bab 11 dicabar

Romance Series 5921

"tak guna punya mamat!!...dia ingat dia siapa yang nak cabar aku? aku ni zayyad lah pantang 700 keturunan aku dicabar oleh orang asing yang bertopengkan alien!.." streng kereta dihentak kasar, masih geram dengan amirul yang berani mati mencabar dirinya

'Flashback'

zap!..terkedu dirinya seketika..

mata berapi memandang amirul yang tersenyum sinis padanya
"kau cabar aku?.."

amirul mengangkat bahu
"why not? this is the game that decides who wins..why? are you afraid to lose?.."

tangan laju mencengkam kolar baju amirul
"jangan cabar aku kalau kau tak tahu sejauh mana aku boleh buat!.."

"ehem..kenapa macam serius je korang tu..gaduh ke?.." celah azra tatkala suasana dalam wad tersebut menjadi tegang

zayyad mengalihkan pandangan pada azra, bibir terlukir senyuman, pantas saja tangan melepaskan cengkaman kolar baju amirul

"tak gaduh pun..ni kawan kau yang rambut macam bulu ayam ni suruh aku tengok baju dia cantik ke tak..katanya baru beli 5 tahun lepas..."senyuman sinis diberikan pada amirul

"ok lah bro aku kena blah dulu ada something nak kena settle, next time kita jumpa lagi...kalau ada masa singgah lah rumah aku boleh lepak minum kopi ke! buat macam rumah sendiri aje kalau nak datang nanti..." tangan amirul direntap kasar untuk bersalam

"boleh la aku tumpang mandi dekat rumah kau kalau kau dah kata buat macam rumah sendiri kan?.." senyuman sinis dilemparkan pada zayyad

"eh boleh, kau nak aku mandikan tak?.." soalnya membuatkan naszrul disebelah terlopong mendengar

"is it okay if i say nak?.." balas amirul membuatkan naszrul hampir tersedak

"apa kegila dua ekor ni..siap nak bermandikan bagai.."bisik nasrul dalam hati..dia pun tak pernah zayyad nak offer mandikan..

"aku okay je..aku pernah masuk kelas mandikan jenazah dulu!.."

hampir tersembur tawa naszrul, ini lah padahnya kalau mahu berlawan mulut dengan zayyad, pantang dikalah zayyad ni kalau mahu berdebat mulut dengannya

zayyad memeluk amirul setelah bersalaman, sempat lagi dia membisikkan sesuatau pada cuping telinga amirul

"aku tak takut kalah but....aku just takut kalau kau yang kalah...aku setuju cabaran kau..good luck for you challenge.." bahu amirul ditepuk perlahan

'End Flashback'

"kau jangan la hentak stereng kereta aku tu rosak nanti! jangan nak lampiaskan kemarahan kau tu pada baby kesayangan aku ni.." marah naszrul melihat wajah merah padam zayyad

"kau tak dengar ke tadi nasz! dia cabar kita berdua ni untuk pikat hati diorang tu!...apa dia ingat dia hebat sangat sampai nak bedal dua orang perempuan tu sekali gus!..rambut dah rupa ayam jantan.." bebel zayyad geram

"kau boleh sabar tak zay! cuba kau fikir secara logik sikit guna otak kau yang sebesar lautan tu...kau rasa azra dengan kawan dia tu nak ke dekat si rambut ayam tu? tambah pula diorang berdua tu kawan? agak agak lah kalau nak berlaki pun nak kena kongsi? silap hari bulan si rambut ayam tu kena tendang sampai mampus nanti..." terang naszrul memujuk hati zayyad

"aku tak boleh arh nasz! apa yang susahnya dia nak bedal dua orang tu sekali, kau tengok saja tadi, bukan main mesra dia berborak, bertepuk tampar dengan airis..lepastu selamba nenek dia aje gi peluk azra kau tu..kalau dah macam tu mesranya...memang dua orang tu jadi madu dah nanti.." balasnya tak puas hati

"kau ni panas hati sangat kenapa?..macam tak pernah kena cabar, dulu elok je aku cabar kau tarik seluar si fariz tu depan perhimpunan sekolah, bukan main elok kau tarik tak ada pun nak panas hati bagai.." balas naszrul membuka cerita lama, cerita yang mengisahkan kenakalan mereka sewaktu sekolah menengah dahulu, punya nakal dia dengan zayyad dulu sampai dia berani pergi telefon number suami pada cikgunya siap mengaku scandal lagi, entah jadi apalah hubungan rumah tangga cikgunya itu sekarang

"masalah sekarang ni melibatkan airis!..jangan harap lah aku nak lepaskan airis dekat rambut ayam tu.."

"kau cakap tadi kau tak suka dia, dah kenapa kau nak kena susah payah berlawan untuk rembat airis tu?.." soal naszrul membuatkan zayyad tersentak

betul juga apa yang naszrul katakan tu?..dia bukannya ada perasaan pun dekat gadis tu tapi kenapa dia nak kena rasa tercabar bagai dengan ayam jantan tu?

"arh tak kesah..yang penting sekarang ni aku tak akan biarkan si rambut ayam tu dapat airis! aku sekarang rasa tercabar gila dah ni!..."

"biar je lah ayam tu zay...tak payah kita nak berdebat dengan dia tak ada guna pun.."

"habistu kau nak bagi azra dekat dia? heih kau ni ada makan kaki aku ni kang..." bergesel giginya memandang naszrul disebelah

"okay relax! apa pun kita kena plan untuk rebut hati dua orang tu, yang pastinya rambut ayam tu tak akan dapat azra or airis sekalipun.." pujuk naszrul memberi keputusan muktamad

--------------------

dimalam yang sunyi sepi bersaksikan bulan dan bintang seorang lelaki yang baru tiba itu mematikan enjin kereta dan melangkah keluar lalu memasuki rumah agam besar itu, dia diarahkan untuk datang dengan secepat mungkin, katanya ada hal terdesak untuk berbincang

khai yang baru tiba itu melabuhkan punggung disebelah naszrul yang kelihatan serius itu, kunci kereta dilemparkan atas meja berserta kaca mata hitam ditanggal..

mata memandang silih berganti wajah serius zayyad dan naszrul, berkerut dahi melihat suasana tegang begini, apahal diorang berdua ni? gaduh ke?

"ehem.." dia berdehem seketika mengusir suasana tegang

"anything happen? why you guys so serius? ada apa apa ke jadi yang aku tak tahu?.." soalnya dengan kening sebelah terangkat

zayyad mengangkat wajah memandang khairil, bibir melirik senyuman senget

"khai..aku nak tanya something!.." soalnya serius

khai sudah berasa seram melihat wajah serius zayyad, dia ada buat salah ke? atau zayyad dah tahu yang dia balas boxer zayyad dua minggu lepas?..

Hah sudah!..

air liur ditelan kesat, naszrul disebelah dilirik seketika

"zay, dengar dulu aku explain..aku pinjam je nanti aku bagi balik dekat kau, aku janji aku bagi balik nanti.." ujarnya mengangkat tangan tanda berjanji, wajah sudah bertukar pucat

"kau pinjam apa?.." soal zayyad bingung, apa kejadah mamat ni cakap?

"b boxer kau.." balasnya mengemam bibir sedikit, mata terpejam rapat, serius dia takut melihat wajah gerun zayyad

membutang biji mata zayyad, bukan kata zayyad je naszrul pun sudah ternganga, ini biar benar? pencurian boxer telah berlaku, siapa pencurinya?

lagi terkejut saat mengetahui khairil adalah pencuri sebenar, dia perlu bawak sorok boxer dia kalau khairil tidur rumahnya nanti, bahaya!

"kau!..TAK GUNA!.." jerkah zayyad dengan mata terjegil

"zay relax, aku pinjam je, nanti aku bagi balik, tak pun aku belikan yang baru.." pujuk khairil lembut

zayyad berdecit sebal, patutlah barang peribadinya semakin berkurang, dia ingatkan dia yang salah letak, rupanya ada toyol dalam rumah ni rupanya

memang lepas ni dia kena pagar rumah ni dengan bacaan yaasin..

nafas ditarik dan dihembus beberapa kali agar hatinya tenang, ingat mahu tanya benda lain tapi lain yang dia dapat

"just abaikan..aku bukan nak tanya soalan tu and aku tak pernah tahu pun selama ni kau toyol dalam rumah aku ni? dah kau mengaku memang minta kaki dengan aku lah jawabnya nanti.."

berkerut dahi khairil, ouh rupanya zayyad tak tahu lagi, menyesal pula mengaku, tidak dia dah boleh simpan boxer zayyad tu selamanya, tak perlu nak ganti balik..haih, bila kebodohan terletak pada diri sendiri, macam ni lah jadinya

"so kau nak tanya apa?.." soalnya memandang mereka berdua silih berganti

"kami nak tanya cara cara pikat hati perempuan.." celah naszrul selamba

gulp!..

tercegang khairil seketika, benda yang urgent sangat tu pasal nak tanya benda bangang ni ke? tahu tak dia berdesup laju atas jalan tadi pasal zayyad arahkan dia datang dengan suara macam nak bunuh orang saja, nasib tak langgar anak anjing tepi jalan tu tadi

bergesel gigi memandang wajah selamba zayyad dan naszrul

"kau berdua panggil aku datang cepat sebab nak tanya benda ni ke?.." soalnya mencerlung ke dua orang jejaka tersebut

tersengih kambing zayyad

"ha ahh nak tanya benda ni lah, kau kan buaya dekat office tu, hampir kesemua perempuan kau rembat dekat office tu, sampai makcik cleaner pun kau try, so share lah sikit tips pikat perempuan ni.." bidas zayyad dengan sengihan

khairil menjeling tajam zayyad, agak agak lah kalau nak menipu pun, makcik cleaner aku try? hello sorry sikit eh, bukan try just minta number telefon je..

"kau berdua ni terpikat dengan siapa? mesti ada terpikat dengan mana mana perempuan kan? sebab tu tanya aku tu.."

"ada lah, nanti kau tahu lah siapa, now bagitahu dulu tips.." celah naszrul tak sabar sabar mahu tahu

khairil melirik senyuman sinis, rambut diselak kebelakang sedikit, wajah berlagak ditayangkan pada ke dua kawannya yang memandangnya dengan penuh pengharapan

zayyad dan naszrul membuat muka comel pada khairil, kalau nak minta sesuatu mesti lah kena bodek ye tak?

tertawa kecil khairil seketika melihat wajah comel mereka berdua

alah alah comel betul dua orang ni buat muka macam tu, dah macam anak anjing minta makanan je

dia berdehem seketika, kolar baju dibetul sedikit

"tips dia senang je..pertama kau perlu pandai ambil hati diorang, kedua..ambil berat pasal diorang and selalu beri perhatian sebab perempuan ni ketagih perhatian..

"yang ketiga mulut kau berdua kena manis bak gula.." sambungnya lagi dengan senyuman bangga

"kenapa mulut kena manis pula? kena kiss diorang ke?.." celah naszrul mematikan senyuman khairil, dia berdecit sebal, potong mood betul lah mangkuk ni!

"kau nak mati kau try lah kiss!, dapat jenis gatal tu dengan kau sekali dia tarik masuk bilik, silap silap kau yang kena rogol, dapat jenis ada agama ni aku rasa kau dah kena penampar sulung.." balasnya jengkel pada naszrul

"maksud aku mulut manis tu mulut yang pandai berkata manis, macam beri ayat sweet lah, perempuan ni senang jatuh hati pada ayat manis.."

-------------------.

kaki melangkah laju memasuki ruang hospital tersebut, tersenyum lebar dia memandang bekal makanan yang dibawa buat airis, bak kata khairil semalam, kita perlu tunjuk yang kita ambil berat pasal mereka..dengan langkah laju dia menuju ke arah wad airis, dia punya excited nak berjumpa dengan airis sampai terlupa yang naszrul ditinggalkan dalam kereta

pintu terus dia menerjah masuk tanpa memberi salam

gulp!

mati terus senyumannya saat melihat airis sedang bersama lelaki yang dia benci start semalam

****

terkedu airis saat ada seorang menerjah masuk ruang wadnya and paling tak sangka orangnya adalah zayyad? why him?

"awak buat apa dekat sini?.." soal airis bingung

zayyad yang tadi memandang tajam pada amirul yang selamba memandang dirinya tanpa rasa bersalah, terus saja dia mengukirkan senyuman manis buat airis

"aku ada bawakkan makanan untuk kau.." terus saja kaki dibuka meluru kearah airis

mata menjeling tajam pada amirul

klak!

pintu sekali lagi diterjah oleh seseorang

"tak guna kau zay!!.." lantang suara naszrul berkata

"kau tinggal aku dalam kereta zay!..kalau ye pun dah sampai kejut lah aku ni...kau biar aku tidur dalam kereta tu buat apa!!.."

zayyad menggaru kepala, tersengih kambing dia melihat wajah marah naszrul, bukan niatnya mahu tinggal naszrul dalam kereta tapi dia terlupa yang naszrul ikutnya sekali

aduh!..rintih naszrul saat ada seseorang yang menyiku kepalanya dari belakang

"eh yang kau bising bising ni apahal? sini hospital bukan rumah kau!.." naszrul dijeling tajam, pantas kaki mengorak ke arah amirul

"ris nah makan! penat aku masak dekat kau!.." sudu yang berisi nasi dan lauk disuakan pada airis

tapi.....

mulut lain yang dia mahu suap...mulut lain pula dia tersuap

"hmm not bad...agak berminyak tak elok untuk orang sakit?..kau tak tahu ke dokter cakap orang sakit tak boleh makan benda berminyak!...ris kau makan aku punya je, aku masak simple and berkhasiat untuk kau.." bekal makanannya dibuka, cepat saja dia menyuap airis tanpa sempat airis mahu berkata

amirul tersenyum senget
"az mari sini aku suapkan kau pula.." sudu disuakan pada azra pula

azra sudah membuka mulut untuk makan, tinggal berapa inci saja mulutnya hendak makan tetiba ada sebuah mulut yang merentap laju memakan

"emm sedap tu sedap cuma...macam yang zay kata tadi agak berminyak, kau tak elok makan az nanti sakit perut.."pesan naszrul sambil mengunyah makanan dalam mulutnya

"ada aku suruh kau makan ke?..." soal amirul tak puas hati, niatnya nak kenakan zayyad dengan naszrul and lastnya dia pula yang terkena

"bukan kau nak suap aku ke tadi? so aku makan la..."

"ni kau keluar bila dari sini?".. soal zayyad sambil tangan menyuap airis makan

"dokter cakap esok dah boleh keluar!.."

"esok aku ambil kau.."

"eh tak payah lah, saya boleh balik dengan az.."

"kalau kau balik dengan az mesti ada malaun tu sekali!..aku ambil kau esok!..." katanya tegas

zayyad!..

tangannya tetiba terhenti saat mendengar suara bisikan halus

zayyad!!

gulp!

--------

mata perhatikan lama saja wad yang riuh rendah dengan suara itu..matanya tidak beralih ke arah lain tetapi hanya perhati saja seorang perempuan yang tersenyum sambil berborak..

dia hanya perhati disebalik cermin yang berada dipintu..setiap wad persendirian memang akan ada cermin kecil..

bibir terlukir senyum sinis...

"airis zahara..."perlahan dia menyebut nama tersebut.. sekeping gambar seorang wanita yang bertudung bawal biru itu sedang tersenyum manis...

dia mengusap perlahan gambar tersebut...

"kau dari dulu masih cantik..and aku tak pernah lupakan kau.." gumamnya perlahan dengan senyuman lebar..gambar tersebut dikucup perlahan..

"whatever happens..i will get you!..just wait for me sayang.."

....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience