BAB 14

Romance Completed 6359

" Hek eleh. Macam lah orang nak sangat kahwin dengan dia. Saya ni lebih rela tak kahwin lah daripada kahwin dengan awak " balas Deeja geram.

Besar kecik besar kecik jer dia pandang Aidid. Ada yang kena telan hidup-hidup ni karang.

" Jangan riak sangat bila bercakap tu. Takut nanti kata-kata makan diri " perli Aidid.

Dia membuka paip air yang berada di bawah rumah. Cadangnya ingin membasuh motorsikal. Daripada bosan tak buat apa-apa lebih baik dia basuh motorsikal nya itu. Kalau tidur lama-lama nanti, makhruh pula puasanya.

Sedang leka Deeja bermain dengan tompok, tiba-tiba Aidid menyiram air ke arahnya.

" Aidid! " Deeja terjerit kecil. Habis basah bajunya.

" Sorry lah tak perasan. Siapa suruh kau duduk situ? " kata Aidid dengan wajah selambanya.

Sebenarnya dia memang sengaja menyiram air ke arah Deeja.

" Apa masalah awak ni ha? Awak sengaja kan nak cari pasal dengan saya " .

" Kan aku dah cakap yang aku tak sengaja tadi " .

" Saya tahu awak sengaja. Bukannya awak buta tak nampak saya duduk dekat tangga ni. Habis basah dah " rungut Deeja geram.

Aidid menahan ketawanya melihat wajah cemberut Deeja.

" Eii suka sakitkan hati orang " .

" Hati orang bukannya hati kau " .

" Habis saya ni apa? Bukan orang? " .

" Lah kau ni orang ke? " Aidid gelak terbahak-bahak.

Mencerlung mata Deeja memandang Aidid. Rasa macam nak cekik-cekik jer.

" Tok wan, biar Deeja yang tolong tok wan pasangkan langsir ni ya " tawar Deeja.

" Takpa ke? Tak susahkan Deeja? " soal tok wan.

" Eh apa pulak susahkan. Deeja dah biasalah pasang langsir ni. Senang jer" .

" Haa iyalah. Tok wan nak ke dapur sekejap ya " .

" Okay " .

Tok wan terus berlalu ke dapur. Deeja memanjat menggunakan tangga. Memandangkan tingkap di rumah neneknya ini agak tinggi terpaksalah dia memijak tangga yang paling tinggi. Sebenarnya dia sedikit gayat dengan ketinggian.

" Boleh ke tu? " soal Aidid yang baru pulang daripada surau.

Entah bila dia balik Deeja pun tak perasan. Senyap-senyap jer masuk rumah.

" Boleh lah. Saya pro lah pasang langsir ni. Kacang jer " balas Deeja dengan bangga.

Aidid mencebikkan bibirnya. Ek eleh dia ni, riak betul.

" Bagi sini lah aku pasang. Terkial-kial aku tengok kau " .

" Tak payah. Saya boleh buat " .

" Bagi lah sini " Aidid cuba merampas langsir yang berada di tangan Deeja tapi Deeja menarik semula.

Entah mana silapnya, Deeja terjatuh kerana tidak dapat mengimbangi tubuhnya.

" Arghhh " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience