bab 6 marah

Romance Series 5921

pin pin!!!

airis memejamkan mata, dia redha jika ajalnya datang saat ini, lagipun dia sudah tiada sesiapa, biarlah dia bertemu dengan mama dan papanya disana nanti

gedebuk!!...

badan airis jatuh tergolek di tepi jalan
"woii gila ke!".. marah pemandu kereta tersebut

airis mengerutkan dahi kenapa dia tak rasa sakit pun, rasanya tadi dia sudah jatuh akibat dilanggar, perlahan dia membuka kelopak mata

gulp!..

terkedu dia saat dia membuka mata ada sepasang mata hazel sedang merenung tajam padanya

patutlah dia tak rasa sakit rupanya ada seseorang yang selamatkan dia and now dia sudah pun jatuh terbaring bersama seseorang itu

lama dia merenung mata yang sedang menatap tajam padanya, deruan nafasnya pun dia boleh dengar uihh dekat betul ni!!....

tetiba badannya ditolak kasar! sakit siot!
"aduh! tak boleh tolak elok elok ke?".. soal airis sambil bangun, matanya terus menatap tajam pada seseorang tu, lagi tercegang kepala otak dia melihat wajah ni lagi

"awak lagi?".. soal airis ternganga sedikit

"kau ni bodoh ke? suka sangat ke nak bunuh diri? baik kau terjun bangunan je senang".. tengking zayyad, terhinjut bahu airis dengan tengkingan zayyad

salah aku ke?

"yang awak marah marah saya ni kenapa!".. marah airis geram, tetiba je tengking orang siapa tak sakit hati kang makan penampar mengadu dekat mak ayah dia kang

"kau tu bangang sangat kenapa! dah tak reti jaga diri ke apa?".. marah zayyad

"eh yang awak sibuk sangat pasal saya ni kenapa? suka hati saya la diri saya, mulut lancang sangat awak ni ha kang makan kaki budak tu kut kejap lagi".. bidas airis sebal

"kau kalau tak nak hidup baik jangan hidup, ada orang mati tersiksa walaupun dalam hati diorang berdoa agar hidup mereka selamat tapi kau suka hati kau je serah diri untuk mati!".. hembur zayyad geram

tercegang airis dibuatnya
apa kejadah jantan ni cakap?

"tak yang awak marah saya sangat ni kenapa?".. soal airis

"sebab aku sayang kau la bongok!"...

damn!!

terkedu zayyad, apa barusan dia mengaku sayang pada gadis ni?

"apa awak cakap tadi saya tak berapa nak dengar."... soal airis kurang jelas, memang tak dengar pun sebab tetiba ada moto yang berderum kuat dekat tepinya

"aku cakap...."

"sebab kau tu lurus bendul! sebab tu lah aku marah kau ngek!'..tipu zayyad laju menutup kesalahan yang dia baru katakan

"hek eleh suka hati awak je cakap saya lurus bendul awak tu lagi 2 kali ganda bendul dari saya".. airis menjeling tajam zayyad

"ni kau datang dengan siapa?"

"sibuk je nak tahu saya datang dengan siapa".. airis menjuling matanya ke atas tanda menyampah

"bagitahu je la kau ni eeii kecik besar je aku tengok kau"

"saya datang dengan kawan saya la takkan dengan imam masjid tu kut"

"kenapa kau pernah try ke berjoging dengan imam masjid tu?"

airis sudah mengetap gigi memandang zayyad, pandai pula mamat ni menyoal dirinya

"bukan kata dengan dia je saya pernah berjoging dengan nenek moyang dia pun saya pernah try siap berlanja aiskrim lagi nenek dia tu"

mahu saja dia tertawa mendengar kata gadis ni, kerja buat loyar buruk je dengan dia

"kenapa kau tak kata mak, anak dia semua sekali kau berjemaah ajak berjoging, bawak sekali semua dah alang alang kau rapat kan"

"awak diam boleh tak, yang awak menyibuk dekat sini buat apa, ni awak buat apa dekat sini ni?"

"berjoging la pernah ke kau tengok orang datang sini mop lantai?"

"pernah lah".. bidas airis

"lagi sekali kalau aku nampak kau cuba cuba nak bunuh diri macam tadi tu aku tanam kau hidup hidup"..pesan zayyad tegas

"hok aloh mu ni, bilo masa kawe kecek nak bunuh diri, tadi tu saya nak tolong budak tu ambil bola dia terjatuh dekat situ, saya ni orang baik ok siap menolong orang lagi".. bidas airis

"mana tahu kau tu, otak tu kekadang bengap terlebih"

"heih walaupun otak saya ni bengap tapi hati saya belum bengap lagi, saya ni walaupun jahat tapi kalau orang sakit saya masih ada sifat kemanusiaan untuk tolong bukan macam orang tu, buat bodo aje entah mana pergi hati baik dia tu pun tak tahu".. sindir airis keras

"kau perli aku?"

"eh tak lah, saya cuma bagitahu je saya tak maksudkan awak pun, tapi kalau dah awak terasa nak buat macam mana la kan, siapa makan cili dia rasa pedas ye tak?"

"eh eh mulut dia ni kang ada yang kena cium kut".. gumam zayyad perlahan

"ha mengumpat saya la tu mulut terkumat kumat tu kenapa"

"eh dah lah menyampah aku cakap dengan kau ni, baik aku blah semak aku!".. terus zayyad berlalu tanpa sempat airis membalas

"cis! dia ingat dia sorang je ke menyampah? aku lagi menyampah tengok muka beku dia tu macam tak ada perasaan je muka beku nak mampus lempang kang senyum sampai ke telinga nanti".. gumam airis

"hah! mengutuk siapa tu?".. sergah azra dari belakang

"oii makcik kau ke kahwin".. latah airis membuatkan azra ketawa terbahak bahak

"kau ni pergi mana eh? aku tunggu kau sampai nak naik mereput dah aku ni, kau tolong abang tu jual air ke? berapa untung kau dapat seringgit? ke dua ringgit je..bebel airis

"lebih kurang 5 sen macam tu la aku dapat, kenapa kau nak ke kalau nak aku nak bagi?"

"kau nampak muka aku ni kebulur sangat ke 5 sen kau tu, kalau 5 ribu aku hadap lah juga"

"eleh kau, aku hutang dengan kau satu sen pun kau berkira siap minta ganti lagi, tadi ramai orang beli air kena beratur panjang pula tu, tu yang lama sikit, alah tak mati lagi aihh tunggu aku"

"hah mana airnya, kata beli sangat tadi siap beratur panjang"

"nah minum".. azra memberi sebotol air mineral sejuk pada airis

tercegang airis, kenapalah harini nasibnya malang, tadi dah layan malaun gila tu lepastu dengan minah sengket ni lagi, memang hidupnya ditakdirkan untuk layan orang gila ke?

"kau bagi aku air ni? tadi kau cakap kau punya beratur panjang nak beli air end up kau beli air kosong ni je? so apa function kau beratur panjang tadi tu? teringin ke nak rasa suasana beratur tu?"... soal airis yang berasa sebal

"dah lama sangat aku blah la, kang aku lama lama kau marah pula, kau patut bersyukur aku belikan air mineral ni untuk kau"

"kalau dah tahu lama kenapa dari awal kau tak blah aje dari situ adoiyaiii makcik nieee!! habistu tinggal berapa orang lagi depan kau tu?"

"sorang!".. bidas azra selamba

tercegang airis untuk sekian kalinya
"what?repeat again? sorang lagi? ke aku salah dengar SEORANG LAGI?"

"yup sorang lagi lah kenapa?"

ada yang makan penendang dengan aku ni kang sabar airis ini lah dugaan bila dapat kawan sindrom

"kalau dah tahu sorang je lagi tinggal yang kau blah tu kenapa mangkuk! ha kan dah setepek kena mangkuk dengan aku! adoi kenapa kau ni terlampau bengap az bagitahu aku jap?"

"maybe sebab aku kawan dengan kau kut tu yang aku jadi bengap tu, dulu waktu aku tak kenal kau lagi aku pandai tapi sekarang entah kenapa aku jadi blur"

"kau nak kata aku bengap juga ke apa ni?"

"kalau dah kawan bengap mesti la kawan dia pun bengap sekali"

"dah lah az stres aku layan orang gila macam kau ni"

"orang gila ni lah yang selalu teman kau waktu kau susah herh"

"dah diam, mana bola budak tu tadi eh, aku tak sempat nak ambil tadi?"

airis meliarkan mata untuk mencari bola tersebut tetiba matanya terhenti pada budak lelaki tadi yang sedang seronok melambung bola bersama kawannya

"bila masa bola tu pergi dekat dia pula? haih pelik dunia sekarang ni bola pun boleh berjalan dekat tuan dia"...gumam airis perlahan

"dah la kau bebel apa lagi tu, aku lapar ni, teringin pula nak makan lamb chop dekat kedai sri bunga tu, jum lapar ni".. azra menarik tangan airis berlalu dari situ

--------------------------------------------------------------

badan dihempas atas katil, hanya jasadnya saja terbaring atas katil tapi fikirannya melayang akan sesuatu

bunyi deringan telefon menghentikan lamunannya, tangan menggapai telefonnya, tertera nama seseorang membuatkan wajahnya berubah keruh, butang hijau ditekan

"hello ad".. sapa satu suara lembut dicorong telefon

"emm".. sahutnya malas

"ad dah dapat pengganti?"

"belum"

"ad cari cepat sikit ye sayang, kita buat awal awal senang lagipun bulan depan bulan menggambang sesuai untuk kita laksanakan"

"perlu ke semua ni?"

"ad dah lupa ke? kalau kita tak buat hancur kehidupan kita nanti"

"habistu kehidupan orang lain tak hancur? kita senang senang hidup bahagia tapi diorang sengsara disebabkan kita"

"kita dah bincangkan tentang ni ad?"

"sampai bila ad perlu hidup begini? ad pun perlukan seseorang untuk jaga ad, i don't want to do this again!.."

"ad lupa apa yang berlaku pada keluarga kita?"

"sudah lah ad tak nak terlibat lagi dengan benda ni!.."

"ad kena ingat sudah banyak mangsa ad tipu, jadi ad tak perlu ragu ragu atau takut, ad cuma cari pengganti saja"

"i'm tired of doing this"

"abang long dan kak ngah pun dah prepare semua keperluan untuk acara tu nanti, ad cuma bawak saja pengganti tu, kalau ad tak sanggup nak tengok ad boleh berehat dalam bilik nanti"

"i have to go we'll talk about this later"

"ok ad jangan lupa tau cari sebelum bulan menggambang"

tanpa menunggu masa dia terus menekan butang off, telefon dicampakkan ketepi, fikirannya kusut

bagaimana lagi dia harus lari dari masalah ni, sakit kepalanya memikirkan tentang ni, dia tidak boleh melukakan sesiapa lagi cukuplah yang lepas

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience