BAB10

Fanfiction Completed 5995

1 jam sebelumnya.

" Hyung, ambilkan telefon Suga hyung sekali. Mungkin dia tertinggal kat studio dia. " pesan Taehyung kepada manager mereka.

“Ya. Hyung pergi dulu. Kalau ada apa apa yang berlaku, call hyung secepat mungkin.” Manager mereka yang bernama Kim itu segera bertolak ke studio BigHit.

Dalam beberapa minit perjalanan, Kim tiba di studio berkenaan. Namun, suasana studio agak lenggang kerana para staff kemungkinan keluar berehat memandangkan waktu sudah tengah hari.

Kim menaiki lif menuju ke tingkat tiga dimana studio Suga berada. Sesampai sahaja dia disitu, Kim agak terkejut apabila pintu studio itu sudah terbuka. Mungkin Suga lupa untuk menutup pintu sebelum kejadian itu terjadi, fikir Kim cuba menyedapkan hati.

Kim masuk tanpa membuka lampu memandangkan cahaya malap lampu di koridor masih memberi sumber cahaya di dalam ruangan itu. Mata Kim meliar mencari cari telefon bimbit milik Suga.

“Kat mana dia letak ni?”

Tiba tiba satu nada dering berbunyi seperti orang menelefon. Namun bunyi itu bukan datang dari dalam bilik itu melainkan dari luar.

Kim segera keluar dari studio dan mendapati ada sebuah telefon terdampar di hujung koridor yang agak suram. Kim segera melangkah laju mendapatkan telefon tersebut dan ternyata itu adalah telefon milik Suga.

Sesampai sahaja dia di tempat itu, nada dering segera berhenti. Perlahan lahan Kim mencapai telefon milik Suga. Di paparan skrin tiada sebarang panggilan yang tidak dijawab. Serta merta membuatkan Kim hairan bagaimana telefon itu boleh berbunyi.

“Macam ada sesuatu yang tak kena.”

Duga Kim lalu tanpa berlengah dia berjalan menuju ke lif untuk turun. Kim membuka butang lif dan pintu lif segera terbuka. Kim menerobos masuk sambil memasukkan telefon bimbit Suga ke dalam kocek seluarnya.

Sebelum dia menekan butang untuk ke tingkat bawah, Kim menyedari seperti ada seseorang berdiri di dalam gelap memandang ke arahnya dari jauh.

Figura gadis bergaun pendek putih serta jaket jeans di tubuhnya agak menghairankan Kim. Namun yang lebih menghairankan gadis itu membawa payung seakan akan hujan berada di tengah hujan walaupun keberadaannya sekarang di dalam sebuah bangunan.

Kim tanpa lengah segera menekan butang lif. Sewaktu pintu bergerak untuk ditutup, Kim terkejut apabila tiba tiba dalam sekelip mata sahaja gadis itu berada betul betul di hadapan pintu lif.

Kim yang terkejut terus pengsan di dalam lif tersebut. Saat pintu terbuka di tingkat bawah, para staff yang kembali untuk bekerja turut terkejut apabila mendapati tubuh Kim yang pengsan di dalam lif.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience