BAB 10

Romance Completed 6359

" Allah tu kalau nak balas, sekejap jer" Aidid tersenyum sinis memandang ke arah Deeja.

Deeja terus menoleh. Sudahlah dia baru saja bersedih dengan apa yang terjadi sekarang ni Aidid nak cari pasal dengan dia pulak.

" Apa maksud awak? " .

" Kau buat-buat tak faham ke atau memang kau tak faham? Kau lupa ke dulu kau rampas Aidil daripada kak Nita. Sekarang ni dia rampas semula Aidil daripada kau. Baru kau rasa apa yang dia rasa selama ni kan " .

Mendidih darah Deeja mendengar tuduhan Aidid. Entah bila masa dia rampas Aidil daripada Nita pun dia tak tahu.

" Excuse me, bercakap tu cuba pakai otak sikit. Awak ingat saya ni apa? Aidil yang datang dalam hidup saya. Dia yang mulakan dulu. Kalau saya tahu semua ni akan jadi, saya tak akan teruskanlah hubungan dengan dia. Saya pun ada hati dan perasaan " tegas Deeja.

Aidid ketawa mengejek.

" Ada hati dan perasaan? Ingatkan takda. Kalau kau ada hati dan perasaan, takdalah kau rampas Aidil daripada kak Nita " .

" Hey, bila masa pulak saya rampas hak orang? Saya tak tahu pun tentang Nita sampailah Aidil yang beritahu dengan saya sendiri " Deeja mula geram.

" Tak payah lah nak pura-pura tak tahu. Kak Nita dah cerita semuanya dekat aku. Kau sengaja goda Aidil waktu hubungan Aidil dengan kak Nita ada masalah ".

" Jangan nak fitnah saya boleh tak? Awak tak tahu cerita yang sebenar. Jadi jangan nak pandai-pandai! " Deeja terus berlalu masuk ke dalam rumah.

Dia mahu kemas barang dan terus pulang ke Kuala Lumpur. Kalau tak disebabkan tok wan yang mengajak dia datang ke kampung untuk berbincang mengenai hubungan dia dan Aidil, jangan harap dia nak balik. Buat sakit hati adalah.

" Deeja! " .

Deeja tersentak. Dia menoleh ke belakang.

" Ya Allah budak bertuah ni, penat tok wan panggil kamu daripada tadi. Berangan apa? " .

Deeja tersenyum kelat. Boleh pulak dia ingat semula peristiwa tiga tahun lepas.

" Err tak ada apa-apa tok wan " .

" Jom kita pergi surau. Lagi lima minit nak masuk waktu Isyak dah ni " ajak Tok wan.

" Okay tok wan. Deeja nak pergi ambil telekung sekejap " Deeja terus berlalu ke biliknya.

" Ya Allah berilah kekuatan untuk cucu aku, Deeja " tok wan tahu apa yang Deeja rasakan. Walaupun dah lama berlalu, sakitnya itu masih ada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience