BAB 15

Romance Completed 6359

Sekelip mata tubuh Deeja sudah berada di dalam dakapan Aidid. Ya Aidid yang menyambut tubuh Deeja.

Merah wajahnya kedua-duanya kerana malu. Deeja cepat-cepat bangun.

" Awak punya pasal lah ni " marahnya.

Aidid mengusap lehernya. Dia sendiri terkedu dengan apa yang jadi tadi. Membahang wajahnya.

Tok wan yang mendengar suara Deeja menjerit cepat-cepat datang ke ruang tamu.

" Kenapa ni? " soal tok wan cemas.

" Tak ada apa-apa tok wan. Aid ni kacau Deeja tadi " adunya.

" Aid, kenapa kacau Deeja? Kan Deeja nak pasang langsir. Daripada kacau Deeja, lebih baik Aid tolong Deeja pasang langsir tu " .

" Aid nak tolong tapi Deeja yang tak bagi Aid tolong dia " .

Deeja ketap bibir. Ya Allah annoying betul mamat ni. Nak mengadu dengan tok wan lah pulak.

" Deeja bukan tak nak bagi dia tolong tok wan. Dia sebenarnya bukan nak tolong sangat. Asyik kacau Deeja jer " kali ini giliran Deeja kenakan Aidid. Bluek! Padan muka.

" Aid, umur dah berapa ni? Macam budak-budak lagi. Dah sekarang ni Aid tolong Deeja pasang langsir. Jangan nak bergaduh pulak. Tok wan nak masak. Karang ada yang tak berbuka puasa pulak " .

" Okay tok wan " .

Tok wan berlalu ke dapur semula. Haish masing-masing dan besar panjang tapi perangai macam budak-budak.

" Haa cepat lah pasang. Tadi nak pasang sangat " .

Deeja menjeling ke arah Aidid.

" Awak tu yang kacau saya. Kalau saya jatuh tergolek tadi, patah kaki ke pinggang ke. Awak nak bertanggungjawab? Lain kali jangan kacau orang buat kerja " .

" Kalau jatuh, masalahnya sekarang ni kau tak jatuh pun kan? Nasib baik aku yang sambut kau. Kalau tak sambut tadi memang kau dah tergolek macam nangka busuk " .

" Salah awak jugak. Yang awak pergi tarik langsir tu kenapa? " .

" Dah kau lembab sangat. Kata pro pasang langsir. Tapi aku tengok terkial-kial jer nak pasang " .

" Saya perlukan fokus. Awak kacau saya memang lah. Lain kali jangan nak kacau orang. Bukannya nak membantu. Lagi menyusahkan ada lah " gumam Deeja.

" Eh eh kau ni " .

" Apa? Dah pergi main jauh-jauh. Jangan nak kacau orang " .

" Biarlah. Tadi tok wan suruh kau tolong kau kan " .

" Nak tolong boleh, tapi jangan nak kacau saya ea " Deeja beri amaran awal-awal.

" Jangan nak kacau saya ea " Aidid mengajuk semula ayatnya.

Deeja ketap bibir. Eii geramnya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience