BAB 6

Romance Completed 6359

" Sayang tahun ni kita balik beraya dekat kampung saya okay " .

Nita yang sedang menyikat rambutnya itu terus menoleh memandang suaminya yang sedang berbaring di atas katil.

" Alah tahun ni raya rumah family saya lah " .

" Kenapa pulak? Tahun lepas kan dah raya rumah family awak. Tahun nu turn saya pulak lah " balas Aidil tak puas hati.

Nita mengeluh perlahan.

" Dengan saya pun awak langsung tak nak mengalah kan " .

" Nita, kita memang dah janji kan setiap tahun ikut turn. Tahun lepas rumah family awak takkan lah tahun ni rumah family awak lagi. Saya pun ada family Nita " .

Nita menjeling geram.

" Kenapa ea awak beriya-iya nak balik sana? Oh awak nak jumpa bekas tunang awak tu kan? " .

Aidil terus bangun.

" Nita awak cakap apa ni? Awak masih nak cemburu? Dah tiga tahun benda tu berlalu Nita. Takkanlah awak masih nak rasa cemburu. Saya dah kahwin dengan awak dah pun. Dah jadi hak milik awak " .

" Memanglah dah tiga tahun berlalu. Tapi siapa jer yang tak cemburu. Saya tak suka kalau awak jumpa dengan dia " .

Aidil turun daripada katil dan menghampiri isterinya itu.

" Nita, awak tak perlu nak rasa cemburu. Saya yakin lah Deeja tak ada. Awak tengok raya-raya sebelum ni, dia tak balik kampung pun kan " .

" Macam mana kalau tahun ni dia balik kampung? Saya tak nak tau awak jatuh cinta balik dengan dia " .

" Ya Allah Nita. Tolonglah jangan nak tuduh saya yang bukan-bukan. Kan saya dah cakap antara saya dengan dia memang dah tak ada apa-apa lagi. Saya dah kahwin dengan awak Nita. Takkanlah awak masih tak percayakan saya? ".

" Dulu waktu awak bercinta dengan saya pun awak boleh curang. Apatah lagi sekarang " .

Aidil mengeluh perlahan. Dia tahu memang salahnya kerana ketika dia dan Nita bercinta dulu, dalam masa yang sama dia menjalinkan hubungan dengan Deeja dan memutuskan untuk bertunang dengan Deeja. Tapi tiba-tiba hatinya berubah kembali pada Nita dan dia buat keputusan untuk memutuskan pertunangannya dengan Deeja dan kembali pada Nita.

" Nita saya tahu saya salah. Banyak khilaf saya. Tapi saya dah berubah. Saya dah tak macam dulu lagi. Tolong lah percayakan saya " Aidil cuba meyakinkan isterinya itu.

Nita hanya memandang kosong wajah Aidil. Susah untuk dia percayakan Aidil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience