BAB 3

Romance Completed 6359

Dengan lafaz bismillah, Deeja memulakan perjalanannya pulang ke kampung halaman yang dirindui. Tidak sabar dia ingin bertemu dengan tok wan.

Dalam masa yang sama, Deeja cuba kuatkan hatinya untuk melupakan segala kisah antara dia dan Aidil. Walaupun sudah tertulis mereka tiada jodoh, dia dan Aidil masih lagi ada hubungan saudara. Kalau boleh dia tidak mahu memutuskan hubungan saudara itu.

Setelah hampir 3 jam perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Melaka, Deeja tiba juga di rumah tok wan nya yang terletak di Pengkalan Balak.

" Assalamualaikum tok wan! Oh tok wan! " laung Deeja.

Sambil itu dia memerhati sekeliling. Bibirnya mengukir senyuman lebar. Ah akhirnya dapat juga dia melepaskan rindu pada kampung halamannya ini.

" Wa'alaikumussalam. Ya Allah cucu aku dah sampai " Tok Wan menyambut kedatangan cucunya itu.

Deeja terus berlari mendapatkan tok wan. Tubuh tua itu dipeluk erat.

" Ya Allah rindunya dekat tok wan. Tok wan sihat? " .

" Alhamdulillah tok wan sihat. Deeja sihat? " .

" Sihat tok wan " .

Tok wan tersenyum senang.

" Tahun ni Deeja dapat beraya dengan tok wan tak? " soal Tok wan.

Deeja tergelak kecil.

" Ya tok wan tahun ni Deeja akan raya dengan tok wan " .

" Alhamdulillah. Meriahlah nanti kalau Deeja ada. Dah jom masuk, kita sambung berborak dekat dalam. Panas terik kat luar ni " .

Deeja mengangguk.

" Sekejap ya Deeja nak ambil beg. Tok wan masuk dulu " .

" Iyalah. Cepat sikit. Banyak benda yang tok wan nak borak dengan Deeja ni " wanita tua itu melangkah masuk ke dalam rumah.

Deeja pula berlalu semula ke keretanya untuk mengambil beg pakaian.

Saat dia ingin melangkah masuk ke dalam rumah. Langkahnya terhenti. Batang tubuh yang sedang berdiri tegak di pintu rumah itu buatkan dia tergamam.

" Kenapa? " soal lelaki itu.

Deeja menjeling tajam ke arahnya.

" Awak buat apa ha kat sini? " soal Deeja geram.

" Tak tahu pulak aku tak boleh ada dekat sini. Ni rumah nenek aku jugak. Kenapa? Ada masalah? " balas Aidid dengan wajah selambanya.

Mata Aidid jatuh pada luggage besar yang berada di tangan Deeja.

" Amboi besarnya beg kau. Dah macam nak pindah terus kat sini " dia ketawa di hujung ayatnya.

" Suka hati saya lah. Yang awak sibuk kenapa? " .

Baru Aidid ingin membalas, suara tok wan memanggil mereka berdua daripada dalam rumah. Deeja terus melangkah masuk. Terkial-kial dia membawa beg besarnya itu. Sengaja dia melanggar badan Aidid.

" Eh eh minah ni " Aidid menggumam perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience