belakang untuk mencari file airis

"haih kau ni yang warna biru tu aku selalu bawak tu"... kepalanya dipusing kebelakang seketika untuk menunjuk filenya

"eh ris tengok depan ada kucing tu".. arah azra gelabah

dengan pantasnya airis menekan brek secara mengejut membuatkan kereta belakang merempuh keretanya dari belakang

boom!!...

"ya allah aduhh sakit kepala aku terhantuk, kau ni ris bawak kereta kan macam minta penampar dari aku kan?"... ujar azra sebal, kepalanya yang sakit digosok perlahan

"az orang kereta belakang tu keluar la apa aku nak jawab ni? macam mana kalau dia tengking kita?".. soal airis gelabah

"tak pe kau relax je biar aku settle kan ini azra lah berani lelaki tu tengking aku memang melambung dia aku kerjakan nanti".. ucap azra bangga, pintu kereta dibuka lalu dia keluar

airis menanti dengan penuh kesabaran tetiba dia terdengar riuh rendah dari luar cepat cepat dia keluar untuk melihat apa yang berlaku

"kau ni tak faham bahasa ke aku cakap benda boleh settle kan lagipun kau yang langgar kereta aku bukan aku langgar kereta kau!...marah azra kuat

"haih aku panas la dengan perempuan ni! heih makcik kau yang berhenti mengejut tengah jalan memang kena langgar la, masalah sekarang ni punca dari kau".. balas naszrul sedikit kuat

"aku dah minta maaf tadi yang kau pula memekak lagi buat apa, benda kecik je pun tak payah la nak besar besarkan"

"eh az kenapa ni bising bising?".. soal airis datang menghampiri azra yang tampak bengang itu

"nasz kau lambat lagi ke nak settle?"

airis memandang suara dari seseorang yang menegur sebentar tadi

Damn! what!?

"awak lagi mangkuk?".. soal airis bagai tak percaya, dalam banyak banyak manusia kenapa mesti lelaki ni yang dia perlu jumpa? why?

"eh kau lagi minah?".. soal zayyad

"korang kenal ke?".. celah azra

"ahah kenal kenal gitu je, dah la az jum pergi nanti lambat pula"..bidas airis

"kejap aku belum settle lagi dengan malaun ni, ada dia cakap aku sengaja langgar kereta dia ehh padahal dia langgar kereta kita"..azra memandang tajam pada naszrul

"dah kau berhenti mengejut apahal memang patut pun kena langgar! elok tadi aku rempuh kuat kuat kereta kau biar retak seribu tak boleh pakai terus".. bidas naszrul yang turut tak mahu mengaku kalah

"lepastu kau nampak aku peduli ke sekarang ni?"..

DIAM LAHH!!...tengking airis kuat menghentikan dua manusia yang sedang berperang

terkejut zayyad dengan tengkingan airis, tak pernah pernah dia nampak gadis ni begitu marah sampai menengking orang, first time ni?

"dah habis ke gaduh?".. soal airis tenang

azra dan naszrul saling berpandangan antara satu sama lain
"dah aku tak nak ambil tahu langsung pasal kereta kau ni"... ujar azra sambil menjeling

"so what? muka cantik tapi berlagak nak mampus".. bidas naszrul

jadilah peperangan semula antara dua insan yang saling tak mengaku kalah

airis memicit kepalanya yang terasa sakit, sudah la dia dah terlambat, sekejap lagi waktu kelas mengajar sudah mahu start, azra boleh pula berperang mulut dekat sini!

zayyad perhatikan saja pergaduhan mereka, kakinya mula melangkah untuk menuju ke arah kereta, malas nak masuk campur hal pergaduhan

"eh awak nak pergi mana?".. soal airis tatkala melihat zayyad mula melangkah pergi

"perlu ke aku bagitahu kau?"

"awak ni tak reti ke nak tolong saya hentikan diorang ni gaduh? takkan nak biar je sampai subuh esok?"... soal airis sebal

"kejap lagi diorang settle lah tu, tak payah la kau nak masuk campur"

"amboi senangnya awak cakap, buatnya diorang tak henti awak nak buat apa hah nak buat apa?"

"buat je la apa yang patut"

senang betul mamat ni cakap, yang nak kena tunggunya dia, azra ni selagi orang tu tak minta maaf selagi tulah dia berperang mulut, kalau 5 jam dia bergaduh hah lima jam tu la aku nak kena hadap panas ke hujan ke semua

tetiba perutnya terasa memulas, kepalanya terasa pening

"aduh jangan lah time sekarang nak sakitnya, tu la kau ris pagi tadi tak nak breakfest kau tu dah la ada gastrik arh"... gumam airis perlahan sambil menahan sakit di perut

berkerut dahi zayyad tatkala melihat wajah pucat airis

"kau ok ke tak ni? pucat semacam je muka kau, kalau lawa tak pe la juga ni hodoh je"

"arh s saya ok, saya masuk kereta d dulu".. balas airis tersekat sekat kakinya melangkah ke arah kereta

"kang jatuh pula minah ni, baik aku follow belakang".. bisik hati zayyad, kakinya mengikut airis dari belakang, bukan apa dia takut gadis ni terjatuh pengsan aje itu je tak ada lebih lebih pun!

kepalanya terasa pusing mata kian kabur, badan bagai hilang imbangan, tangannya mahu berpaut pada kereta tetapi tak sampai

"diam lah gila!".. tengking azra kuat menyentakkan zayyad yang sedang perhatikan airis

"kau tu yang diam!".. tengking naszrul semula

zayyad mengetap gigi geram, mahu ja dia menghentak kepala dua ekor monyet tu biar diam sedikit, tak habis habis lagi gaduh, bagi nikah dua baru tahu

buk!

kepalanya laju berpusing ke arah bunyi tersebut, membutang matanya tatkala melihat airis sudah pun jatuh pengsan, dengan lantasnya kaki bergerak ke arah airis yang sudah rebah ketanah

tangan menampar lembut pipi airis
"eh kau kenapa ni? kau pengsan ke tidur ni bangun lah jangan buat gila tidur dekat sini"... soal zayyad gelabah

"woi budak! makcik! kakak! ni kawan kau pengsan ni!".. jerit zayyad kuat pada azra, tetapi azra tak endahkan dia lagi kuat melawan kata naszrul

"woi!! pekak ke apa!! ros, kiah, mia, ain apa ke nama kau pun aku tak tahu ni adoiii! kawan kau ni woi!!..jerit zayyad lagi

"tak boleh jadi ni kalau aku menjerit lagi silap silap terkeluar halkum aku nanti, baik aku bawak gi hospital kang tulang mereput pula"... tangannya mengangkat tubuh airis, berdebar debar hatinya melihat wajah airis

"fuh! lain macam rasa dia".. terus dia membawa masuk airis ke dalam kereta azra, tanpa meminta izin pada tuan badan kereta milik azra telah dipecut laju oleh zayyad

-----------------------------------------

"tahniah cik isteri cik disahkan mengandung"... ucap seorang dokter perempuan yang merawat airis

terkedu zayyad, senyuman lebar terlukir dibibir, seriusly isterinya sudah mengandung oh god i can't believe it!!

tersenyum senyum dirinya bagai orang gila

"hello encik!!".. dokter tersebut melambai lambai tangan pada zayyad yang sedang tersenyum seorang diri

tersentak zayyad dari lamunannya
"ahh ye saya dokter, dokter cakap apa tadi?".. soal zayyad gugup, boleh pula dia terbayang yang airis mengandungkan anaknya, haih teruk sangat dah ni, balik ni kena mandi bunga lah jawabnya

"isteri encik baik baik saja cuma dia mengalami gastrik dan demam sedikit saya dah sediakan ubat encik boleh ambil nanti dekat depan"

zayyad pula sudah tersengih kambing mendengar penjelasan dokter tersebut, dokter tu cakap isteri encik?? salah dengar ke dia?

"baiklah terima kasih dokter"

-------------------------------------------

"weyh ris kau ok tak ris, aduh sorry aku tak perasan kau pengsan tadi"... sergah azra yang gelabah datang menerpa airis

"mana nak perasan gaduh sampai tak ingat dunia, ini kalau gempa bumi pun korang tak sedar".. sindir zayyad yang baru datang dari mengambil ubat buat airis

"kau tengok kawan kau ni mulut celupar sangat".. balas azra lalu menjeling naszrul disebelah

"eh eh kau ni, cukup baik aku tumpangkan kau naik kereta aku, tidak dah lama aku biarkan kau merempat tepi jalan tu".. bidas naszrul, azra ditatap tajam

"tak cukup gaduh dekat sana, sini pun nak gaduh juga ke? kang aku hempuk dua dua kut".. marah zayyad

"az aku tunggu dalam kereta lah, awak thanks bawak saya datang sini".. ucap airis lalu perlahan lahan dia bergerak pergi dari situ

"jalan elok elok ris".. laung azra

"nama kawan kau tu ris ke?..soal zayyad, saja nak tahu nama gadis tu, just nak tahu bukan nak sangat pun tahu!

"ha ye la ris".. bidas azra

"ris apa? risa ke risu or riso atau riska?..".azra ditatap tajam, tahu la nama dia tu ris tapi ris apa sebut la nama penuh aku nak tahu nama penuh dia eii minah ni!

"heih kau ni kang makan penampar kut dengan aku, nama dia airis zahara dah faham?"

"ouh airis sedap nama"..gumamnya perlahan

"ni ubat dia, ubat demam ni makan 4 jam sebiji je jangan lebih pula ingat!".. pesan zayyad tegas, plastik yang berisi ubat diberi pada azra

"ye aku tahu lah".. bidas azra sambil menyambut plastik ubat ditangan zayyad

"nah ni kad aku, apa apa jadi just call me understand?".. zayyad menghulurkan sekeping kad berwarna hitam

"yup faham".. azra mengambil kad di tangan zayyad

"jum nasz".. ajak zayyad lalu melangkah pergi dari situ

"4 jam satu biji, 4 jam satu biji".. azra mengulangkan ayat tersebut berkali kali

"hah jangan kau bagi lebih pula ubat tu dekat kawan kau kang mati pula sebab terlebih makan ubat".. sergah naszrul membuatkan azra terkejut

"eh yang kau ni ada dekat sini lagi buat apa, kau balik sekarang"... marah azra

naszrul menjelirkan lidah pada azra
"eh nama kau apa?"..

"entah"..

"aku lesing juga muka kau ni kang, nama kau apa ngok!"

"dayang."..

"nama kau dayang? hmm agak pelik tapi comel"

"dah kau blah boleh tak"

"nak blah la ni sibuk je kau".. naszrul terus berlalu dari situ sambil mengomel dalam hati

"kau ingat aku bodo ke?..macam lah aku tak tahu nama kau azra..dayang konon!..dayang senandung ke apa?.."gumamnya perlahan bersama langkah keluar dari situ

"tengok aku dah lupa dah? berapa ehh tadi?"..

"1 jam 4 biji kut, ha ye la betul la tu, 1 jam 4 biji"...

"apa la zaman sekarang ni! sakit sikit je tapi kena telan ubat berbijik bijik tengoklah 1 jam kena telan 4 biji gila agaknya, haih nasib kau la ris kena makan ubat banyak macam ni!".. terkumit kumit mulutnya membebel sambil kakinya melangkah ke arah kereta

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience