BAB 4

Romance Completed 6359

" Tok wan, apa mamat tu buat kat sini? " soal Deeja.

Tok wan memandang pelik ke arahnya.

" Mamat mana pulak ni? " .

" Aidid lah. Siapa lagi. Kenapa dia ada kat sini pulak? " .

" Ohh Aid. Aid dah dekat sebulan duduk dengan tok wan. Haritu tok wan tak sihat, jadi dia tawarkan diri nak jagakan tok wan. Tu yang dia tinggal dekat sini. Lagipun tok wan seorang. Sunyi " cerita tok wan.

Deeja buat muka bosan. Dia dan Aidid memang pantang bertemu. Pasti akan bergaduh. Aidid adalah sepupunya. Adik kepada Aidil. Sejak daripada kecil lagi Deeja dan Aidid tak pernah sebulu. Asyik bergaduh bila berjumpa.

Lagipun Aidid suka cari pasal dengannya. Sebab tu dia tak suka dengan Aidid. Waktu dia jalin hubungan dengan Aidil dulu, Aidid lah yang selalu mengutuk dia. Aidid cakap yang dia tak sesuai dengan Aidil, kesian dengan abang dia kalau betul jodoh Deeja dengan abangnya itu. Tapi tak sangka, mulut Aidid memang masin. Hubungan Aidil dan Deeja tak kesampaian.

" Kenapa Deeja tanya? Deeja masih tak baik lagi ke dengan Aid? " .

Deeja menggeleng perlahan.

" Eh taklah. Deeja tanya jer. Sampai bila dia duduk sini? Dia dah berhenti kerja ke? " setahu Deeja Aidid bekerja di UK.

Sebab itu mereka berdua memang jarang sekali bertemu.

" Sampai hari raya pertama jer. Hari raya kedua dia dah kena balik UK semula. Buat masa sekarang syarikat yang Aid kerja tu dalam proses untuk berpindah tempat. Tu yang dia cuti " .

" Deeja duduk sini sampai bila? " soal Tok wan.

" Insya Allah Deeja duduk sini sampai seminggu raya " .

Tok wan tersenyum senang.

" Alhamdulillah. Dapatlah tok wan luangkan masa dengan cucu tok wan ni " .

" Tok wan, Aid pergi surau dulu ya " kata Aidid yang baru saja melangkah keluar daripada biliknya.

" Haa iyalah. Hati-hati " pesan tok wan.

Deeja sempat menjeling ke arah Aidid. Lelaki itu juga sedang memandang ke arahnya. Saat mata mereka bertentangan, cepat-cepat Deeja memandang ke arah lain.

" Jangan nak mengumpat ya. Bulan puasa ni. Kurang pahala puasa nanti" Aidid tersenyum memandang Deeja sebelum berlalu keluar daripada rumah.

Deeja mengetap bibirnya. Ek eleh nak perli aku lah tu. Hello, tak ada masa lah nak mengumpat kau. Buat tambah dosa jer. Gumam Deeja dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience