BAB 1

Romance Completed 6365

Deeja rasa nak menjerit sekuat hati kerana majikannya, Datuk Hamidi telah memberikannya cuti selama sebulan setengah.

Ini adalah kerana sudah tiga tahun berturut-turut Deeja terpaksa bekerja di pagi raya. Di saat orang lain sibuk menyambut hari raya dengan ahli keluarga, dia berada di pejabat dan perlu menyiapkan kerja-kerja yang ada.

Akhirnya setelah tiga tahun, Datuk Hamidi memberikannya cuti lama. Ramai staf lain yang cemburu dengan Deeja. Tapi Deeja tak peduli. Asalkan dia dapat cuti.

Lagipun ketika dia terpaksa mengalah bekerja di pagi raya, tiada siapa yang kisah. Semua tak nak mengalah dengan alasan Deeja masih bujang dan belum berkahwin dan mereka semua sudah berumahtangga dan ada anak-anak.

Kali ini Deeja tidak akan mensia-siakan cuti yang dia ada. Dia bercadang untuk pulang ke kampung ibunya yang berada di Melaka. Sudah lama dia tidak bertemu dengan tok wan. Dia tidak sabar ingin berjumpa dengan neneknya itu.

Lagipun tahun ini ibu dan bapanya tiada kerana mereka menunaikan umrah.

Deeja dan Mira duduk di hadapan televisyen menanti pengumuman puasa.

" Eh Deeja so kau terus balik rumah tok wan kau ke esok? " soal Mira.

" Cadangnya macam tu lah. Kenapa?" .

" Alah sunyilah aku nanti kau takda. Siapa nak teman aku berbuka? " Mira buat muka kesian.

" Cik abang kau kan ada. Ajaklah dia teman kau berbuka " .

" Mana sama kau dengan dia. Kalau nak berbuka dengan dia, terpaksalah aku berbuka luar hari-hari. Kalau berbuka kat rumah, tak pasal-pasal nanti aku dengan dia nikah free " .

Deeja ketawa kecil.

" Aku rindu sangat dekat tok wan aku Mira. Sebab tu bulan puasa ni aku nak manfaatkan untuk duduk dekat kampung tu. Lagipun nanti kalau aku ada, takdalah tok wan aku sorang-sorang " .

" Bukan tok wan kau duduk dengan maksu kau ke? " soal Mira.

Setahunya ibu saudaranya Deeja masih tinggal bersama dengan neneknya.

" Itu dulu. Lepas maksu aku kahwin, dia pindah. Terpaksa ikut suami dia. Mak long aku jer lah yang tengok-tengokkan nenek aku. Rumah diorang kan tak jauh sangat " .

" Mak long kau? Mak long kau bukan ke mak Aidil? " .

" Dia lah tu " .

" Kau dengan dia okay? " soal Mira.

" Okay jer lah. Buat apa nak bermusuh. Dia tu kan mak saudara aku jugak. Dah-dah kau jangan nak mulakan cerita ea " Deeja tidak suka mengungkit kisah lama antara dia dan Aidil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience