BAB 7

Romance Completed 6359

" To wan masak apa ni? " soal Deeja.

" Haa hari ni tok wan masak lauk favourite Deeja. Rendang kerang " .

Deeja tersenyum lebar.

" Sedapnya tok wan. Tak sabar nak tunggu waktu berbuka kalau macam ni ".

Tok wan ketawa kecil.

" Assalamualaikum! " .

" Siapa tu tok wan? " .

" Entah. Cuba Deeja pergi tengok " .

" Haa okay " Deeja terus berlalu ke pintu utama.

" Waalaikumsalam " .

" Deeja! " .

" Ya Allah Yana! " Deeja terus berlari mendapatkan gadis itu.

Mereka berpelukan buat seketika. Aidid yang ketika itu sedang memberi ayam-ayam tok wan makan memandang pelik ke arah mereka berdua. Drama betul budak berdua ni lah.

" Bila kau balik? " soal Yana.

Yana ialah sepupu kepada Deeja. Anak kepada mak ngah Deeja. Mereka sebaya. Oleh kerana itu mereka menang rapat sejak daripada kecil lagi.

" Baru jer sampai lepas zohor tadi " .

" Ish kau ni bukannya nak beritahu aku yang kau balik sini. Kali ni berapa lama balik sini? Raya kat sini tak? " .

" Banyak betul soalan kau. Ya tahun ni aku duduk sini sampai seminggu raya. So kau ada banyak masa nak luangkan dengan aku " .

Yana tergelak kecil.

" Sebenarnya aku datang ni nak bagi bubur pulut hitam ni. Tadi mak aku ada buat banyak. Tu yang nak hantar dekat tok wan dengan Aid. Haa kebetulan kau pun ada, boleh lah makan sekali " bekas yang berisi bubur pulut hitam itu dihulurkan pada Deeja.

" Terima kasih. Kirim salam dengan mak ngah kau tau " .

" Haa insya Allah. Kau balik sorang jer ke? Mak lang dengan pak lang mana?".

" Diorang kan tunaikan umrah " .

" Oh ha'ah lah mak aku ada cakap hari tu. Aku terlupa pulak. Okaylah Deeja aku balik dulu ya. Kejap lagi nak berbuka dah ni " .

" Haa okay. Nanti datang sini tau bila free. Banyak benda aku nak borak dengan kau " .

" Nak bergosip lah tu " perli Aidid.

Deeja menjeling tajam ke arahnya. Yana tersenyum memandang Aidid.

" Dah lah aku balik dulu. Bye Aid " Yana terus menghidupkan enjin motorsikal nya dan berlalu pulang.

" Pandai-pandai jer cakap orang nak bergosip " Deeja tayang wajah tak puas hati.

" Ingatkan dah lupa dekat kampung ni. Bertahun-tahun tak balik. Kalah orang yang duduk dekat oversea " .

" Eh suka hati lah. Yang sibuk sangat kenapa? " balas Deeja geram.

" Oh lupa orang tu merajuk. Bawak hati yang lara " Aidid ketawa sendiri.

Deeja mendengus geram dan terus berlalu masuk ke dalam rumah. Lagi lama dia ada di situ, lagi sakit hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience