bab 15 rasa cinta

Romance Series 5921

buk!!

jatuh tergolek dia dengan zayyad ditepi jalan...nasib dia sempat menolak zayyad dari dilanggar tidak dah arwah dah lelaki ni

airis bangun walau tangan terasa perit, mata tajam memandang zayyad

"awak gila ke!..mana otak awak sampai cerdik sangat duduk tengah jalan!." hemburnya geram

zayyad duduk melutut didepan airis..mata sayu memandang airis, badan bergetar menahan sejuk, air mata masih tak henti menurun

"kenapa...

"KENAPA KAU TAK BIAR JE AKU MATI?...KENAPA!.." jerkahnya kuat

terkedu airis saat dijerkah kuat oleh zayyad

"awak jangan cakap macam awak tak ada agama eh! otak awak letak mana sampai terfikir nak bunuh diri macam ni hah?..."

"kau tak tahu apa yang aku rasa..aku sendiri yang tanggung rasa sakit ni..aku sendiri yang kena hadap!..kau hanya boleh cakap sebab benda ni tak berlaku dalam hidup kau! kau tak rasa apa yang aku rasa!.." bergetar suara menahan rasa, berombak jiwa saat membalas pandangan airis

"memang saya tak rasa, saya tak tanggung rasa sakit tu dan saya hanya pandai bercakap saja...awak fikir sekarang kalau awak bunuh diri selesai ke masalah awak?.."

"aku tak layak bahagia dekat dunia ni!, a aku takut.." lirihnya sedih, air matanya jatuh menitis satu persatu

"a aku takut, aku takut aku ulang kesilapan yang sama! sakit..."

"rasa sakit terpaksa lepaskan orang yang kita sayang.." lirihnya lagi, hujung bajunya digenggam kuat

"iya saya tahu sakit..saya pernah rasa kehilangan orang yang kita sayang but kita perlu teruskan hidup, saya tahu awak kuat, kalau awak rasa sedih minta ampun pada allah, berdoa banyak banyak insyaallah allah dengar setiap rintihan hambanya..jangan macam ni kita sebagai manusia layak bahagia, awak tak boleh teruskan hidup dengan bersedih macam ni.." pujuk airis lembut

redup mata memadang airis, hatinya terasa tenang mendengar pujukan airis, kali ni hatinya kuat mengatakan rasa cinta itu hadir sekali lagi dalam dirinya

iya! dia layak bahagia, dia tidak boleh teruskan hidup dengan menghantui kisah silam...dia harus lupakan!..

"aku tak ada sesiapa dalam dunia ni, isteri aku mati disebakan aku, p..punca aku d..dia mati!..." lirihnya sedih, jiwanya perit, hatinya pedih bagai dihiris dengan pisau tajam! sakit!..

"syy..tak elok salahkan diri sendiri, setiap yang berlaku ada hikmahnya, saya kan ada?.." ujar airis dengan senyuman manis

melihat senyuman manis airis membuatkan mulutnya pun terlukir senyuman kecil, air jernih yang mengalir diseka lembut

"sudah jum balik, berapa lama lagi awak nak mandi hujan ni?.."

"kau bawak kereta boleh? aku rasa tak sihat.." pinta zayyad perlahan

"boleh je...jum.." airis terus bangun lalu menolong zayyad untuk bangun, mereka berdua jalan bersama menuju kearah kereta

sesampai saja dari kereta, mereka berdua terus meluru masuk ke dalam kereta...30 minit perjalanan dalam kereta hanya sunyi sepi tanpa suara...airis mengerling sedikit kearah zayyad yang sudah tidur disebelah, bibir tersenyum senget

"ok sekarang ni aku nak balik mana? rumah dia aku tak tahu? ke nak bawak balik rumah aku?time macam ni azra mesti dah ada dekat rumah hmm..bawak balik rumah je la.." gumamnya perlahan sambil memusing stereng kereta

***

"kau mirul buat apa dekat sini?.." soal azra bingung tatkala amirul tetiba saja datang menyinggah rumahnya

"saja datang kenapa tak boleh ke?.." balas amirul dengan kening terangkat

"aku tak kata pun tak boleh...emm kau datang tak bawak apa apa ke? takkan datang tangan kosong je?.."

"aku bawak diri je la, kau nak suruh aku datang angkut rumah aku sekali ke?..."

"lain kali kalau nak datang rumah aku bawak la buah tangan...buah ke coklat ke or kek..boleh juga aku makan, ini datang tangan kosong buat apa? nak suruh aku makan tangan kau?..pergi balik!.." halau azra

"kau halau aku az!..berdosa halau tetamu, kau patut bersyukur aku datang tahu, tetamu datang bawak rezeki tu pun tak reti bersyukur..patut la rezeki kau sempit suka halau tetamu rupanya...tengok tetamu datang pun tak ajak masuk.." bidas amirul selamba

"kau bukan tetamu aku kau tu just my cousin so boleh jalan ehh.."

"tetamu juga la tu...kau memang lahir lahir bengap ke az?.."

mahu saja tangannya menampar mulut becok amirul tu

pin!...bunyi hon kereta menarik perhatian mereka berdua

"tu kereta siapa?.." soal amirul bingung

"kau nampak aku tahu ke?.."

***

setelah mematikan enjin kereta, dia berpaling ke arah sebelah, tangan menyentuh sedikit bahu zayyad

"awak bangun kita dah sampai.." gerak airis lembut

"awak!..kita dah sampai ni bangun lah.." digoncang tubuh zayyad tapi masih tak bergerak langsung..

"haih tidur mati ke?.." dia melepaskan keluhan berat, terpaksa lah dia meminta pertolongan azra

bibir tersenyum lebar tatkala memandang amirul yang berada disebelah azra..pertolongan berharga dah ada depan mata ye semua

pintu kereta dibuka lalu dia keluar bersama senyuman lebar

"mirul!.." panggil airis

"hah kau ke ris aku ingat siapa tadi?..kenapa?.." sahut amirul bersama kerutan didahi

"sini kejap tolong aku.."..

amirul membuka langkah ke arah airis bersama azra

"apa?.."

"tolong aku angkat dia masuk rumah.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience