BAB 16

Romance Completed 6359

Kereta yang dipandu Aidil masuk ke halaman rumah tok wan. Akhirnya setelah hampir empat jam dia memandu daripada Pahang ke Melaka, mereka tiba juga. Memandangkan lagi seminggu saja umat islam akan menyambut hari raya Aidilfitri, jalan raya mula sesak.

Tambahan lagi sekarang ini cuti sekolah. Sudah tentu ramai yang mengambil peluang untuk pulang ke kampung lebih awal.

" Kereta siapa tu? " soal Nita.

" Entah " balas Aidil.

Sebelum ni dia tak pernah tengok pun kereta tu. Mungkin ada saudara jauhnya yang datang ke rumah tok wan.

" Entah-entah perempuan tu. Kalau macam tu, kita balik rumah mak jer lah. Saya tak nak duduk sini " .

" Kenapa tiba-tiba pulak ni? Awak tahu kan saudara ayah ramai yang balik rumah mak, confirm lah penuh" .

Memang setiap kali hari raya Aidilfitri, keluarga pak long akan pulang ke rumah mereka kerana mereka kebanyakannya tinggal di Kuala Lumpur. Oleh kerana itu mereka memilih untuk beraya di sini. Katanya lebih meriah.

" Ah saya tak peduli. Asalkan tak duduk serumah dengan perempuan tu " bentak Nita.

" Jangan nak mengarut lah Nita. Dah cepat turun. Saya letih ni, malas nak bergaduh dengan awak " Aidil terus keluar daripada kereta.

Nita mendengus kasar lalu terus keluar daripada perut kereta.

" Assalamualaikum! " laung Aidil.

Beberapa saat kemudian pintu rumah terbuka. Muncul wajah Aidid dan tok wan.

" Waalaikumsalam " jawab mereka.

" Haa dah sampai pun cucu-cucu tok wan ni. Mari naik " tok wan menyambut baik kedatangan mereka.

Deeja yang ketika itu berada di dalam bilik meninjau melalui tingkap, dia tersenyum nipis. Bukannya dia saja-saja tak nak keluar menyambut mereka, tapi lebih baik dia duduk di dalam bilik saja.

" Kereta siapa ni? " soal Nita.

" Oh tu kereta Deeja. Tahun ni Deeja akan beraya dengan kita " balas tok wan.

Nita terus memandang ke arah Aidil. Dah agak memang Deeja!

" Eh jom masuk " ajak tok wan.

Mereka berempat melangkah masuk ke dalam rumah tapi Nita cepat-cepat menarik tangan Aidil.

" Apa dia? " soal Aidil.

" Kan saya dah cakap perempuan tu ada. Hish saya tak suka lah macam ni" .

" Habis tu awak nak saya buat apa? Biarlah kalau Deeja ada pun. Dia pun cucu tok wan. Dah lah saya penat ni. Jangan nak cari gaduh dengan saya " Aidil berlalu masuk meninggalkan Nita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience