BAB16

Fanfiction Completed 5995

Jhope terduduk sambil tangannya meramas telefonnya. Baru sahaja dia mendapati panggilan mengenai keadaan Seokjin. Itu membuatkan kesalannya bertambah.

Dia menyandarkan kepalanya di pintu studio Suga. Ah! Lantas dia teringat apa yang dia hendak buat. Pintu studio Suga ditolak dan dia terus menerpa ke komputer milik Suga.

Dia pernah diberitahu oleh lelaki itu yang dia menyalin semula video daripada tape Rain ke fail komputernya namun tidak berkesempatan melihat sehingga habis.

Video bertajuk Rain segera diklik dua kali. Jhope berfikir dia harus melihat video tersebut sehingga habis kerana mesti ada sesuatu yang mereka tidak lihat sebelum ini.

Sesekali kata kata Suga apabila Jhope melawatnya tempoh hari masih segar di ingatan.

“Hyung rasa ada sesuatu yang tak kena dengan lagu Rain.” Kata Suga perlahan saat Jhope datang melawatnya.

“Hyung pun? Aku pun rasa yang sama tapi aku ingatkan tu cuma pengaruh filem. Apa yang buat Hyung rasa macam tu?” soal Jhope sedikit teruja.

“Entahlah, Cuma hyung dapat rasa je. Lagipun, ada sorang perempuan ni macam asyik ekori kita. Dia yang tarik Jungkook sampai jatuh ke tingkat bawah dan dia jugaklah yang tikam hyung. Hyung pun yakin yang Jimin, Taehyung dan Rapmon cedera disebabkan dia. Sekarang ni hanya tinggal kau dan Seokjin hyung.” Ujar Suga membuatkan Jhope terdiam seketika.

Kata kata Suga benar saat itu. Memang selepasnya giliran Seokjin dan beberapa minit yang lepas dia menerima panggilan mengenai tragedi yang menimpa Seokjin.

Dan sekarang, dia akan tunggu gilirannya pula.

Jhope segera mengosongkan minda dan menumpukan perhatiannya ke skrin komputer. Video awal dilangkaukan kerana dia sudah tahu jalan ceritanya.

Jhope melangkaukan video sehingga paparan menunjukkan kamera yang dipegang lama. Bersabar dan terus bersabar, akhirnya kamera perlahan lahan bergerak merakamkan wajah sebenar ataupun pemilik kamera tersebut.

Jhope sedikit tersentak. Pakaian gadis itu sama seperti apa yang diceritakan Suga dan apa yang dilihatnya dulu saat dia pengsan di salah satu lorong bangunan BigHit saat hendak pulang ke rumah.

Berbaju gaun putih dan berjaket jeans. Namun Jhope sedikit pelik kerana wajah cantik gadis itu sedikit dicemari darah yang mengalir dari luka di dahinya. Ya, dia benar benar cantik tetapi Jhope tertanya tanya mengapa dia dicederakan?

Terakhirnya, kelihatan gadis itu menangis lalu menutup kameranya. Skrin komputer kembali gelap dan masa video juga sudah tamat. Menandakan video tersebut sudah berakhir.

Tiba tiba Jhope merasa teramat mengantuk dan dia lantas meletakkan kepalanya di atas meja sebelum tertidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience