BAB 21

Romance Completed 6359

Takbir raya berkumandang menandakan hari ini ialah hari kemenangan umat islam setelah berpuasa selama sebulan.

Usai pulang daripada solat sunat Aidilfitri tadi, Deeja terus menghubungi mama dan papanya menerusi video call. Sebak bertandang di hati kerana tahun ini dia tidak dapat menyambut hari raya Aidilfitri bersama dengan mereka berdua. Tapi dia masih bersyukur kerana dapat menyambutnya dengan saudara mara yang lain.

Sesi salam bersalaman bermula. Yang muda meminta maaf dengan yang lebih tua. Mereka semua tertumpu pada tok wan terlebih dahulu.

" Tok wan, Deeja nak minta maaf dengan tok wan. Deeja tahu Deeja banyak buat silap dengan tok wan. Maafkan Deeja ya? " .

" Deeja tak buat apa-apa salah dengan tok wan pun. Tok wan bersyukur sangat dapat beraya dengan Deeja tahu ni " .

Mereka berpelukan buat seketika. Kemudian giliran yang lain pula minta maaf dengan tok wan.

" Deeja " panggil Nita.

Deeja menoleh. Dia tersenyum nipis.

" Ya? " .

" Nita nak minta maaf dengan Deeja atas kelakuan Nita pada Deeja semalam. Nita melampau sangat sampai tampar pipi Deeja. Maafkan Nita ya? " .

" Takpa. Deeja dah maafkan. Deeja tak simpan dalam hati pun " balas Deeja.

" Nita salah. Nita sepatutnya fikir yang bukan-bukan. Nita janji lepas ni Nita takkan fikir yang bukan-bukan lagi. Deeja sudi kan jadi kawan Nita?" .

" Tak sudi " balas Deeja.

Nita terkedu mendengar jawapan Deeja.

" Deeja tak sudi Nita jadi kawan Deeja. Deeja nak kita jadi macam adik beradik " Deeja tersenyum lebar.

Mereka saling berpelukan.

" Deeja, nah " Aidid menghulurkan sampul duit raya pada Deeja.

" Untuk saya? " soal Deeja.

Aik. Dah tua-tua pun Aidid masih nak bagi duit raya.

" Yelah untuk kau. Buka lah " .

Deeja terus membuka sampul duit raya itu. Dia terkedu. Ada sebentuk cincin emas dan sehelai kertas. Deeja membuka kertas itu.

Sudi tak jadi isteri aku Deeja?

" Kau sudi tak? " soal Aidid.

Deeja mengangguk perlahan.

" Bila awak beli cincin ni? " .

" Dah lama dah. Cuma aku tunggu waktu yang sesuai untuk bagi pada kau dan sekarang ni lah masa yang sesuai " .

" Tapi esok awak dah nak balik UK kan? " .

" Aku dah beritahu bos aku untuk lanjutkan cuti aku. Aku nak beritahu family kita pasal kita. Kita kahwin lepastu kau ikut aku. Okay? " Aidid awal-awal sudah merancang.

Deeja hanya mengangguk setuju. Dia ikut saja keputusan Aidid. Siapa sangka lelaki yang selama ini suka cari gaduh dengannya rupanya menyimpan perasaan padanya. Itulah yang dinamakan jodoh. Kita langsung tak terfikir dia lah bakal menjadi pasangan kita.

Selamat Hari Raya Aidilfitri! Maaf zahir dan batin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience