BAB 20

Romance Completed 6359

Sewaktu kereta yang dipandu Deeja ingin keluar daripada kampung tok wan, tiba-tiba ada motor berhenti di hadapan keretanya. Motorsikal itu menghalang laluannya dan Deeja terpaksa berhentikan keretanya.

" Aduh siapa pulak ni? Orang dah lah nak cepat " rungut Deeja.

Deeja terkedu saat lelaki itu membuka helmet. Aidid? Apa mamat ni buat kat sini?

" Deeja berhenti sekejap. Ada benda yang aku nak cakap dengan kau " kata Aidid sebaik Deeja menurunkan tingkap keretanya.

" Ada apa awak nak jumpa saya ni? " soal Deeja.

Ketika itu mereka berada di tepi pantai.

" Jangan pergi " .

Deeja memandang pelik ke arah Aidid.

" Awak dah terkena sampuk ke? Bukan ke awak lagi suka kalau saya takda " sengaja Deeja perli Aidid.

" Kau ingat aku benci kau ke? " soal Aidid tiba-tiba.

" Dah memang awak benci saya kan. Daripada kecik lagi. Awak tak pernah layan saya baik-baik macam awak layan sepupu kita yang lain. Tiap kali saya ada, tiap kali tu lah awak nak cari gaduh dengan saya dan bila awak dapat tahu saya bercinta dengan abang awak, awak lah orang yang paling tak suka hubungan kitorang kan " .

" Kau dah salah faham. Aku tak pernah bencikan kau. Aku layan kau kasar-kasar, cari gaduh dengan kau bukan sebab aku bencikan kau. Tapi sebab aku sayangkan kau, cintakan kau" luah Aidid jujur.

Deeja tiba-tiba ketawa.

" Kenapa kau gelak? " .

" Mana ada orang cari gaduh dengan orang yang dia sayang. Awak jangan nak permainkan saya lagi lah " .

" Tak semua orang tunjukkan kasih sayang dia dengan cara yang romantik. Aku tak pandai semua tu. Jadi bila aku cari gaduh dengan kau, aku dapat perhatian kau. Sebab tu aku suka cari pasal dengan kau. Aku tak pandai nak jadi romantik. Ni diri aku. Aku betul-betul sayang dan cintakan kau Deeja. Waktu kau bercinta dengan abang Aidil aku marah sebab aku cemburu. Aku takut kalau kau betul-betul kahwin dengan dia " .

Deeja tergamam. Terkedu. Terkejut. Semuanya 'ter' lah.

" Saya tak tahu. Saya ingat awak bencikan saya " .

" Tapi sekarang kau dah tahu kan. Jadi tolong jangan pergi. Aku nak beraya dengan bakal isteri aku " .

" Bakal isteri? " soal Deeja.

" Ya bakal isteri " Aidid mengulum senyum.

Untuk pertama kalinya dia cakap baik-baik dengan Deeja. Selalunya kasar sahaja. Dia menarik nafas lega. Akhirnya perasaan yang disimpan bertahun-tahun dapat juga diluahkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience