" Jhope hyung, hyung kata tadi ada sesuatu nak tunjukkan pada kami. Ha tunjuklah."
Jungkook lantas bersuara sebaik sahaja mereka masuk ke dalam studio khas Suga. Jhope mengangguk angguk teringat tentang apa yang diberitahu kepada membernya sewaktu dalam perjalanan ke sini.
" Ni aku nak tunjukkan ni. " Jhope dengan bangga menayangkan satu tape yang baru sahaja dikeluarkan dari dalam beg sandangnya.
" Tape apa ni, Jhope? Mana kau dapat? " Seokjin menyoal lalu mengambil tape itu dari tangan Jhope. Dibelek beleknya dahulu sebelum matanya tertangkap satu perkataan di tape itu.
" Rain? "
" Yup, Rain. Tajuk lagu dalam tape ni Rain. Guys, aku rasa lagu ni daebak. Just kita ubah sikit and tambah part rap. " Jhope teruja dengan cadangannya. Namun keterujaan di wajah Jhope semakin pudar apabila melihat reaksi para member.
" Why? Tak suka ?"
" Bukan kami tak suka, Jhope. Tapi ni lagu siapa? Kita kenalah minta izin dari tuan punya lagu ni. Kita tak boleh ambil lagu orang sesuka hati. " Suga meluahkan pendapatnya.
" Macam mana kita nak cari? Ini pun aku jumpa kat dalam practice room yang kita kemas tempoh hari. Lagipun, aku tengok tape ni macam terbiar je. "Jhope menerangkan. Dia agak berkecil hati jika cadangannya ditolak. Kerana dia sangat sukakan lagu Rain itu.
" Kau jumpa? Hm payahlah macam ni. Suga , amacam kalau kita tengok dulu? " Seokjin memberi tape itu pada Suga setelah Suga mempersetujuinya.
" Tapi takkan nak tengok tanpa Rapmon ? " Taehyung bersuara dan Suga yang sedang cuba memasukkan tape itu pada tempat yang sepatutnya terhenti. Teringat Rapmon yang ada sedikit kerja di studionya.
" Ah, tak apalah. Nanti kita ceritakan. " Suga lantas memasang tape itu.
Skrin komputer mula memainkan layar.
Saat pertama memang agak membosankan. Hanya sebatang jalan dengan keadaan suram dan hujan yang kelihatan. Semua selain Jhope mula menunjukkan riak bosan.
" Apa ni, Jhope? Tunjuk benda ni aje ke? " Soal Jimin dengan mata masih memandang ke arah skrin komputer.
" Sekejap. Nanti ada orang nyanyikan lagu. " Pinta Jhope, berharap membernya sabar menanti adegan seterusnya.
Mereka tunggu penuh sabar, bunyi hujan yang agak renyai menemani enam anak muda itu di dalam sebuah studio.
Suga yang pada mulanya fokus ke arah komputer itu mula terganggu. Melalui pantulan skrin komputer tersebut, matanya seperti terlihat satu susuk tubuh sedang berdiri tegak di belakang mereka.
" Yah Jimin, duduklah. " Suga lantas menegur empunya tubuh dengan mengagak.
" Aku dari awal tadi duduk lah. Hyung dah kenapa? " Soal Jimin yang sedang duduk di belakang Suga dengan perasaan pelik.
Suga diam. Dia nampak bayang Jimin yang sedang duduk betul betul di belakangnya, namun imej pantulan seakan akan ada seseorang sedang berdiri di belakang mereka masih ada.
'Ah abaikan.' Monolog Suga sendirian.
'biga oneun jiteun saek seoul geu wie'
Suara seorang perempuan mendayu dayu menyapa pendengaran. Semua diam tak bersuara. Jungkook sudah menggosok gosok pergelangan tangan kerana meremang mendengar suara lembut itu.
Video itu dilihat sehingga scene yang menunjukkan ada tangan seseorang mengambil kamera yang dari tadi merakam jalan. Akibat terlampau lama dipegang empunya tangan yang mereka tidak tahu, video dihentikan dan tape dikeluarkan. Tindakan yang sama dilakukan oleh Jhope.
" Amacam? Best ta--" Kata kata Jhope terhenti disitu. Telinganya menangkap satu suara halus.
' In this rain..
In this rain.. '
Jhope mengamati suara tersebut. Betul betul dibisikkan ke telinganya. Lantas sebelah kanannya dipandang.
" Hyung kenapa? Okay ke tak? " Taehyung yang perasan riak Jhope berubah, menegur.
" Aku okay. Err, amacam? Best ke tak? " Suara Jhope berubah sedikit getar. Perasaan yang kurang menyenangkan cuba ditepis jauh jauh.
" Best jugak. Nanti aku akan bincang dengan Rapmon. Kalau kita tambah part rap kat lagu ni, rasanya cita rasa lagu tu sesuai dengan konsep kumpulan kita. " Suga bercadang. Jhope tersenyum mendengar keputusan tersebut.
" Tapi kan, aku rasa macam ada sesuatu lah tentang lagu ni. " Jungkook yang dari tadi mendiamkan diri, bersuara. Pendapatnya menarik perhatian hyung hyungnya.
" Jangan fikir negatiflah, Kook. Perasaan kau aje. " Tegur Taehyung pula lalu menepuk bahu milik Jungkook.
Mendengarkan itu, Hati Jhope mula berasa risau. Macam betul apa yang dikatakan Jungkook tadi, fikirnya lagi.
Share this novel