BAB 18

Romance Completed 6359

Hari ini tok wan mengajak cucu-cucunya itu membakar lemang. Memang setiap tahun tok wan rajin membakar lemang. Jarang sekali dia membeli kerana rasanya tak sama seperti yang dibuat sendiri.

Aidil dan Aidid menghidupkan api untuk membakar lemang sekejap lagi. Manakala Deeja, Nita dan juga Yana pula membantu tok wan memasukkan beras pulut dan santan ke dalam buluh lemang.

" Seronok lah raya tahun ni bila ada kau Deeja " kata Yana.

Deeja tersenyum kecil.

" Sama je lah aku ada ke, tak ada ke sama jer " balas Deeja.

Nita pandang Deeja tak puas hati. Entah apa yang dia geram sangat dengan Deeja pun tak tahu. Dendam lama masih lagi tersimpan di hatinya.

" Haa dah siap ni Deeja. Deeja pergi bagi pada Aidil dengan Aidid. Dah boleh bakar dah ni " kata tok wan sambil menghulurkan baldi yang berisi buluh lemang yang telah siap diletakkan beras pulut dan santan.

Deeja menurut. Dia bangun dan membawa baldi itu ke halaman rumah. Aidil dan Aidid sudah menanti.

" Ni dah boleh bakar dah " .

" Mari sini " Aidid terus merampas baldi itu di tangan Deeja.

" Aid, elok-elok lah " tegur Aidil. Dia tak suka cara Aidid yang melayani Deeja dengan kasar. Daripada dulu lagi macam tu.

" Takpa dah biasa " kata Deeja. Dia senyum segaris.

Ketika Deeja ingin kembali masuk ke dalam rumah, entah mana silapnya dia hampir terjatuh kerana terlanggar ranting kayu. Aidil yang ketika itu nampak, cepat-cepat menyambut tubuh Deeja.

Aidid menoleh.

" Hey hey apa ni " tegurnya. Padahal hari tu dia pun sama sambut Deeja yang jatuh ketika memanjat tangga.

" Aidil! " .

Mereka semua menoleh. Nita sedang berjalan ke arah mereka dengan wajah kelatnya.

" Awak ni kenapa ha? " marah Nita.

" Nita saya cuma tolong Deeja. Dia nak terjatuh tadi " balas Aidil.

" Ah alasan semua tu. Cakap jer lah yang awak dah jatuh cinta semula dengan perempuan perampas ni kan!" Nita mula naik angin.

" Hey perempuan apa lagi yang kau nak ea? Tak cukup dulu kau jadi perampas? Sekarang ni dia dah jadi suami aku pun kau nak rampas dia lagi? Kau memang tak guna kan " Nita terus menampar kuat pipi Deeja.

Semua yang ada di situ tergamam. Air mata Deeja mengalir perlahan. Bukan kerana sakitnya tamparan itu tetapi sakitnya apabila dihina oleh Nita.

" Nita cukup! " jerkah Aidil. Dia sudah hilang sabar.

Deeja terus berlalu masuk ke dalam rumah. Tok wan dan Yana memandang sayu ke arahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience