BAB 12

Romance Completed 6359

" Kenapa kau rasa macam tu? " soal Deeja.

" Yelah selama ni mana pernah kau tak balik kampung kalau raya. Lepas apa yang dah jadi kau terus tak balik kampung. Sampai raya pun tak balik. Mak lang ada cakap yang kau tak balik sebab kerja, tapi aku tahu itu hanya alasan kan " .

Deeja memandang ke arah Yana.

" Aku memang kerja Yana. Apa yang dah jadi, aku dah lupakan semuanya. Kalau tak, takkanlah aku balik kampung sekarang ni " .

" Betul ke ni? " soal Yana meminta kepastian.

Deeja mengangguk perlahan.

" Aku dah redha dengan apa yang dah jadi. Dah memang tertulis jodoh aku bukan dengan abang Aidil. Lagipun sekarang ni abang Aidil pun dah ada kehidupan sendiri takkan lah aku masih nak meratapi. Sampai bila kan? Aku dah move on daripada semua ni".

Yana tersenyum senang mendengar jawapan Deeja.

" Alhamdulillah. Baguslah kalau macam tu. Kau tahu kan aku dah anggap kau macam adik aku. Aku sayang kau Deeja. Aku tak nak kau terus bersedih lagi " .

" Thanks Yana. Aku pun sayang kau " .

Hari ini Deeja memasak lima jenis lauk. Dibantu oleh Yana. Hari ini mereka berdua yang ambil alih dapur tok wan.

Antara juadah berbuka yang mereka berdua masak ialah, daging salai masak lemak cili padi, sup ketam, ayam masak merah, ikan keli goreng berlada dan juga sayur kangkung goreng belacan.

Hari ini juga mereka tidak berbuka bertiga sahaja seperti selalu. Keluarga mak long, mak ngah dan juga maksu turut berbuka di rumah tok wan hari ini.

" Alhamdulillah. Sedap betul Deeja dengan Yana masak " puji mak long.

Deeja dan Yana tersenyum kecil apabila dipuji.

" Dah boleh kahwin tak mak long? " soal Yana.

" Eh dah boleh sangat dah. Apa pulak tak boleh " .

Mak ngah menjeling ke arah anak daranya itu.

" Amboi bukan main gatal lagi ya " .

Yana tersengih.

" Hehe gurau jer lah mak " .

" Deeja bila lagi nak kahwin? " soal maksu tiba-tiba.

Aidid tiba-tiba tersedak.

" Uhukk.." .

" Ya Allah budak bertuah ni " pak long menepuk perlahan belakang Aidid.

" Nah air " Yana menghulurkan segelas air sirap pada Aidid.

" Hai orang lain yang kita tanya, orang lain pulak yang tersedak " maksu tersenyum sendiri.

Mereka semua ketua. Merah muka Aidid kerana malu. Aduh macam mana boleh tersedak pulak ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience