BAB18

Fanfiction Completed 5995

"Unnie.."

"Siapa unnie kau?! Kalau ikutkan aku sekarang jugak aku humban kau ke bawah bangunan ni tau tak?! " Eunhye tiba tiba melenting membuatkan bahu Hyomi terangkat akibat terkejut disergah sebegitu.

"Tt-tapi apa yang saya dah buat? Bukan ke tadi unnie suruh saya keluar untuk berfikir?" balas Hyomi cuba menyebelahi diri sendiri.

"Oh.. kau tak tahu atau buat buat tak tahu ni?" Soeun mengambil giliran untuk bersuara.

"Ne, saya betul betul tak tahu apa yang buat kamu semua marah pada saya." Hyomi segera bermain main jarinya sendiri akibat ketakutan. Matanya berselang seli memandang wajah wajah tidak puas hati di hadapannya.

"Kalau kau nak tahu, tadi kami berjalan dan lalu di pejabat mak saudara kau tu. Dengan pintu tak tutup kami boleh dengar semuanya. Kau tahu apa dia cakap? Kau tahu tak?!" Eunhye bertambah geram lalu membaling sekaki payung yang dibawa bersamanya kea rah Hyomi. Dahi Hyomi terkena hujung payung yang sedikit tajam hingga meninggalkan kesan luka di situ.

"Ah, unnie. Ss-saya tak tahu.." Hyomi yang hampir menangis menekup dahinya menggunakan tangan.

Eunhye mara kearah Hyomi lantas leher baju Hyomi dicekaknya kuat. Dengan air mata geram dia berlawan pandang dengan anak mata Hyomi.

"Kau tahu yang perempuan tua tak guna tu rancang debutkan kau dulu sebagai penyanyi solo. Wow senang lenang je kan? Dah tu kami ni apa?! Tunggul kayu?! Aku dah bertahun tahun berlatih bawah syarikat dia, kau yang baru masuk sini yang debut dulu? Kau rasa patut? Patut ke hah?!" Di hujung ayatnya, Eunhye melepaskan cengkaman di leher Hyomi dengan kasar sehingga membuatkan Hyomi jatuh sambil terbatuk batuk.

Jhope yang melihat keadaan itu segera dapatkan Hyomi, namun dia hanya mampu melihat keadaan tetapi tidak untuk menyelamatkan keadaan. Sesekali Jhope memandang geram kearah Eunhye yang riaknya sedikit puas.

"Aku nak kau berambus dari sini. Aku tak nak kau jadi artis dekat syarikat mak saudara kau sendiri dan menjadi ahli BestGirls. Aku benci tengok muka kau." Eunhye lantas berpaling dan mereka meninggalkan Hyomi di situ.

Hyomi tidak mampu untuk melawan kata kata Eunhye tadi. Dia hanya mampu menangis dalam diam. Hujan yang sedikit lebat mulai turun. Sedikit sebanyak membuatkan luka di dahi Hyomi terasa pedih akibat terkena air hujan.

Lantas anak mata Hyomi terlihat sekaki payung yang dibaling ke arahnya tadi. Payung berwarna hitam itu diambil lalu dibuka, namun angin tiba tiba menerpa sehinggakan payung terlepas dari pegangan Hyomi dan lantas jatuh ke bawah. Hyomi mengeluh kecil.

Barang barangnya lantas dikemas, Hyomi perlu turun untuk dapatkan kameranya semula. Jhope yang melihat gadis itu seperti mahu ke sesuatu tempat yang lain, segera mengekori Hyomi sehingga mereka tiba di bawah iaitu di jalan tar yang terdamparnya kamera Hyomi.

Dari jarak jauh, Jhope hanya mampu melihat gadis itu mengambil kameranya dengan perlahan namun Hyomi tidak bergerak sedikit pun dengan tangannya yang masih memegang kamera. Apa yang Jhope perasankan, Hyomi menangis tersedu sedan, mungkin membayangi nasibnya.

Beberapa minit kemudian, Hyomi menghalakan kamera ke wajahnya dan lantas butang tutup ditekannya membuatkan kamera menjadi gelap.

***

Hyomi menolak pintu bilik rakaman yang ada di syarikat Best Entertainment milik ibu saudaranya itu. Dia mendekati sebuah komputer yang terdapat di situ, dia harus membuat sedikit perubahan dalam tape yang telah dirakamnya beberapa hari sebelum dia kesini.

Tape yang bertulis 'Rain' itu segera dimasukkan ke dalam soket. Beberapa minit kemudian satu melodi kedengaran namun skrin komputer masih gelap kerana tiada sebarang video.

Sepatutnya Hyomi merakamkan suasana hujan di atas atap sebentar tadi, namun ianya bertukar tragedi dia dimarah oleh mereka.

Biga oneun jiteun saek seoul geu wie

Yeojeonhi jom mot ireuneun naega heuryeojine

Jeo biga geuchyeo goin mul wie bichyeojin

Oneulttara deo chorahan naega geuryeojine

Na i biga meojeodo

jeo gureumi geotyedo

udokeoni seo isseo

I moseup geudaero

Amu maldo anheun chae sesangeul naeryeodabwa

Geogin areumdapji mothan naega nal bogo isseo

Suara nyanyian Hyomi kedengaran lembut terhadap sesiapa sahaja yang mendengarnya. Jhope juga terpegun saat membuka tape itu buat pertama kalinya di rumah. Suara Hyomi memang menenangkan.

Tiba tiba pintu dibuka kasar dari luar. Hyomi yang terperanjat terus bangun dari duduknya. Sekali lagi mereka bertentang mata.

"Aku ingat kau dah berambus." Kata Eunhye perlahan dengan senyuman sinis.

"Kau tak serik lagi ke?" Jiyoon yang berdiri di belakang Eunhye pula menyoal.

"Bukan macam tu unnie, saya.. saya ah! Kalau boleh saya nak kamu semua dengar lagu ciptaan saya. Mana tahu dengan cara ni, saya boleh diterima dalam kumpulan dengan hati terbuka?" berhati hati Hyomi berkata. Dia mula bimbang apabila riak gadis gadis itu berubah.

"Kau buat apa cara sekalipun, aku takkan terima kau dalam kumpulan ni. Sekarang kau ikut aku." Eunhye lantas mencengkam pergelangan tangan Hyomi sehingga dia terdorong ke hadapan. Hyomi yang tahu sesuatu yang buruk bakal berlaku mula meronta minta lepaskan diri.

Jhope terkebil kebil melihat Hyomi yang sudah diseret ke luar bangunan dan dimasukkan ke dalam sebuah van. Jhope sempat menerobos masuk ke dalam van yang sama, mujurlah ada ruang untuk dia duduk sekali.

"Unnie! Apa yang unnie nak buat?!" Hyomi menyoal dengan air mata yang mula jatuh.

Jhope rasa bersalah yang teramat kerana dia tidak dapat membantu. Akhirnya, dalam masa 30 minit, van yang dibawa oleh Eunhye tadi berhenti di kawasan hutan yang sedikit lapang.

Mereka lantas turun sambil Jiyoon dan Soeun mengheret Hyomi yang cuba melawan. Dalam kegelapan malam, mereka meredah hutan tanpa hala tuju yang tidak diketahui Hyomi dan Jhope.

"Yah! Kau orang semua nak pergi mana ni?!" Jhope berhenti sementara mengambil nafas. Namun dia tetap perlu menyambung perjalanannya kerana Hyomi dan yang lain sudah jauh ke hadapan.

Jalan dan seterusnya jalan, mereka akhirnya sampai di sebuah rumah kosong yang gelap. Sangka Jhope Hyomi akan diheret masuk ke dalam rumah kosong tersebut tetapi Hyomi dibawa ke belakang rumah itu.

Jhope tanpa melengahkan masa segera berlari melihat apa yang berlaku.

"Unnie, jangan buat saya macam ni. Apa salah saya?" Hyomi sudah terjelepok ke atas tanah dikelilingi enam orang gadis yang mempamerkan riak marah dan tidak puas hati. Manakala, kaki dan tangannya telah diikat.

"Satu je cara yang aku nampak memandangkan kau macam degil kalau aku suruh kau pergi dari syarikat tu. Mati." Eunhye tersenyum jahat.

Dia mara kearah Hyomi lalu rambut gadis itu dicengkamnya kuat.

"Biar kau mati. Senang." Bisik Eunhye membuatkan Hyomi bertambah takut.

"Sebelum kau pergi buat selamanya, kau tanda tangan kat surat ni." Shinae mengeluarkan sehelai kertas dari dalam kocek seluarnya lantas melemparkan ke muka Hyomi.

Dengan tangan yang terketar ketar, Hyomi mengambil surat yang dicampak sebentar tadi. Surat yang memaparkan tulisan tangan itu adalah surat yang berbaur kata kata patah hati dan bunuh diri yang sengaja direka oleh Eunhye dan yang lain. Ah!

"Untuk apa? Saya tak mahu." Tolak Hyomi.

"Tanda tangan aku kata!" Suruh Eunhye sambil kakinya dilayangkan ke perut Hyomi sehinggakan gadis itu merintih kesakitan.

Dalam tangisnya, Hyomi mengeluh. Kalau beginilah kesudahan hidupnya, dia rela. Lalu kertas yang dicampaknya tadi diambil perlahan. Yang lain sudah mula mengukir senyuman kejayaan apabila Hyomi menanda tangani surat tersebut.

"Hyunra, ambik botol tu." Arah Soeun tiba tiba. Hyomi tidak beralih pandang kearah botol yang dimaksudkan. Dia hanya menunduk ke bawah, dan akhirnya dia sendiri terkejut apabila terasa disimbah sesuatu berbau seperti minyak.

"Unnie! Tolonglah maafkan saya kali ni. Saya akan pergi dari sini, tolonglah." Hyomi kembali merintih. Dia tiba tiba berasa takut.

"Kalau aku tak mahu?" Semua kecuali Eunhye berundur ke belakang. Eunhye bermain main dengan sesuatu di tangannya.

"Jangan.." Jhope tidak tentu arah, hakikatnya dia mahu tolong tapi apakan daya dia hanya boleh menjadi penonton dan tidak dapat membantu. Jhope semakin gerun apabila menyedari Eunhye bermain main dengan pemetik api.

Hyomi memandang anak mata gadis kejam itu.

"Ah, lagi satu. Aku dan yang lain dah dengar lagu ciptaan kau tu. Apa? Rain eh? Best. Aku ingat aku nak ambil lah jadi album debut kami memandangkan kau dah nak mati. Jangan risau, aku akan tolong lagu kau tu jadi sukaan ramai." Eunhye tersenyum penuh makna.

"Tak guna. Aku akan pastikan yang kau semua mati macam aku. Aku bersumpah sesiapa yang pegang tape ciptaan aku , akan mati!" Hyomi menjerit geram. Kata kata baiknya sudah hilang untuk menghadap perempuan itu di saat akhir.

"Wow, kau siapa nak menyumpah? Berani kau tengking aku kan?" Eunhye naik geram. Lantas dengan tidak teragak agak lagi, pemetik api dinyalakan dan dibaling kearah Hyomi. Dengan sekelip mata, tubuh Hyomi terbakar sepenuhnya akibat minyak yang disimbah. Hyomi menjerit jerit kepanasan.

Dengan kaki dan tangannya yang terikat, dia menggelupur di atas tanah memandangkan api semakin marak menjamah tubuhnya.

Jhope yang melihat keadaan itu terundur ke belakang dengan riak terkejut. Kalau diikutkan mahu sahaja Jhope mencari kayu memukul enam orang gadis yang kejam itu sehingga mati.

"Eunhye! Jomlah kita balik! Aku takut ada orang kesan dan nampak kita disini! Cepatlah aku takut." Desak Jiyoon dan lantas mereka setuju. Hyomi yang sudah diam tidak bergerak tetapi masih terbakar itu ditinggalkan tanpa belas kasihan.

Jhope menangis, menangis kerana dia tidak dapat membantu. Tubuh Hyomi yang sudah hampir terbakar itu hanya mampu dilihat. Sesekali Jhope memandang langit, tiada bintang dan gelap menandakan hujan bakal turun. Ditambah pula bunyi guruh yang agak kuat.

Beberapa minit kemudian, hujan mulai turun. Jhope lantas menangis lagi.

"Kenapa sekarang baru hujan turun! Kalau hujan turun saat Hyomi meronta tadi, pasti dia masih terselamat walaupun cedera parah. Kenapa lambat turun, kenapa.. " Jhope berkata sambil memandang langit.

Api di tubuh Hyomi juga terpadam meninggalkan sesusuk tubuh yang sudah tidak bernyawa. Hyomi, gadis yang tidak bersalah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience